Friday, July 1, 2016

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin

Hasil carian imej untuk kad raya
Dari google
Menjelang Hari Raya Aidilfitri 1437H ini aku sebagai empunya TITISAN NURANI dengan ini mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada semua yang pernah, sedang dan baru singgah di sini. Kepada yang pernah aku singgahi blognya juga kemaafan dipohon andai ada dari perkataan melalui komen yang diberikan tidak menepati apa yang dikehendaki atau mengguris rasa. Panjang umur andai ada izin Allah Titisan Nurani akan kembali selepas seminggu bercuti. 

Allahumma solli 'ala Muhammad
Wa 'ala ali saiyidina Muhammad
Semoga hari dirai mendapat berkat
bahagia di dunia dan juga akhirat

~~Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.~~


Thursday, June 30, 2016

Makan, tidur dan bercakap

Tiga perkara yang tidak digalakkan untuk berlebihan dalam kehidupan seharian kita iaitu makan, tidur dan bercakap. Bila berlebihan usah dipertikaikan andai ianya mengundang keburukan.

Makan bila perlu atau sebelum lapar atau bila tiba masanya diperlukan. Contohnya telah tiba waktu untuk berbuka puasa maka makanlah walau sekadar dengan seulas kurma. Tetapi berhentilah sebelum kekenyangan sebab bila kekenyangan pasti buruklah padahnya. Saiz perut kita bukanlah besar mana pun. Cuba lihat saiz perut berbanding dengan makanan yang kita makan untuk ditampung perut kita. Lagi parah bila sedang bersolat tiba-tiba sendawa terasa apa yang dimakan tadi. Apa jadinya? 

Begitu juga dengan tidur. Maha kaya Allah dijadikan kita siang dan malam. Siang untuk menjalankan tanggungjawab seperti bekerja, belajar, membantu dan sebagainya. Tiba waktu malam berehatlah. Tetapi janganlah tidur yang berlebihan sehingga matahari tegak di atas kepala pun mata masih belum dibuka lagi. Jika ini yang terjadi jangan menyesal andai ada keburukan menanti. Mereka yang ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab di malam hari pula jangan jadikan alasan waktu siangnya terus-terusan tidur hingga lupa zuhor dan asar dengan alasan bekerja di malam hari. Tidak salah bekerja di malam hari dan tidak salah tidur di siang hari tetapi berpadalah.

Bercakap pula jika dirasakan tidak ada perkataan yang baik adalah lebih baik mendiamkan diri. Bercakap bila perlu dan bercakaplah yang baik-baik. Kunci mulut itu lebih baik daripada menimbulkan kekecohan. Tetapi  bila ada ketikanya kita diperlukan untuk bercakap kenalah bercakap. Contohnya sebagai guru jika tidak bercakap bagaimana anak murid mahu menimba ilmu. Memberi usrah/tazkirah/tabligh jika tidak bercakap pasti misi tidak tercapai. Namun setiap butir percakapan biarlah menepati yang dikehendaki syarak. Mengumpat adalah racun dari syaitan yang paling dahsyat perlu segera kita jauhi.
Bukan bunga orkidku - Pokok orkid memang kurang sesuai dengan tanganku ini. Sewaktu mula membeli saja meriah berbunga. Sebaik bunga pertama luruh untuk menanti keluar bunga seterusnya sungguh menagih kesabaran. 
~~ Setiap yang dijadikan Allah untuk kita pasti ada hikmah tersendiri. ~~