Tuesday, July 16, 2013

Fenomena Istiwa matahari sekali lagi

Pada 28-05-2013 fenomena istiwa matahari sudah pun berlaku pada jam 5:16 petang waktu Malaysia. Kepada sahabat-handai-rakan-taulan yang tertinggal atau terlupa di sini aku mengingatkan sekali lagi istiwa matahari akan berlaku pada hari ini, 16-07-2013 pada jam 5:28 petang. Memandangkan entri aku tentang istiwa matahari tempohari ada yang salah faham ingin dijelaskan di sini Istiwa Matahari adalah fenomena dimana kedudukan matahari betul tegak di atas kaabah. Oleh itulah dianjurkan untuk kita melihat arah qiblat yang tepat dimana kita berada.  Ini bukan menentukan masuk waktu solat seperti yang kita belajar sewaktu kanak-kanak dulu yang juga menggunakan kayu tegak, kemudian melihat panjang-pendik bayang. Tetapi ini adalah MENENTUKAN ARAH QIBLAT yang betul dari bayang-bayang yang terarca.

Gambar ulang-tayang - Pada 28-05-2013 tempohari anakanda sulung sedang bercuti dia yang membuatnya.
Boleh gunakan apa juga alat yang lurus sebagai perkakas. Berdirikan 90 darjah dari aras lantai/tanah kemudian lihat arah bayang. Bayang itulah menunjukkan arah benar qiblat kita. Ayuh siapa yang ada peluang buatlah.

~ Biar canggih mana pun seperti kompas tapi apa salahnya mencuba yang ini kerana matahari tidak mungkin rosak berbanding kompas yang kita miliki.~~

80 comments:

Fazleyatul Aini said...

thanks info ni kak. saya baru tahu tentang peristiwa ni huhu

Pn.bayu said...

Thanx for the info kak zakie, petang karang nak cuba la..

Irfa said...

tq kak, dah set kat jam utk buat petang nanti :)

lia said...

tqvm kak for this great info... sungguh saya sendiri xtahu pasal hal ni... cuma xmampu nak buat sbb masa 2 sy masih otw balik rumah...

Masya said...

akak selalu buat entry yg membri info yg bgs untuk sy .. tq kak...

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Kak pernah menyemak kiblat berdasarkan hal ini sebanyak 2 kali pada tahun lepas, tahun ni terlepas..insyaAllah hari ini nak buat sekali lagi.. dua-dua kali yg kak buat dulu matahari tak kuat sinarannya..

Unknown said...

ada cara macam tu ya ?
thanks kongsi info. :)

asyifamustaffa said...

thx kak...akan dilihat petang ni.

shaliza said...

Terima ksih kakzakie...berkongsi:-)

BinMuhammad said...

Tempohari xdpt buat kerana cuaca mendung. Semoga petang ini hari yang cerah. Terima kasih mengingati.

musang said...

terima kasih atas info itu kak...insyaAllah ada peluang nak buat

Unknown said...

betul cakap akak, peralatan canggih pon ade time2 dia rosak,, ttp matahari x menipu kan..bagus akak bagi panduan nih,..

Umm AA said...

salam kakak..
thanks atas panduan tuh..kurang2 dpt beri kesedaran and info utk cari arah kiblah yg betul..inshaallah ade ms leh cuba..

Kniedaz said...

Kalau saya belum ada di atas jalan raya waktu tu petang ni, insya Allah nak buat juga

HanisLazimAndTheShaklee said...

penah try tapi macam takut silap sbb xpandai sgt :)

slamat bepuasa ^_^

AtieYusof said...

Bagus bah cara ni Kak..
terlepas plak sy nak buat...
lain kali nak cuba jg...:)

sitirohaida said...

belum pernah buat lagi mcm nie kak...harap dapat peluang

Julia Johari said...

Good sharing sis :)

mama maman aka yana said...

ada baca kat fb ttg nih.. tp mungkin tak sempat buat.. insyaallah cuba next time.. :)

Unknown said...

hari ni yer kak?.. nak try la kalo sempat..balik kerja pon dah 5.30ptg ni..kadang zee pon konpius gak arah kiblat..skrg dok ikut piring astro jer..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Terima ksih kakzakie...berkongsi:-)

lieyalatif said...

eh baru tau kak....kalo ade peluang mmg nak cube mcm anak akak buat nie...nak rase pengalaman tu sendiri....

subhanallah segala percaturan Allah swt kan kak....segala puji bagi yg mencipta....

Shahrul Yusof said...

Kalau ada kelapangan elok dilakukan, sebab kadang ada setengah apps arah kiblat ni ada error. Elok dibuat istiwa hari ini untuk dibuat perbandingan penentuan ralat kat apps.

Hari ni kalau sempat, boleh la kot check hala arah kiblat kat rumah yang kami baru pindah ni.

NM03 said...

saya tak percaya dengan kompas

OKje said...

Boleh jugak dinda try petang ni kanda.... Yang hari tu terlepas harapnya hari ini tak le

OKje said...

Boleh jugak dinda try petang ni kanda.... Yang hari tu terlepas harapnya hari ini tak le

Dr Singa said...

macam akan terlepas dan terlupa lagi hari ni nanti!!

Munn Jaafar said...

salam kak zakie..kdg2 pkai kompas pn confuse jgk arahnya. kalau laahh sy tahu cara mcm ni, nk jgk buat, nk tgk arah kiblat rumah tu

Munn Jaafar said...

pukul 5.28 sy tgh bersesak dlm jem....errmmmmm...

Unknown said...

masih kat opis time tuh~ :(

amirah said...

amie nak cuba la kak..petang ni kan..

miss yatie said...

ooo..begitu je, terima kasih akk

Unknown said...

5.28 tu waktu berada dlm kereta amik anak2 dr rumah pengasuh & taska.. ;(

nuyui a.k.a miss YUI said...

trima kasih utk info ni kak..

nuyui a.k.a miss YUI said...

trima kasih utk info ni kak..

aDisH.sHidA said...

baru aritu dok cakap dengan mbe pasal nak tengok arah kiblat nie..tp arini cuaca di sini mendung la akak...rugi nya mcm tak dapat nak buat

azian said...

mcm kejap jekkk ek kak...hr tu baru je kan...

selamat berpuasa kak

p/s nak kek coklat snow berkeju ke???hihihi

Syamimi Saad said...

asslmkm kak.. lama tak singgah sini kn.
salam ramadhan..

tak pernah pun buat macam ni..mngkin 1 hari nti jika ada pluang kut..

Nisah Idham said...

InsyaAllah, nisah cuba petang nanti . tapi di bumi langkawi sekarang ni hujan lebat.. kalau ade matahari nanti ....

faraherda.razalan said...

KL mendung je kak. Tunggu jap g tgk klu terik.

Fiza Rahman said...

Thanks for the info kak. Tak tau sempat ker nak buat sbab sejaj posa ni jalan sesak.

Qhaifa Nur said...

info yang berguna Kakzakie..
petang ni kan..

Unknown said...

thanks kak..ila pun baru tahu pasal tarikh istimewa nie..insyaallah kalau sempat sampai rumah boleh try..

Anonymous said...

tq infornyer Kak.. leh kita cuba ptg nanti kalau berkesempatan !

Nor Azimah Ali said...

seminggu tempoh ramadhan ni cuaca agak mendung, kalau ada matahari menyinar, InsyaAllah bole try buat, satu lagi cara senang ce tengok arah kuali astro tu, ha tu pun boleh tunjuk arah kiblat

Eye_nee said...

Boleh bg tau mak kat rumah ni...tq kakzakie utk gud info ni...

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kakzakie..
terima kasih bagi tau.. nanti balik boleh buat.. :)

aizamia3 said...

mintak tolong en. suami lah macam ni.. sebab masa ni ai masih dalam perjalanan balik ke rumah.. :(

Mia Kassim said...

Terima kasih kak untuk perkongsian ni... :D

wawa syaida said...

thanks akak....berkongsi ilmu...bagus untuk pembaca...dapat mengeratkan silaturahim dan menambah ilmu

ajumohit said...

bagus perkongsian akak ni, dah belajar dulu tp belum pernah praktikkan

duniaanita74.blogspot.com said...

tq kak..ita baru tahu ne..biasa pakai alat kiblat tu...

Unknown said...

waahh..bagusnya..tq kak zakie for the info..tapi rasanya waktu tu saya lam otw blk keje..huhu..

ellynadyra said...

tq for sharing kak, nak try petang nih

ct rahani said...

thanks kak for the info.. sy pun baru tau pasal nih..

wahida said...

wow! saya baru tau pasal ni kak...inilah bagus ada kawan2 blogger ni...mcm2 info boleh dapat...

tengs sharing di sini bersama kawan2...
tapi masa tu saya mmg tak sempat, atas moto on the way balik rumah...huhu...

emarieys said...

terima kasih kak...tp sini mcm mendung jer..

Hanis Azla said...

Salam kak zakie..

terima kasih atas perkongsian yang baik ini..

Unknown said...

PM kerja , tapi pesan dekat wife suh buat...:)

ANIM said...

tak tahulah kat sp hari ni kak zkei. mendung gelap, nak hujan

Ibu Lala said...

tq for the info kak.

Unknown said...

hari nila ye kak? terima kasih atas info ni... nanti nak buat jugak!

Mizz ErMa said...

petang tadi lah kiranya ya..xtau pon sebab masa tu rasanya baru sampai umah kot..hehe

Unknown said...

wah.. terima kasih untuk info ni ye.. :)

Mizz Aiza said...

aiza baru sahaja baca entri kakak malam.. sudah terlepas untuk mencuba..

eelobor said...

alamak rugi nya.... saya terlepas entri yang nie. kalau tak boleh gak test

ibuintan said...

sy tak dapat buat ptg td, mendung la

aby said...

tk salah mencuba sebagai ilmu tambahan kan

Puan Kutu said...

terima kasih atas maklumatnya walaupun sy tak sempat nak buat

Kakzakie Purvit said...

Bulan ramadhan ini kakak balik awal. Biasanya sebelum jam 5 petang kakak sudah tiba rumah. Tetapi sayangnya semalam bumi JB bukan setakat mendung bahkan disirami hujan. Bayang-bayang sekadar berbalam saja. Oleh itu hajat tidak kesampaian seperti yg anak kakak buat tempohari.

Terima kasih kepada semua teman yg sudi menitipkan komen:-

Fazleyatul Aini, Pn.bayu, Irfa, lia, Masya, Werdah (kali ini kakak pulak yg terlepas Kak Werdah sebab langsung tak ada matahari. Buat juga tapi bayangnya tak jelas boleh kelihatan dgn jelas), syuk shusuke, Asyifa Mustaffa, shaliza, Bin Muhammad, redza, Riedaffya ibrahim, ummuaidan, Kniedaz, aniswany lazim, aTieYusof Family, Siti Rohaida Yusof, With Julia, mama maman aka yana, Zee Suhaini, Pokok Manggis Depan Rumah, lieyalatif, Sylarius Yusof, NM03, hainom OKje, Dr Singa, Munnafendy, Nafira usof, amirah, KY Atie, QueeN TerataI, nuyui a.k.a miss YUI, aDisH.sHidA, azian, Sya Mimie, Nisah Idham, faraherda.razalan, Fiza Rahman, Qhaifa Nur, mama ila, Kesuma Angsana, Nor Azimah, Eye_nee, JaSSNaNi, aizamia3, Mia Kassim, wawa syaida, Aju Mohit, anitadiana, mama_ka0ri, elly nadyra, ct rahani, wahida, Ema Johari, Hanis Azla, Papa Mifz, ANIM, Ibu Lala, Santri T.P.I.N.I, Mizz ErMa, boni kacak, Mizz Aiza, eelobor, ibuintan (kakak buat dalam hujan cuma nampak bayang yg kelam cikgu), aby, Puan Kutu.

Buat semua terima kasih sekali lagi. Ada peluang tahun depan kalau panjang umur boleh mencuba lagi.

ummiross said...

Kakzakie..ummi pun terlepas peluang semalam, kalau baca n3 Kakzakie ni semalam insyaAllah dapat juga ummi cuba, semalam sibuk sikit, tak sempat nak bw.
Selalunya tiap2 tahun tak ketinggalan, tahun ni termissed pula.InsyaAllah nanti tahun depan kita cuba lagi ye.

Myra Jay said...

Cara ni yang paling tepat kan kak ;)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Baru tau kak...tak sempat nak buat...kekadang guna cara manual macam ni lagi tepat kan kak....

Unknown said...

ooo, semalam pun boleh buat ya kak. Tp saya baru terbaca hari ni, tak dapat nak buat, rugi pula rasa, bila lagi boleh buat ya kak?

Werdah said...

Samalah keadaan di sini kakzakie..hujan dp tghari sampai 3 lebih, selepasnya mendung tak nampak bayang2 pun.

Ratu Hatiku said...

Tq kakak...saya baru tau tentang nie. Ilmu yg cukup berguna..

Unknown said...

senang kan boleh tau arah kiblat sndri.. selalunya kan tanya2 org je.. ;)

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

tak tahu pun mngenai perkara ni.. klau tak, msti boleh cek sendiri..

semlm taman medan hujan..

jaakechik said...

ayah jaa pun selalu guna cara ni, bila nak solat di jeram atau kawasan air terjun... dia aje buat.. anak2 tumpang solat ikut arah yg dia buat aje.. hihi...

sukicomp said...

SALAM,

Sebenarnya walaupu 2 waktu tersebut boleh digunakan untuk semak arah kiblat tapi bagi mereka yang tak sempat atau masa tu mendung tiada bayang, boleh gunak kaedah Lintasan Harian... saya ada jadualnya, cuma perlukan lokasi anda je...sukim1000@gmail.com