Wednesday, September 1, 2010

Mari Kita Kira Cuti Kita

Berapa hari cuti yang diperuntukkan kita sebagai pekerja dalam setahun? Lihat saja pada hari Ahad dan Sabtu yang mana kebanyakkan orang tidak bekerja. Bukan bertujuan untuk tarbiah jangan cuti dari kerja. Kalau boleh aku pun nak selalu bercuti makan angin dan macam dah tak mahu kerja lagi. Penat melihat lambakan kerja saban hari, kesihan anak-anak balik sekolah kita masih di pejabat, makan kena cincai (kata orang Johor), nak membuat hobi pun tersangkut-sangkut dek kesuntukan masa. Mari kita lihat cuti tahun ini.

Bulan
Januari :

  • Cuti Sabtu (5 hari)
  • Cuti Ahad (5 hari)
  • Cuti Am (1 hari - Awal tahun)
  • Cuti Perayaan (1 hari - Thaipusam)

Bulan Februari:

  • Cuti Sabtu (4 hari)
  • Cuti Ahand (4 hari)
  • Cuti Am (1 hari - Maulud Nabi)
  • Cuti perayaan ( 2 hari - Tahun Baru Cina)

Bulan Mac:

  • Cuti Sabtu (4 hari)
  • Cuti Ahad (4 hari)
  • Cuti Am (Cuti sekolah seminggu)

Bulan April:

  • Cuti Sabtu (4 hari)
  • Cuti Ahad (4 hari)

Bulan Mei:

  • Cuti Sabtu (5 hari)
  • Cuti Ahad (5 hari)
  • Cuti Am (1 hari - Hari buruh)

Bulan Jun:

  • Cuti Sabtu (4 hari)
  • Cuti Ahad (4 hari)
  • Cuti Am (1 hari - hari Keputeraan DYMM agong)
  • Cuti Sekolah 2 minggu

Bulan Julai:

  • Cuti Sabtu (5 hari)
  • Cuti Ahad (4 hari)

Bulan Ogos:

  • Cuti Sabtu (4 hari)
  • Cuti Ahad (5 hari)
  • Cuti Am (2 hari - Awal Ramadhan & Hari Kemerdekaan)

Bulan September:

  • Cuti Sabtu (4 hari)
  • Cuti Ahad (4 hari)
  • Cuti Am (1 hari - Hari Penubuhan Malaysia0
  • Ada cuti sekolah seminggu
  • Cuti perayaan (2 hari - Hari Raya Aidilfitri)

Bulan Oktober:

  • Cuti Sabtu (5 hari)
  • Cuti Ahad (5 hari)

Bulan November:

  • Cuti Sabtu (4 hari)
  • Cuti Ahad (4 hari)
  • Ada cuti sekolah akhir tahun yang bermula pada pertengahan bulan
  • Cuti perayaan (2 hari - Hari Raya Haji & Deepavali)

Bulan Disember:

  • Cuti Sabtu (4 hari)
  • CutiAhad (4 hari)
  • Cuti Am (1 hari - Awal Muharram)
  • Cuti perayaan ( 1 hari - Hari Krismas)

Jumlah keseluruhan:

  • Cuti Sabtu - 52 hari
  • Cuti Ahad - 52 hari
  • Cuti Am - 8 hari (tidak termasuk cuti am yang digazedkan untuk negeri masing-masing)
  • Cuti Sekolah - 10 minggu
  • Cuti Perayaan - 8 hari (tidak termasuk cuti perayaan yang digazedkan untuk negeri masing-masing)

Cuba lihat kalender tahun ini (2010). Cuti itu tidak termasuk cuti yang diberi/digazedkan bagi negeri sendiri (berlainan sambutan tiap negeri masing-masing - contohnya hari keputeraan sultan dan sebaginya). Melihat perangkaan di atas rasanya janganlah kita kata penat kerja. Atau paling tidak kata asyik kerja…kerja….kerja…. Benar ada waktu kerja kita terpaksa pergi menghadiri kursus dan sebagainya. Tetapi semua itu adalah untuk kebaikan dan demi peningkatan diri.

Cuti sebanyak itu tidak termasuk cuti sakit, cuti emergency, cuti tahunan (macam aku diberi 24 hari setahun) tidak boleh bawa ketahun kedua hadapan. Bererti kalau ada baki hanya boleh dibawa untuk tahun berikutnya saja. Tapi biasanya memang habis aku gunakan. Kalau ada baki pun 3-4 hari saja. Cuba bayangkan macam Ayah Zain, CM, Mama Nadz, Ibu Guru (sekadar menitip beberapa nama teman dari blog PDKM) yang tugasnya sebagai guru memang seronok kan….. banyaknya cuti.

Jadi cuba renungkan berapa hari kita bercuti tahun ini? Kalau macam Hjh Zainab dan Rezeki@Pak Itam (teman dari blog PDKM juga) emmm….. memang sodap….. cuti ke merata pelusuk alam. Cuti sentiasa yang sungguh menyeronokkan. Masa aku belum mengizinkan lagi. Masih ada tangan-tangan menadah mohon diberi dan tiga mulut yang menganga minta aku dan hubby suap mereka.


Eh.. masak ubi dalam kole
Oh… ini sungguh menghairankan
Nak bercuti bukan tak boleh
Yang penting kerja kena bereskan

Ramadhan dinanti untuk berpuasa
Hari Raya disambut dengan santai
Niat di hati nak cuti berdua
Tapi ada tiga lagi dok mengintai




No comments: