Wednesday, April 6, 2016

Makan malam di puput bayu pantai

Suasana yang mendamaikan 
Ketam black-pepper, sotong goreng tepung, siakap steam, udang butter (tidak sama dgn JB style) dan kailan goreng. Ada juga sambal belacan di beri percuma (sayang membazir sebab kami tidak makan kerana tidak ada lawan ulamnya)
Ambillah banyak lagi 
Biarpun di hotel susah mahu lena, berwhatsapp dengan anak yang jauh di mata
Teringat pula masakan di rumah, kurau masin masak lemak cili padi + belimbing 

~~ Masih mampu tersenyum di atas limpah kurniaNya memberi pinjam usia. ~~ 


Tuesday, April 5, 2016

Panas, air dan keluhan

Sabtu, Ahad dan Isnin melayan adik. Ujian seketika yang kami pasti akan ada keindahan dihujungnya. Teruskan berdoa dan tawakkal kerana kita tidak ada kemampuan tanpa izin dan kasih-sayangNya. Cuaca di Mersing agak panas berbanding JB. Asrama manalah ada pendingin hawa. Sabar dan redhalah demi mahu meraih kejayaan di masa depan. Adik kira beuntung duduk di asrama penempatan satu bilik hanya empat pelajar berbanding kakak-kakak dulu satu bilik berkongsi 10 sahabat. Ingatan Allah berikan buat kita seluruh hambaNya kerana semakin ramai yang lalai.

Cari air-cond - Pagi lagi kami bawa adik makan di Chicken Rice Shop cari yang ada pendingin hawa. Bagi keselesaan. Malamnya kami tidur di hotel berkekatan untuk bagi sejuk juga.  Makan di tepi pantai Mersing - sejuk udara pantai malam. Siang tengahari makan di KFC bagi suasana sejuk juga sebelum balik asrama semula.
Chicken roast - Makan nasi ayam dengan chicken roast ini.
Pie tie - Tidak pernah tinggal untuk membeli set ini setiap kali masuk
Panas - Betullah kalau di JB Mimik pun tidak tahan panas mencari sink untuk merehatkan diri apa lagi adik di Mersing suhunya agak lebih panas.
Ceria - Ini yang mama mahu.  
Adik boleh -  Kalau kawan-kawan boleh mengapa tidak adik.

Redha - Catuan air kenalah dihadapi dengan rasa rendah diri.
Peace - Itu lebih baik dari mengeluh. 
Khamis ini papa akan jemput adik balik kerana pada hari Sabtu ini ada anugerah cemerlang untuk murid UPSR 2015 di sekolah rendah adik yang lama. Balik rumah bolehlah menikmati suasana sejuk seketika sebelum kena balik semula pada petangnya. Begitulah selagi masih bergelar seorang pelajar. Ingat pesanan allahyarhamah nenek "Bila panas jangan mengeluh banyakkan istighfar." 

~~ Setiap apa juga ujian yang Allah berikan pasti ada hikmahnya. Catuan air satu yang sangat sinonim bila musim panas.~~