Cuti tiga hari lepas kami penuhi keperluan buat Kak Meen dan adik sebelum kembali semula ke sekolah. Mencari stationery dan membuat name-tag tetapi name-tag magnet tiadalah pula. Anak-anak tidak suka yang jenis pin. Biasalah anak perempuan agak cerewet sebab pin boleh membuat tudung berlubang. Tidak mendapat name-tag yang dikehendaki tetapi novel dan alat tulis semuanya dapat sebagaimama diperlukan.
Bila keluar tidak sah jika tidak singgah mengisi perut. Kami singgah di Kenny Roger Roasters.
 |
| Pilihan mama - Sebenarnya mama tidak lapar tetapi kena juga makan. |
 |
| Kak Meen - Chicken salad. Kak Meen sebenarnya sedang diet. Dari Januari hingga kini dia sudah dapat turunkan 2kg. Pada aku tidaklah gemuk mana pun tapi tetap katanya mahu turunkan lagi berat badannya. Sekarang size sudah hampir sama dengan adik. |
 |
| Adik punya - Tetapi saladnya mama dan papa yang tolong habiskan. |
 |
| Pilihan papa - Termasuk papa black-pepper tidak pernah lari dari pilihan keluarga kami |
 |
| Kak Mira punya - Sejak tinggal bersama kami Kak Mira sudah arif benar apabila keluar saja dari rumah pasti makan kami memanglah di luar. |
 |
| Muffin - Bawa balik sehingga hari ini masih ada lagi seketul di dalam fridge di rumah |
 |
| Adik - Biasalah walaupun pilihan lain papa punya tetap teringin untuk dinikmatinya. Merasa spaghetti papa sebelum pesanannya tiba. |
Tiga hari bercuti tetapi letihnya mengalahkan hari bekerja. Tidak ada peluang untuk berehat di rumah kerana memenuhi kehendak anak-anak tidak kurang berbelanja keperluan rumah dan menghadiri majlis jemputan sana-sini. Semalam barulah ada sedikit peluang untuk aku berehat kerana anak-anak sudah ke sekolah masing-masing. Aku penuhi dengan mencuci semua apa yang ditinggal seperti tuala, selimut dan cadar bilik mereka.
~~ Pejam-celik-pejam-celik ramadhan kian menghampiri kita.~~