Monday, October 25, 2010

"Ayahku Kahwin Lagi......"

Gerimis malam itu tidak mematahkan semangat anak-anak untuk menyediakan apa yang perlu untuk hari esok. Dari segala barang hantaran hinggalah segala keperluan segalanya diuruskan oleh anak-anak yang lapan orang dan cucu-cucu yang kegembiraan. Destinsai ke rumah bibik membawa seribu makna buat keluarga sarat dengan himpunan doa dan diiringi alunan zikir munajat beramai-ramai. Usai makan di rumah bibik seisi keluarga berkonvoi ke masjid untuk majlis akad-nikah.

Siap.... untuk diberikan kepada yang disayang

Hayunan langkah mengharap segala kebaikan

Termeterai sudah tanggungjawab sebagai suami

Ikhlas pemberian cincin tanda kasih tersemai

Ceria anak-cucu bersama atuk & nenek baru

Dalam rumah warisan itu
Tersimpan segalanya
Cerita dahulu masih segar dikotak fikiran
Keriuhan, kegirangan dan gelak-tawa
Telah lama ia membeku
Kesunyian membawanya menerawang jauh
Pelupuk mata redup sayup
Lebih tiga suku abad dimamah usia

Tanggal 16 Zulkaedah 1431H
Menggempar rumah warisan
Mencatat satu memori
Keriuhan, kegirangan dan gelak-tawa
Kembali bergema di setiap ruang

“Alhamdulillah….”
Rumah warisan itu akan ada teman bersuara
Dalam meniti usia senja
Kami rela bapak berdua
Berbicara tika kami tiada
Bermakmum dan berzikir bersama

“Assalamualaikum tok, assalamualaikum nek….”
Cucu warisan rumah itu
Pamit meninggalkannya seketika
Yang pastinya kita akan bertemu lagi

Selamat menjalani hidup berdua lagi bapak. Kami anak-anak hanya mendoakan semoga dengan perkahwinan ini dapat membahagiakan bapak dan bibik. Kami percaya ibadah dan hidup bapak tidak lagi kesunyian ketika ketiadaan kami. Tapi entah mengapa lagu "Ayahku kahwin lagi" yang dinyanyikan Abang Long selepas majlis sebagai gurauan masih terngiang-ngiang dicuping telinga membuat kami tersenyum.
Khas buat bapak & bibik: -
Jero tong ono ragi
Arek nggawe tape dhino ngesok
Wes wong loro sak iki
Men ngibadah he tambah khusyuk

Tuesday, October 19, 2010

Dah kena tag pulak.......

Sedang minum petang tadi tergerak membuka halaman. Ha...ha... dah kena kena tag oleh Kakpah Aulad Jannah. Nak wat camana? Kini lakukanlah juga seikhlas yang boleh.
1. gambar kesukaan anda?


2. adakah anda rasa anda HOT?
Hot sangat sebab aircond hanya satu saja aircond yang berfungsi dengan baik

3. cerita pasal gambar
Semua berebut nak ambil dan dukung masa Hari Raya tempohhari tapi dia tak kenal lalu melalak.. Bila dah berhenti melalak snap gambar yang sedang comot tu........

4. bila kali terakhir makan pizza
Minggu lepas dengan anak-anak.

5. lagu terakhir anda dengar
Dari Johor FM oleh Maher zain tapi tak tahu tajuknya apa?

6. apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
sedang melayan anak belajar. Tak lama lagi exam nie. Kenalah belajar sama

7. selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
Anak panggil mama, keluarga panggil kakak, dalam office ada yang panggil kakak mem (wow…. Hebat kan) . Ada juga yang panggil Yang.

8. tag lagi 8 orang

1. Hjh. Zainab binti Hj Abdullah
2. Ummi Humairah
3. Boxhousestudio
4. Mama Nadz
5. Werdah
6. Pak Itam
7. Manzlie
8. Hj. Arshad


9. siapakah orang no. 1 kepada anda

Teman blogger yang amat kakak hormati dan sanjungi. Setiap entry pasti kakak ikuti walau tidak meninggalkan jejak. Sejuk mata memandang wajahnya walau sekadar melalui alam maya

10. kata sesuatu mengenai org no. 5
Terima kasih menjadi tetamu baru dalam blog kakak yang tidak seberapa ini.

11. no. 3 ada hubungan dengan siapa?
Boxhousestudio mempunyai kaitan dengan banyak nama yang disenarai di atas kerana saling mengenali melalui blog PDKM (Pengalaman di Kota Mekah) kepunyaan no.7

12. bagaimana pula dgn no. 4
Mama Nadz ini seorang guru yang amat berdedikasi. Berada nun di utara semenanjung. Sangat kreatif malah boleh menghasilkan lukisan yang boleh diframekan lagi. Sangat cantik…..


13. pesanan kpd org no. 6
Banyak benar masakan yang terpapar tanpa resepi. Titipkan setiap masakan itu dengan resepinya sekali ya Pak Itam@ Rezeki. Kebanyakan gambar paparan sangat mengujakan. Seeeedap sangat........

14. kata-kata cinta utk no. 2
Ummi, kakak berdoa semoga kita sentiasa dicintai oleh keluarga kita dan menemuiNya dalam keredhaan yang berkekalan

15. adakah no. 7 dan 8 punya persamaan
Mereka berasal dari Malaysia tapi kini menetap di Makkah bumi anbia.

16. berikan 5 yg anda tahu tentang org yang men-tag anda
Kak Pah pemunya Tadika Aulad. Seorang insan yang dilahirkan sebagai wanita gigih. Mempunyai anak dan cucu yang montel. Paparan heading blognya adalah cucunya yang montel itu. Dibawah setiap N3 pasti ada sign Aulad Jannah. Ada 2 blog lain resepi ibunda dan kakpah's corner.

17. persamaan antara kambing dengan lembu
Usah dibanding saiz badannya. Tapi cuba lihat bulunya sama kan….. Juga sama-sama binatang ciptaan Allah untuk dijadikan Qurban dan Aqiqah. ..


8. GAY or LESS?
Kakak kalau nak herdik anak kata hey. Dan.... kalau pay kakak tahulah dan selalunya memanglah nak pay less rather than to pay more. But always asked the children to pay more attention.

DAH HABIS SOALAN......