Wednesday, November 30, 2011

Mencari sinar di Awal Muharram

Surat dari pihak Kementerian mengatakan temuduga untuk Yasmien ditetapkan pada 27 November, 2011 dan hari itu merupakan awal Muharram 1433.

Sabtu 30 Zulhijjah (26-11-2011) selepas solat zuhor kami bertolak ke Kota Tinggi sehari lebih awal untuk melihat dulu lokasi sekolah yang dimaksudkan agar mudah untuk kami tiba di sana kelak. Menjadikan rumah Kak Long aku sebagai rumah persinggahan, selepas solat asar baru dilunaskan bacaan Yasiin dan tahlil diikuti doa akhir tahun bukan di rumah sendiri.

Ahad 1 Muharram di tahun baru inilah Yasmien menduduki peperikasaan kelayakan dan sessi temuduga lisan. Aku bersama dua anak duduk di surau sekolah. Sementara menunggu kami melakukan apa yang boleh bagi mendoakan Yasmien. Hubby di ruang surau lelaki. Dari jam 8:30 pagi hingga jam 11:05 minit selesai urusan terus kami bertolak balik melalui lebuhraya yang belum pernah kami lalui. Toll RM 11.20 /-. Andai pergi dan balik ditambah lagi 10 sen sama dengan jumlah mas kahwin orang Johor. Namun dari riak Yasmien, dia berkehendak sungguh untuk bersekolah di sana.

Cantik - Sekolah idaman Yasmien

Dewan - Dewan ini tidak diganggu kerana digunakan sebagai dewan peperiksaan SPM

Bilik temuduga - Yasmien menanti masa untuk masuk ke bilik darjah untuk sessi ujian bertulis sebelum sessi lisan

Perjalanan pulang - Pertama kali melalui lebuhraya ini. Tenang kerana tidak banyak kenderaan.

Feri - Dari sisi jambatan ini kelihatan feri melayari lautan ini

Indah - Bagaikan melalui jambatan Pulau Pinang tetapi tidak jauh, sekadar 3 minit peluang melaluinya

Balik dari sana memandangkan perut sudah bekeroncong, kami singgah makan di restoran siput sedut di Tampoi. Sedap sungguh masak lemak cili padinya. Sambal belacan cecah dengan ulam kacang botol dan ulam raja berhantu aku makan. Anak-anak makan siakap bakar dan pilihan masing-masing. Tetapi aduh... belum tiba di rumah masing-masing sudah sakit perut. Adik lagi sebaik sampai terus menuju ke bilik kecil. Aku sehingga hari Isnin masih tidak henti berkunjung ke bilik kecil. MujurJohor masih bercuti.

Singgah - Makan tengahari di sini. Hidangan istimewa kerana bercirikan cara masakan kampung. Aku memilih ulam raja, kacang botol, sambal belacan dan sayur campur yang lazat

Siput sedut - Nama restoran pun Restoran Siput Sedut. Semangkuk RM5/- saja. Kami habis 3 mangkuk.

Asam pedas - Ikan sembilang asam pedas memang favourite keluarga. Kepala anak-anak tidak dibenarkan, jadi papalah tukang menghabiskan bahagian yang ini. Isi untuk anak-anak.

Siakap bakar - Biasa aku masak siakap stim atau tiga rasa, tetapi di sini siakap di bakar, sungguh anak-anak pun mengatakan lain kali mahu datang lagi.





~~Yasmien - Bermunajat tanpa henti selagi hasrat belum terlaksana. Moga 1 Muharram 1433H menjanjikan kebaikan untuk hari-hari selanjutnya. ~~



69 comments:

mama maman aka yana said...

semoga impian yasmien tercapai.. sama2 doakan ye..:)

Kakcik Seroja said...

InsyaAllah, Yasmein akan mencapai cita-citanya. :)

Lauk-pauk itu kelihatan sangat menyelerakan.

Hudalatip said...

Kak, yasmien nak sekolah agama bandar penawar ke?

terpatrisinarabadi said...

mudah2an impian yasmien jadi kenyataan, amin..

sedapnyer lauk dia kak :)

Anonymous said...

gud luck yasmin.. :)

sekolah ape tu kak?

adarnadzmie said...

semga impian jadi kenyataan...amin...

Rina Rahamat said...

sekolah apa tu kak? moga yasmien berjaya masuk sekolah tu..


lauk pauk tu betul-betul membuka seleralah..terus laporr

norhidana said...

semoga impian akak yasmien di permudahkan yek...

apa nama hiway baru tu kak?siap ada jambatan lg... comfirm dana tak penah cube lalu lg

alahai... sedap2 tp sampai 2hari skt perut huhuhu.... tp tgk spt sedut mmg alahai... sedapnyer

So Shy Lady (SSL) said...

mudah2an Yasmeen bjaya. aduh sdap2nya mknn tu, asam pdas ikn bkr siput ... alahai....

bujal X said...

highway dia cuma 2 lorongje?

gadisBunga™ said...

Yasmien, ggod luck dik! akak GB mmg suka sgt kalau dapat adik2 yg bercita2 tinggi macam ni, sekalipun dalam memilih sekolah mana yang dia nak belajar.

sejuk perut kak zakie dapat anak macam Yasmien. :)

Unknown said...

semoga yasmin berjaya.. isk.. sedapnye siput sedut... :0)

wahida said...

semoga impian yasmien akan terlaksana...amin...


akak, siput sedut feveret saya tau....geram je tgk...

Cikgu Ma said...

kak...terliurnya saya...masuk kelas x makan apa2 lagi...huhuh

faraherda.razalan said...

Yasmien! Good Luck!

Dulu adik saya berangan nak belajar kat MRSM. Tapi takde rezeki. Sian die.

=D

amirah said...

moga yasmien dapat bersekolah di sekolah impian...insyaAllah..

Kakzakie Purvit said...

@ Mama maman: Terima kasih yana


@ Kakcik: Terima kasih. Lauk dia memang sedap tapi mungkin pedas sangat


@ missbby: Kena pergi semua tempat dia kena interview dulu Huda. Ini baru panggilan pertama lain belum lagi


@ ikatankasihku: Inysa-Allah


@ makdara TERdiva: Sekolah agama berasrama Fairuz


@ adarnadzmie: Moga-moga begitulah


@ Rina AVAIL: Sekolah Agama Rina. Hm... tempat makan tu di Tampoilah Rina


@ norhidana: Hingway ke Pengerang. Tapi kakak sekadar dari Kota Tinggi. Kalau balik JB boleh ke tempat makan ini Dana. tapi penuh dgn org S'pore.


@ So Shy Lady: Terima kasih doakan... Kakak suka style kampung tu SSL - pedas tapi sedap hihi...


@ bujal x: Betul tapi bila dan nak tiba persimpangan menuju utara dan JB baru ada 4 lorong.


@ gadisBunga: Anak-anak sebenarnya melihat semua sepupu tak ada yg tak duduk asrama selepas UPSR, so dia kena ikut langkah semua juga


@ Queen Teratai: Terima kasih doakan... kakak pun suka juga walau pedas tapi sedap


@ wahida: Amin... terima kasih wahida.... Kami pun suka juga dlm pedas habis 3 mangkuk.


@ Cikgu Ma: Sebelum pergi kami makan nasi goreng di rumah Kak Long kakak. Tapi biasalah bila dah balik dah tengahari anak-anak semua nak makan. Kakak pun malas nak masak kalau balik terus, so singgah makan di sini

Kakzakie Purvit said...

@ Fara: Kakak mencari sekolah agama berasarama buat anak-anak kakak. Nurienne di Maahad Pontian, so biarlah Yasmien di sini - itu pun kalau dapat


@ amirah: Moga begitulah. Kalau tidak dia hendak ke Maahad Kluang atau JB.

nabilah_2908 said...

Moga hajat Yasmin tercapai... :)

highway kt mana tu kak..siap ada jambatan lagi..huhu..

Eye_nee said...

InsyaAllah..Semoga Hajat Yasmien termakbul....

aizamia3 said...

moga Yasmien dapat apa yang diinginkan.. ;)

ikan bakar tu terliur dibuatnya..

~izan~ said...

semoga impian Yasmien tercapai..

pagi2 bukak blog akak,terus rasa nak lunch.sedap kemain..

semua dah pulih ke dari ulang alik ke bilik kecil tu kak?

seronok tgk satu demi satu kejayaan anak akak..insyaAllah ada la rezeki Yasmien tu nanti =)

Sharifah Nadzarah said...

assalam kak..
wah bestnya..restoran tu kat mane ekk...
- jambatan tu bestkan??sy ada wat n3 kat sini
http://nadzarahal-habsyi.blogspot.com/2011/09/senai-pasir-gudang-desaru-expressway.html

- mudah2an yasmin dapat masuk skolah tu...insyaallah

p/s; GA tu nnti kt buat yer..tengah bz ni maklumler baru naik cuti.

Anaasuria said...

Good luck Yasmien.. semoga Allah makbulkan doa dan usaha.. Ameen..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ziarah,

Aduh! sedap betul pilihan makanan..
terliur saya..

ucubakery said...

semoga yasmeen berjaya...
lama dah tak makan siput sedut..

Unknown said...

moga hajat Yasmien tercapai..

skrg perlu melalui ujian dan temuduga ya kak nak masuk sekolah pilihan. Tak tahu yus ni..huhu.

Nampak sedap semua makanan, terliur tengok..

Ungu Violet said...

semoga yasmien dpt masuk sekolah tu...Amin..

gambar makanan tuh sume peberet ungu...

siput seduttt...hihi

Liza said...

salam kak...liza doakan semoga apa yg dihajatkan Yasmin tercapai...Aminnnn
Sedapnya siput sedut tu...nk tumpang sedut sekali blh? hiihihhii

matahati-aishahazhar said...

harap impian yasmien tercapai kak..

makanan tu semua boleh buat perut saya mengelegak..

Azian Elias said...

bestnya kak asam pedas ikan sembilang tuuuu..

Unknown said...

semoga yasmien success selalu

Dr K said...

semoga Yasmien berjaya. Saya dah lalu highway baru Senai Desaru tu. Memang patut org komplen mahal, sebab kat penghujungnya,tinggal dua lane aja, highway apanya tu? tol dah la mahal

Kayu Manis said...

semua resepi di atas saya suka sgt...jasmein tu anak ke?

Ati Masrif said...

semoga impian yasmien termakbul..amin!

cantik jambatan tu ye
lama benor ati tak ke johor ni
ayah ati pun dah beli rumah
di kulai walau masih berulang
ke singapura :)

Hani said...

InsyaALLAH.. semoga yasmien berjaya. ^_^

Kakzakie Purvit said...

@ nabila_2908: Highway Senai-Pasir Gudang-Desaru. Tapi tidak ramai yg menggunakan sebab hari cuti agaknya masa itu


@ Eye_nee : Itulah harapan Yasmien yg tinggi Eye-nee


@ aizamia3: Ikan bakar dia sedap betul, soft texturenya:)


@ izan: Semalam dah ok dah Izan.. Kakak rasa tak tahan pedaslah perut nie. Masa makan tak ingat hihi..


@ Sharifah Nadzarah: Kakak tak kisahlah SN. Janji ada panggilan pergi dulu dah lihat. Istikharah baru pilih yg mana satu


@ Anaa: Terima kasih doakan


@ Marina Monroe: Masakan kampung memang sedap auntie. Kakak pun makan tak ingat:)


@ Ucu Faridah: Masakan dia tu yg best Ucu


@ yus: Begitulah Yus bila ramai sangat budak pandai. Mara pun interview pada 12-12-11 ini. Tapi kalau ada cable Mara ni senang, kakak tak ada cable hihi... cable tv adalah hihi...


@ Ungu Violet: Malasnya masak sendiri siput sedut sebab masa nak menyiangkan. Makan sedap.:)


@ Liza: Terima kasih doakan. Liza pandai masak, buat sendiri boleh makan banyak-banyak hahaha...


@ ratu kebaya: Betul RK... semua pedas tapi sedap. Itulah lepas makan kena cari bilik kecil


@ Yan: Tampoi kan pantai sebab itu ikan/siput dia memang fresh, cuma saiz tak sama besarlah


@ Tentang Kita: Mudah-mudahan begitulah


@ Daddy Ziyyad: Terma kasih doc. A'ah kakak ada baca N3 doc dulu. Tapi itulah toll tak setimpal dgn saiz jalan.

Kakzakie Purvit said...

@ cinnamon.com: Kakak pun sama kalau masakan kampung selera sentiasa terbuka


@ Ati Masrif: Terima kasih doa itu. Kalau Ati nak tahu Kulai tu sempadan dgn Senai. Dah dekat dah...

munna said...

semoga Yasmien berjaya mencapai hasrat hatinya...

ajumohit said...

auntie doakan moga yasmien mencapai apa yang dimpikannya, baguslah punya cita2 baik sebegini, kecur air liur tgk menu2 ni kak hehehhe

Cho Zila said...

semoga impian yasmien menjadi kenyataan... nampak sedap belaka hidangan itu...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

semoga impian menjadi kenyataan... insyaallah.

aliza said...

alaaa rindunya ngan kota tinggi, dulu akak ngajar sana.. dapat anak 2007 pindah Port Klang... SMA BP tu tempat akak selalu bawak budak2 p pertandingan ke sambutan HG ke, macam2 laa... highway tu plak time pindah dulu blom siap..

Anonymous said...

mudah-mudahan apa yg diinginkan tercapai...insyallah...sedap tgk lauk2 tu..yummy...

Penjejak Mimpi said...

muge Yasmien dapat ape yang di idam2kan nye.. amin..

lapo lagi la tengok gambor2 tu..

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

Umi doakan yamien medapat apa yang diinginkan ..amin


pstt: makanan tu mengugat selera umi hihi ..laparnyaaaaaaaaaaaaaa

::Azura Rahman:: said...

Zura doakan yg terbaik buat Yasmien.. insya-Allah.. :)

btw, lauk pauk tu semua menyelerakan.. xpecially siput sedut tu.. yummm..

Qhaifa Nur said...

god luck buat Yasmien...

lapar bila tengok menu ni...

mama ju said...

Aslkm KZ

Apa kabar?
Sek Men Sains ke?
3 anak sedara2 adik beradik ke sek ini..
Masing ke luar negara. satu dh jadi jurutera dan satu lagi baru habis PhD jadi pensyarah.
Moga Yasmin akan turut jejak mereka.

kurus said...

aminnn semoga yasmin berjaya ..
jauh perjalanan akak menghantar anak kesayangan .. insyaallahh kak :)

saya x pandai makan masak lemak siput sewdut tuu kak .. sellau geli tgk siput tuu bila masih hidup huhuhu

Unknown said...

sekolah ni kat kota tinggi ke kak? sekolah agama kat bandar penawar yer?

mudah2an impian yasmien akan t'makbul..amin.

siput sedut peberet lia n suami...anak2 pun dah pandai makan.. :) klu makan kat kedai semangkuk mmg x cukup kak...

Zaitun said...

Semoga Yasmien berjaya ,insyaAllah dengan iringan doa kedua ibubapa.

Cikgu Tie said...

Sama-samalah kita berdoa semoga Yasmien berjaya.
Sedapnya dapat makan siput sedut. Dulu-dulu masa kat kampung, nak makan siput sedut pergi kutip ajer kat batang-batang pokok bakau. Sekarang dah payah dah nak jumpa siput ni.

fuad ansari said...

saya kalau pergi restoran yg namanya siput sedut, mesti dalam hati kata, "mesti makanan paling best siput sedut"

kalau nama restoran "sup urat keting", mesti dalam hati kata, "mesti makanan paling best sup urat keting"

(",)

sekadar satu coretan said...

semoga tercapai segala yang dihajati..aminnn...

sedap siput sedut tu kakzakie...baru jer makan hari ahad lepas gi rumah kakak dia masakkan mcm tu jugak..

s a r said...

assalamualaikum kak.

goog luck for her kak. inshaAllah.

lauk seput sedut saya sangat fail! tapi ikan bakar tu sangat menggoda. :D

LYAfrina said...

gud luck utk yasmie.smoga impiannya tcapai....
seumur hdup x pnah mkn siput sedut... sedap k???? nak mk kna sedut ke???

Acik Erna said...

kakzakie..insyaallah yasmien akan berjaya dalam ujian.
allah maha mengetahui..yasmien dan ibubapanya telah bemohon..mermunajat.

Afida Anuar said...

InsyaAllah kak, moga yasmien berjaya mendapat sekolah yang diidamkan...

eh mati2 ingatkan jambatan pulau pinang tadi;)

dhiera zainudin said...

saya nak kagum dgn jambatan ala-ala jmbtn penang tu...
tapi bila ternampak siput sedut trus rasa lapar~

pena rozie said...

Dah lame x mkn siput sedut....

sud@is said...

semoga yasmin berjaya
tengok lauk siput sungguh teruja

ibuintan said...

moga impian dan harapan Yasmin dimakbulkan...insyaAllah

CIK JATT said...

wah. kena interview eh akak. mesti sekolah ni bagus. sekolah agama eh akak.
semoga doa akak sekeluarga dimakbulkan

Kakzakie Purvit said...

@ munna: Mudah-mudahan munna

@ ajumohit: Moga tercapai impian dia Aju. Makan lauk kg sedap kan:)


@ Cho Zila: Memang sedap sebab kakak suka hidangan style ini


@ Be Simple Beb: Mudah-mudahan BSB


@ aimaniman: Lama dah 2007. Highway simple ini pun baru tahun ini siap. Jom dtg JB boleh ke Kota Tinggi


@ Tiramisu Fatiema: Insya-Allah kalau Allah nak beri. Makanan kg best tau


@ Penjejak Mimpi: Belum tahu lagi nak kemana Sue


@ My Life's Journey: Terima kasih doa umi itu. Nak rasa dtglah JB umi:)


@ Azura Rahman: Terima kasih zura. Dah restoran dia restoran siput sedut, siput dia masak sedap dik


@ Qhaifa Nur: Insya-Allah moga terlaksana.


@ Mama Ju: Sekolah sebelah dia mama. Doakan yg terbaik ye mama


@ ieda: Perjalanan tak jauh sangat ieda cuma tak pernah ke sekolah itu... oh... ieda tak biasa. Try sekali nak lagi tau hihi...


@ Mamamya: A'ah Lia... doakan dia ye.... Kakak hari itu pun makan 3 mangkuk Lia:)


@ Zaitun: Terima kasih kak zai. Doa kita sebagai ibu tak pernah putus kan kak zai

Kakzakie Purvit said...

@ Cikgu Tie: Terima kasih cikgu... Betul sebab itulah semangkuk kecil tu dah 5 ringgit cikgu. Tak puas kalau makan dgn anak-anak


@ fuad ansari: Pandai juga tuan punya restoran nak cari nama sinonim dgn kebolehan mereka kan:)


@ ainnoraini: Terima kasih ain... Kalau pandai masak ain memang sedap. Pedas tapi tetap terus makan juga:)


@ sar: Thanks sar... Heee belum cuba sar tak tahu nikmatnya seput sedut ini tau hahaha...


@ Lyafrina: Terima kasih Lya. La... tak pernah nampak ke Lya. Betul nak makan kena sedut tak boleh malu-malu tau hihi...


@ Acik Erna: Besar harapan dia Acik. Kakak tak kisah sekolah mana pun dia dapat kelak janji dia boleh belajar


@ Afida Anuar: Doa dia kalau boleh nak ke sana. Dari sekolah dia masa interview tu ada 7 org dipanggil... macam jambatan P. Pinang tapi tak panjang pun Fida..


@ dhiera: Hihi... macam-macam adik kakak nie. Tiang dia je sama macam tapi tak lebar dan panjang pun...


@ pena rozie: Itulah heran macam mana restoran ini sentiasa ada supply ye


@ Sud@is: Terima kasih. Siput sedut sedap kan:)


@ ibuintan: Terima kasih ibuintan. Dia pun ada mohon sekolah di Mersing tempat Intan belajar tapi tak ada panggilan lagi


@ Cik Jatt: Sekarang nak masuk sekolah asrama banyak kena interview dulu Cik Jatt... Mara Pontian pun sama juga

Munn Jaafar said...

sy baca entry akak ni baru la tahu prosedur masuk sekolah agama...kena interview dulu rupanya eh? ingatkan isi borang je..

lg terliur tgk ulam2 fresh dgn smbl...yummmehhhh

ct rahani said...

semoga yasmien dpt apa yg dihajatinya.. amin..

nampak sedap siput sedut tu kak.. kt tampoi area mana tu kak? mana tau lenkali sy leh cuba gak.. :)

Nur-nba said...

Mudah-mudahan Yasmien dapat belajar di sek ni. Tak sangka sekarang ni nak masuk sek agama berasrama pun perlu interview. Zaman dulu tak perlu pun, cuma berdasarkan keputusan peperiksaan awsam sahaja.