Hari Sabtu yang lepas merupakan hari larian sekolah adik dan aku perhatikan banyak sekolah di Johor Bahru berbuat yang sama. Oleh itu berjogginglah aku bersendirian. Tiba di taman sudah ramai teman walau bukan sebangsa tetapi kami sudah saling mengenali antara satu sama lain. Balik dari jogging hubby jemput untuk pergi bersarapan pagi dan selepas itu terus ke rumah sewa kami yang telah kosong hampir dua minggu. Mengambil peluang yang ada kami membersihkan kawasan luar rumah tersebut.
 |
| Buah mata kucing - Sementara mencantas apa yang patut, petiklah juga setangkai-dua untuk dinikmati. |
 |
Membakar - Semua daun-daun kering yang berguguran di sekeliling rumah kami bersihkan dan bakar. Daun mangga, mata kucing, rambutan, pulasan dan jambu batu yang paling banyak berguguran.
|
 |
| Adik - Lebih kurang jam 11:00 pagi adik sudah memanggil untuk diambil. Juga terus ke sini untuk berehat. Bermain unggun api yang ada. Kalah dalam larian tersebut. Top 50 pun tidak dapat adik, tidak mengikut jejak mama-papa dulu yang merupakan pelari pecut di sekolah. Mungkin sebab mama dulu kecil kurang zat jadi ringan untuk berlari pecut. |
"Rasulullah SAW melarang kita membunuh empat jenis binatang iaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung shurad" - hadith dari Ibnu Abbas ra. Dari sini jelas menunjukkan larangan membunuh binatang tersebut yang pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui - Wallahu'alam.
 |
| Kasut jogging - Akhirnya setelah 3 tahun kasut murah mama menjadi arwah, kenalah kongsi sama dilonggokkan dipembakaran dedaun yang kering. Nasib baik tertanggal tapaknya ketika mengemas di sini. Kalau di padang jogging mahu sengsara mama dibuatnya. Pinjam selipar adik. Satu hal bila memakai selipar kena berperang dengan semut yang banyak. Masalahnya tidak boleh dibakar berdosa - terpaksalah mengelak mana yang mampu. |
 |
| Bersih - Lebih kurang jam 12:00 tengahari baru selesai semuanya. Itu pun tidak sempurna lagi. Minggu depan kami akan ke sini lagi. Telah berbelas tahun rumah aku sewakan mungkin memerlukan satu pembaharuan. Anak-anak suka rumah ini sebab lebih besar dan mempunyai tanah yang luas maklumlah yang ini corner-lot tetapi aku lebih selesa tinggal di rumah kecil ku yang kami tinggal kini. Senang mahu mengemas. |
Saban hari terpaksa menerima panggilan orang mahu menyewa sedangkan kami belum berhasrat mahu menyewakan kepada sesiapa lagi. Dari mana mereka mendapat nombor telefon kami pun tidak diketahui sebab kami tidak memberi notis paparan yang mengatakan rumah untuk disewa. Bagilah rumah itu berehat seketika.
~~ Rumah menjadi keperluan dalam hidup tetapi harga yang ditawarkan kini kelihatan berganda-ganda mahalnya berbanding harga rumah-rumah yang kami beli dulu. ~~