Friday, September 9, 2016

Bukan saiz menjadi ukuran

Bukanlah berzikir dengan tasbih besar ganjarannya lebih besar. Hatta mereka yang berzikir menggunakan ruas jejari itu lebih afdhal (teringat al-marhum bapak tidak pernah menggunakan tasbih tetapi dia menggunakan ruas jejarinya). Tapi aku ini iman sangat tipis dalam berzikir pun boleh khayal itu yang tidak boleh menggunakan ruas jejari. Apa lagi sudah selalu menggunakan tasbih bagaikan manja pula jari aku akan lebih lincah ketika berzikir dengan tasbih serentak dengan bibir.

Bergayut - Tidak semua menjadi pilihan.
Besar/kecil - Sebahagian yg tercapai dek tangan utk dipotretkan
Oleh itu jangan ingat mereka yang mempunyai tasbih besar zikirnya lebih banyak. Atau pun mereka yang punya banyak tasbih zikirnya lebih kerap. Semua itu tidak benar. Sebab ramai yang berzikir tanpa dihitung seperti ketika memandu, ketika anak di dalam peperiksaan atau mungkin ketika beratur menunggu giliran seperti di klinik untuk berjumpa doktor atau shopping mall untuk membayar.
Pilihan - Tasbih yang di atas pada mulanya aku suka gunakan sebab sama warna dengan sejadah aku. Tidak ingat bila aku mula tersuka pula dengan tasbih yang Kak Meen beli untuk cikgu dan kawan dia ketika umrah dulu. Sejak itu aku gunakan ini hingga sekarang sebab tanda asing setiap 33 bijinya mudah dirasa jari. Berbanding yang di atas itu biji pembahagi setiap 33 biji lebih-kurang saja saiznya. Tasbih bila selalu kena pegang kilat jadinya.
Begitulah juga dengan ibadah korban. Walaupun sebaik-baiknya mencari binatang korban yang bersaiz besar-sihat-warna cerah tetapi seandainya kemampuan kita saiz yang kecil dan berwarna gelap ia juga tidak menjadi masalah. Apa yang penting jika lembu/unta atau yang seangkatan boleh dikongsi tujuh bahagian. Manakala jika kambing satu bahagian.

Ladang lembu - Salah satu lembu pilihan hubby yang akan dikorbankan di Aidiladha tahun ini. Sehingga hari ini sebagaimana yang sudah dimaklumkan kepada en hubby taman perumahan kami akan mengorbankan 6 ekor lembu dan 2 ekor kambing.
Usah menilai iman seseorang dari mata kasar mahupun dari mata hati kita kerana sesungguhnya Allah saja yang tahu akan segala-galanya yang tidak termampu oleh kita. Apa pun bersempena Aidiladha yang akan menjelang tiba aku sebagai empunya Titisan Nurani mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil-Adha. Esok aku sudah mula bercuti sehingga satu hari tasyrik.

~~ Selamat berpuasa, selamat menjalankan ibadah qurban dan Selamat Hari Raya Aidiladha 1437H.~~~


Thursday, September 8, 2016

100 WISH list before I die ...

Mari kita lihat seorang gadis yang punyalah banyak wish list bersempena ulangtahun kelahirannya pada tahun 2016 ini. Sila lihat di sini. Selepas itu renung ke dalam diri apakah pula harapan diri kita sebelum Izrael datang menjemput. Sebenarnya sebaik selesai membaca entri ini aku jadi kabur sebab aku di tag. Apa wish list aku kalau sampai 100?

Bingung juga aku kalau mahu menyenaraikan 100 wish list sebab di usia tua ini rasanya beberapa kerat sajalah harapan aku sebelum mati. Dari 100 yang dimahukan aku rangkumkan sajalah menjadi lima sebagaimana Rasulullah bersabda "Ambillah peluang yang lima,sebelum datang yang lima" - Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Al-Baihaqi.

1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu
2. Sihatmu sebelum sakitmu
3. Kayamu sebelum fakirmu
4. Lapangmu sebelum kesempitanmu
5. Hidupmu sebelum matimu.

Sebenarnya sekarang pun aku sudah tua. Cuma selagi Allah masih bagi peluang boleh beribadah dengan baik aku mahu berusaha semampu boleh sebelum datang masa lebih tua dari sekarang. Lumrahnya bila semakin dipanjat usia bimbang kesihatan menurun dan beribadah jadi kurang khusyuk. Mohon aku diberi kesihatan yang baik.

Berkaitan dengan kaya pula sebagai manusia biasa rasa tidak puas sudah pasti tidak dapat disingkirkan. Melihat mereka yang lebih susah aku dapat merasakan yang aku ini kaya sebab masih mampu memberi infak dan sedekah. Tetapi melihat yang lebih kaya sesungguhnya aku masih jauh tertinggal di belakang. Apa lagi melihat mereka yang kaya iman, kaya pekerti, kaya ilmu, kaya harta semua ini ingin aku gapai. Itulah sebolehnya biarlah sebelum sakratulmaut datang menjemput. Apa lagi bila memandangkan terasa terlalu pantasnya masa berlalu. Mengharap aku mampu melakukan yang terbaik sebelum disempitkan waktu. Semoga ada kelapangan waktu untuk aku terus menerjah setiap yang mahu dilakukan. Berharap tidak ada penyesalan di penghujung usia.

Pukal aku senaraikan semua wish list kerana jika dihuraikan semua itu sudah pasti lebih dari 100. Semoga aku diberi masa untuk melihat anak-anak berjaya dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing yang mampu memberi keseimbangan bahagia dunia dan akhirat. OK selesai! 

Sebagai memenuhi syarat cik adik manis yang mahu tag tiga sahabat maka dengan rendah hati aku tag tiga adik comel ini: - 


Tidak ketinggalan dijemput juga semua teman Titisan Nurani yang memberi komen dalam entri ini untuk sama-sama memeriahkan segmen ini. Silakan dengan segala hormatnya.

~~Apa-apa pun selamat ulangtahun kelahiran buat Huda. ~~