Mata menyorot keluar tingkap. Kelihatan cuaca mendung. Pohon rendang di sepanjang pagar kelihatan bergoyangan dipuput bayu. Mesti hujan akan turun. Begitu getus hati. Tidak banyak kerja membolehkan diri mengelamun, lalu hati terdetik mahu membuat N3 dari Pn Nor Azian.
Tanggal 3hb Februari 1982 Tangisan seorang puteri membelah kesunyian
Suara adzan dan iqamah membisik gemersik ke telinga
Dari seorang bapa bernama Iskandar
Merapak syukur atas hadirnya puteri baru
Nor Azian nama pilihan
Rantaian masa membesar seorang puteri
Nor Azian dinaungan kasih nan padu
Didikan sempurna duniawi-ukhrawi
Merangkul kejayaan idaman keluarga
Mengharum kembang hingga menjadi suntingan
Muhammad bin Adam muncul dengan redha
Memimpin, membelai Nor Azian duduk disampingnya dengan pasrah
Nor Azian mengharum dalam mahligai
Mencanai ruang-ruang kehidupan
Menghirup harum-manis pasangan
Bawah pimpinan erat Muhammad bin Adam
Pesanan rasulullah ini terpahat dihatinya
... tiadalah wanita yang meminyaki rambut serta menyikatkan suaminya,
meminyaki janggut, memotong kumisnya serta memotong kukunya
melainkan Allah subhanahu wata'ala memberikan minuman
yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai-sungai syurga.
Allah subhanahu wat’ala mempermudahkan sakaratul maut baginya
serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga.
Allah menetapkan baginya bebas dari seksa api neraka
bahkan melintasi siratal mustaqim dengan selamat.
Pelengkap mahligai diteroka sama
Muaz Harith dan Muiz Harith tahukah kamu
Bonda Nor Azian membusung perut mengusungmu
Sembilan bulan sepeluh hari mendiami di rahimnya
Membulat tekad membekal warisan keluarga
Pengetahaun ilmu dipelajari menjadi pegangan diri
Bondamu menggegam erat nasihat rasulullah yang ini
.......apabila seorang perempuan itu mengandung
maka malaikat memohonkan keampunan baginya.
Allah subhanahu wata’ala menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan
Melebur seribu keburukkan.
Sewaktu perempuan itu merasa sakit untuk melahirkan,
Allah menerima pahala baginya sama dengan pahala pejuang di jalan Allah.
Seandainya dia melahirkan kandungannya,
maka bersihlah dosa-dosanya
seperti ketika dilahirkan daripada kandungan ibunya.
Apabila meninggal ketika melahirkan
maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun.
Ketika berada di dalam kubur
akan mendapat taman yang indah
yang merupakan bahagian dari taman syurga.
Allah memberikan pahala kepadanya
sama seperti pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah,
seribu malaikat memohonkan keampunan baginya
sehinggalah hari kiamat
Hidup seorang Nor Azian binti Iskandar
Menabur ilmu ramai pejuang bangsa
Manisnya dirasai ramai insan yang dahaga
Tercatat menelusuri disetiap belahan waktu
Selagi jasa dipohon curahan dinikmati sama
Berbanggalah pendamping-pendamping Nor Azian
Mohamad bin Adam
Muaz Harith dan Muiz Harith
Sekian Pelajar
Keluarga
Dan
Kami teman blogger
kepada yang mahu turut serta sudikanlah larikan jejari seketika ~~~~> klik sini
Buat En. Muhammad bin Adam wish you in advance "Happy Birthday" (bukan mengampu tau. This is realy form my heart. Since my N3 is ready so is good for me to be the earlier participant. Hehehe.......)







