Friday, October 1, 2010

Studio Khas Meningkat Stamina

Baca akhbar hari ini ada berita baik untuk bakal jemaah haji. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari Fakulti Sains dan Kejuruteraan Bioperubatan telah memperkenalkan studio khas untuk bakal jemaah haji meningkatkan stamina kecergasan.

Mengikut cerita studio itu mempunyai kelengkapan alat treadmill senaman, 3d video yang memaparkan cara mengerjakan haji. Tidak ketinggalan diberikan kaunseling cara pemakanan sesuai sewaktu berada di tanah suci tersebut.

Sesungguhnya kemajuan membantu kita dalam banyak hal terutamanya ketika melakukan ibadah yang banyak menggunakan tenaga seperti ibadah haji.


Terkenang sewaktu saei dari sofa-marwah ulang alik 7 kali kalau tidak ada stamina lenguh juga kaki. Ada yang berhenti rehat minum air zam-zam, ada yang urut kaki malah ada yang pengsan. Kesihan kan......






Apa lagi perjalanan dari Mina ke tempat melontar jamrah. Pergi-balik lebih kurang 7km. Untuk kita yang muda (perasan muda..... sebenarnaya hati yang muda) memang tidak rasa apa. Cuba bayangkan mereka yang sudah berusia dan tidak pernah melakukan senaman. Buat yang biasa dengan beriadah walau 70 tahun pun tidak ada masalah. Tapi yang tidak peranah beriadah, kaki / betis pasti lenguh.... Hendak cari bilik air masa di dalam terowong manalah ada. Semua ini menagih kekuatan stamina.


Yang ni pula berebut cari bas hendak balik Mekah. Jemaah Malaysia ramai yang buat Nafar Thani. Kalau yang buat Nafar Awal kena usaha sendiri untuk balik (dari Mina ke Mekah). Jadi stamina kena ada. Pak-Mak Arab sana besar kita majoritinya bawah ketiak dia kenalah cergas dan mesti kena pandai selit-selit gitu... Basnya pula suka-suka break sebab kejar masa kena tiba di Mekah sebelum maghrib.




Lihat mereka ada yang sanggup duduk di atas van macam ini. Dengan pakaian ihram lagi masih boleh memanjat van. Mereka ini tidak kisah walau ada mata memandang. Kalau rasa takut ternampak apa yang tidak sepatutnya dia hanya tutup dengan telapak tangan saja...... sengih dan buat selamba.




Merafak sujud memohon

pengabdian sekujur tubuh
pasrah ketentuanNya
setelah puas memohon
amalan diterima
Ameen... ya-rob...

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya 1431H/2010

Sebelum syawal menjelang..........................


Sentuhan biskut terakhir untuk dijamu kepada tetamu di Hari Raya ini. Biskut Askrim. Mudah sebab lepas bakar celup bahagian hujung dengan coklat, tabur dengan colour coklat rice, masuk dalam peti sejuk. Siap....




Bila coklat tak habis jangan buang. Ada chef lain boleh gunakan. Nah.... ini dia biskut merrie dicelup dengan coklat kemudian letak coklat button beraneka warna. Biskut marrie ini aku nak buat kek asam manis. Tapi 7 keping dah jadi korban. Dia kata sedap. Sebab masa berbuka dia terus makan biskut ini.


Ha.... ini dia chef yang dimaksudkan itu. Anak mama ini kalau pasal kacau mama di dapur memang no. wahid. Mula kata sedap tapi sekeping saja yang masuk mulutnya. Lebihnya masuk mulut anak jiran sebelah rumah (introduced that she's the chef.....)




Ramadhan menapak ke penghujung
puas membaring munajat dihamparan mubarak
mengelus keyakinan dipengakhirannya
membasahi bibir dengan zikrullah
qiam yang panjang saban malam
sujud merapak sembah
memohon munajat ke destinasi


Syawal mengerling
menakluk masa mengganti giliran
menghulur sejuta kemeriahan
kemenangan dicapai
aku..... di Titisan Nurani
menghulur sepenuh keikhlasan



"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN"