Wednesday, November 9, 2011

Qurban 10 Zulhijjah 1432H

Hari ini sudah 13 Zulhijjah, hari tasyrik terakhir. Tanggal 10 Zulhijjah 1432H yang lalu telah dikorbankan seekor lembu bersama-sama dengan lima ekor lagi teman-temannya yang lain. Kalau diikutkan sunnah mencari yang warna putih, diikuti yang belang putih, merah/coklat dan hitam pilihan terakhir, tetapi kerana warna yang afdhal telah ditempah awal oleh orang lain maka dapatlah bapak warna hitam ini. Aku bawa bapak dan bibik ke padang di mana ibadah qurban dilaksanakan di taman perumahan kami.

Qurban.... lembu inilah yang dikorbankan. Bibik cuba menyentuh perut lembu tersebut. Bila terasa gegarannya bibik terperanjat dan bapak ketawa. Aku lagilah berdiri jauh-jauh. Hati aku sayu. Sebab itu sebaik doa mula dibaca aku pimpin bibik keluar pagar.

Lembu pertama... lembu qurban keluarga kami yang pertama disembelih. Anak kawan aku yang tolong ambilkan gambar-gambar ini semua. Aku menanti diluar pagar dengan bibik walaupun bibir kami turut sama bertakbir.
Balik.... sebaik diberikan kembali camera, aku start kereta balik ke rumah dengan bapak dan bibik. Sampai saja di rumah tidak lama bibik usu aku tiba dengan sepupu aku dari Taman U dengan 6 orang anak-anaknya kerana 2 lagi baru berlepas ke USA sambung belajar di sana.

Hasil qurban.... sebahagian daging/tulang untuk diagihkan kepada keluarga aku yang hadir pada hari tersebut. Aku sendiri tidak mengambil kerana aku tahu pada hari tasyrik 11 & 12 zulhijjah, hubby masih ada tugasan untuk menyembelih di CIQ Gelang Patah dan RTM Johor.


Namun dalam waktu membahagi keluarga daging/tulang yang ada aku masih didatangi oleh ajk lorong rumah kami . Terima kasih kerana semua penduduk Islam taman kami memang diberi sebungkus yang beratnya lebih-kurang sekilogram. Setiap jalan taman telah dilantik seorang wakil/ajk dan memberitahu berapa jumlah penduduk Islam, oleh itu walaupun balik kampung ajk tersebut akan simpan dan diberikan sebaik penduduk itu balik dari kampung. Selebihnya akan diagihkan ke taman perumahan berhampiran seperti Kampung Baru, Taman Bahagia, Taman Senai, Taman Angkasa dan Taman Dasa.


~~Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim mahu mengorbankan anaknya nabi Ismail akan sentiasa diulang sebaik saja 10 Zulhijjah tiba. Mereka yang menunaikan ibadah Haji pula pada waktu ini biasanya telah berada di Mina untuk hari pertama melontar jamrah kubra atau disebut juga jumratul-aqobah.~~



56 comments:

Anonymous said...

baru nie dkt kampung ada buat korban jugak...banyak jgkla..makan daging..huhu

Hudalatip said...

saya pun tak nengok kak..tak boleh..

bujal X said...

gemuk lembu tu~he~~

Izwa Kamaruddin said...

tahun ni kami dpt banyak daging sebab ada 12 lembu disembelih..heheh..

Cik Ina Do Do Cheng said...

Assalamulaikum kak zakie,


cik ina tak berani nak nengok.. satu hari kalau cik ina ke johor teringin nak ke kampung kak zakie.boleh.seronok.tempat kak zakie sentiasa meriah.

Rina Rahamat said...

sy baru tahu sunat pilih lembu korban ikut warnanya..

Mohamadazhan.com said...

Alhmaudlillah, selesai dgn elok ibadah kurban, sambil mengeratkan silaturahim =)

Unknown said...

Alhamdulillah... Queen merancang insyaAllah pada tahun hadapan nak buat ibadah qurban...

faraherda.razalan said...

Kak,

Nape akak sayu?

Akak, doakan kami murah rezeki thn dpn agar dpt kami melakukan ibadah korban sekeluarga.

=D

miloaiskurangmanis said...

iols pun tak berani nak tengok orang sembelih lembu ni...
even ayam pun iols tak sanggup nak tengok...

Afida Anuar said...

kalau bab tengok fida boleh kak, tapi tahun ni tak sempat pulak nak tengok titis darah pertama yang mengalir, sedar2 je tengok dah sembelih.. huhu..

PS: Fida masih di kampung ni kak, cuti ryaa tak habis lagi.. heheh

cheqna said...

x anggup r nak tengok

kurus said...

saya sendiri x berapa nak mahir bila org bertanya pasal hari tashrikh nie kak .. saya diam je .. sbb kalau salah cakap nanti susah gak .. kena banyak baca kan kisah sejarah nie :)

NER said...

famili saya pun korban 3 ekor lembu hari 2nd tue. tak sempat tengok sebab terbangun lambat. huhu

Sarah Syazwani said...

bagusnyer ajk kt taman rumah akk ni ye..ssh nk jumpa suasana mcm tu skrg

YB said...

salam,

besarnya lembu tu, korban yg baik..insyaallah

Prince Halilintar said...

alhamdulillah selesai jgk ibadah korban tu kan..ibadah korban tanda kite bersyukur kepadaNya kan...=)

ahmad humairi said...

Moga darah yang mengalir, turut mengalirkan pahala melimpah ruah buat yang melakukan korban.

Kayu Manis said...

inilah erti korban sebenarnya,

Liza said...

Salam kakzakie...Liza pun xsanggup nengok masa diorg sembelih tu, siap nangis lg masa tu, tp adik cakap xbaik nangis sbb kita nk korban...tp mmg sedih la kak...

Anaasuria said...

nak sangat tahu macam mana keadaan lembu tu ya sebaik disembelih.. nak nengok takuutt.. menggelepar macam ayam kena sembelih jugak ke?

PinKy MoMMa said...

wahhh sihat dan gedang lembu itu ;)
tapi tak mampu duduk dekat dekat time korban sebab takut termabuk tengok darah kak..huhu..


psstttt..org ganu biasanyer tak makan tupat ngan rendang hehehe..mmg style gitu ;p

mama maman aka yana said...

selamat hari raya kakcik...

lambat tp xpe kannn..:)

eelobor said...

saya pun puas hati & seronok beraya di kampung. berbaloi walaupun terpaksa menempuh penat jalan yang jem

nabilah_2908 said...

kt sini pun..setiap rumah dpt sebungkus daging korban.. :)

rasanya dalam 1 kg juga daging tu...

PCL said...

alhamdulillah, pcl dpt sebungkus je tu pon bhgian mak punya...jd la tuh..rezeki korban berkat!

Qhaifa Nur said...

ruginya saya tak dapat tengok...mana tak sibuk berkemas nak gi jenjalan..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Bagus bila ada AJK surau yg buat mcm tu sekurang2nya untuk warga taman yg pulang ke kg dapat gak merasa dgg korban tu..bukan semua ajk surau/masjid tmn buat mcm ni.

::NureeN:: said...

raya kali ni x tgk lgsung org wat korban.. sbb x sehat.. huhuu

WuMing said...

Bayangkan semasa pisau hiris perlahan-lahan dilehernya...

Dan kesakitan dia sebelum menghembuskan nafas terakhir.....

Cikgu Ma said...

bestnyerrr kak, dapat buat majlis korban...saya ni, alhamdulillah dapat la jugak daging korban..jiran sedekah...beraya di perantauan kan..^^,

Dr K said...

saya teringin nak sembelih lembu/kambing.....masalahnya, ayam pun saya tak pernah sembelih! :)

aanie said...

masa kecik2 dulu rajin gak tgk org korban....
sedapnya kalau buat sup perut yg fresh tu kakak....

ajumohit said...

Saya ok lg tgk lembu kene sembelih ni, masa takbir tu terasa sebaknya, syukur dpt join qurban

ct rahani said...

sy pun x berani kak nk tgk org sembelih dekat2.. lepas dh lama sembelih baru leh tgk..

Aliesha Kirana said...

AK pn xsanggup tgk. kang kesian, xmampu lak nak makan. heheeh.

Darling Pya said...

gemuk nye lembu tu kak...

Queenie said...

arwah ayah saya sampai keakhir hayat tak makan daging lembu, sampai mati dia terkenang kisah siputih, lembu korban yg nak mati didepannya...

Mutiara Bernilai said...

Alhamdulillah,,

moga Allah redha dengan kita semua kak.,,

lamenye mutiara x singgah sini,,



salam aidil adha kak,,.

Eye_nee said...

Di Tmpt saya..setiap thn..lembu2 yg akan dikorbankan diletak kan di kawasan rumah saya...sbb paling hampir dgn tempat penyembelihan dan ada kawasan utk lembu2 tu makan...mmg setiap yhn saya akan lihat dahulu lembu2 tu...hati saya sayu sama mcm hati kakzakie jugak...

Unknown said...

lia pun x berani nak tgk kak...bila dgr suara lembu tu mengerang mmg sayu rasa hati....

alhamdulillah tahun ni dapat 3kg daging korban...baru 1/2kg lia masak masih b'baki 2 1/2 kg...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

gemok nyer lembu korban tueee... saya pun tak berani tengok masa org tengah sembelih lembu..

Anonymous said...

hari raya korban yg sepatutnya lebih diraikan berbanding aidilfitri

Cikli said...

semoga kita semua rela berkorban untuk agama anytime anyplace

Acik Erna said...

kakzakie..acik pun tak pernah nak dekat bila masa penyembelihan dilakukan..tak sanggup tengok..

sud@is said...

ntah bila la boleh nengok orang sembelih nih...takut dari duluuuu...

sekadar satu coretan said...

tak berani nk tengok lembu kene sembelih ...
kasian...

Kakzakie Purvit said...

@ Tiramisu Fatiema: Mana-mana mesti ada kan


@ missbby: Kita sebenarnya ngilu & ngeri


@ bujal x: A'ah bujal abang memang cari yg gemuk


@ Mrs Eady: Tempat kakak 6 ekor pun dah banyak apa lagi kalau 12 huh...


@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam. Kalau boleh sukanya kakak Cik Ina. Jemputlah bawa sekali Firdaus & Yuyi ye... Kalau musim buah bagus sikit boleh Firdaus enjoy dgn anak-anak kakak


@ Rina Avail: Oh ye ke? Lain kali cari yg putih Rina.


@ Mohamadazhan: Syukur dik dah selamat segalanya


@ Queen Teratai: Insya-Allah niat yg baik akan tercapai juga.



@ Fara: Kakak sayu sebab itu tak boleh ada di tempat sembelihan Fara. Patut kena kuat kan


@ miloais: Samalah kita. Kakak ayam pun tak berani lagi


@ Afida Anuar: Seelok-eloknya begitu Fida. Tapi kakak tak kuat.
p/s: Raya sakan ye Fida


@ cheqna: Belum berani. Iman tak kuatlah kakak nie...

Kakzakie Purvit said...

@ ieda: Hari tasyrik ialah 3 hari yg juga diharamkan kita berpuasa. Ianya jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Pada hari-hari ini kita masih dibolehkan utk bertakbir ieda. Pada Hari ini juga mereka yg menjalankan ibadah Haji akan melakukan lontaran jamrah yg 3 pada setiap hari kerana pada 10 Zulhijjah hanya satu jamrah saja dilakukan iaitu jamrah kubra.


@ Ekmi Rabat: Amboi letih sangat ke sampai terlewat bangun hihi...


@ Sarah Syazwani: taman perumahan kakak tak besar sebab itu boleh buat begini sarah


@ YB: Wa'alaikumsalam. Moga begitulah hendaknya.


@ Prince Halilintar: Ya Prince. alhamdulillah dah selesai pun


@ ahmad humairi: Amin... begitulah hendaknya. Begitu juga bulu-bulu yg terkorban sama..


@ cinnamon.com: Pengertian yg umat Islam amat mengetahuinya


@ Liza: Tak baik menangis kerana kita mesti sanggup berkorban. Kalau tak boleh jangan tengok kerana itulah pengorbanan yg mahu kita laksanakan


@ Anaa: Kakak rasa tak macam ayam sebab ayam kecik boleh terbang-terbang


@ Pinky Momma: Lembu pilihan PM. Kalau boleh nak yg putih tak dapat dah.. p/s: oh gitu ye cara makan ketupat di sana sorry kakak tak tahu hihi...


@ mama maman: Still ok. Semalam memang hari akhir dah...


@ eelobor: Balik bawa daging fresh ye ee. Jauh perjalanan yg ee harungi bila baca N3 ee semalam


@ nabila_2908: Biasa memang ditimbang 1kg setiap sebungkus


@ PCL: Alhamdulillah dapat dinikmati. Banyak sangat pun sebenarnya kurang baik sebab selepas 3 hari ianya dah lain cerita jadinya

ibundo said...

salam kak zakie.
sebenarnya hidup kita ni penuh dengan pengorbanan kan kak zakie.

Kakzakie Purvit said...

@ Qhaifa Nur: Pergi jenjalan masa raya ye QN hihi...


@ CT Norarizah Aris: Abang memang tiap tahun akan buat AJK bila nak qurban. Supaya bila bertemu masing-masing mesti kata ada dapat. Taman kakak pun tak besar CT.


@ Nureen: Moga dah sihat sekarang Nureen


@ WuMing: Kakak tak boleh membayangkan dik. Ngerinya... tapi itulah yg dikatakan pengorbanan kan


@ Cikgu Ma: Alhamdulillah masih ada peluang bersama menikmati


@ Daddy Ziyyad: Boleh ambil kursus doc. Sekarang budak sekolah agama ada sessi praktikal menyembelih ayam. Kalau dah boleh lepas tu boleh belajar sembelih yg besarlah pulak. Takut ye doc...hihi....


@ aanie: Kakak buat sup tulang selangka dia aanie.

Kakzakie Purvit said...

@ ajumohit: Syabas. Aju kuat bagus dan itu sebenarnya yg dikehendaki bila sembelihan dilakukan lihat bagaimana titisan darah memancut yg pertama itu


@ ct rahani: Kakak pun lihat setelah disembelih aje


@ aliesha kirana: Tak boleh kesian tau sebab kita nak berkorban


@ @cu Sayang: Abang yg pilih Cu..


@ Queenie: Alangkah lembutnya hati dia, sampai macam itu sekali Q.


@ Mutiara Bernilai: Insya-Allah kerana Dia maha mengetahui...


@ Eye_nee: Tempias jugalah ganjaran dapat walau sekadar menjadi tumpangan sementara Eye_nee.


@ Mamamya: Sepatutunya kita kena cekal tapi itulah Lia jiwa kita tak boleh menipu walau mulut kata nak lawan rasa


@ Be Simple Beb: Kalau boleh kena lawan tapi kita masih lemah. Untung pada yg kuat kerana itulah sebenarnya yg dikehendaki


@ redza: Sepatutnya begitu redz


@ Cikli: Begitulah hendaknya Cikli


@ Acik erna: Kita tak kuat Acik. Rugilah kita. Moga akan dtg kita semakin kuat


@ SUD@IS: Harap akan tiba masanya kita menjadi kuat


@ ainnoraini: Bila hendak berkorban kita tak boleh ada rasa kesian ain.


@ ibundo: Betul kakpah. Selagi kita bernyawa banyak benda kita perlu korbankan. Bukan saja kasih sayang, masa, harta, tenaga dsb...

Kella said...

alhamdulillahh... selesai semuanya... =)

Kakzakie Purvit said...

@ Kella: Lega dah kakak kella

Solihin Zubir said...

tahun ni seronok sbb dpt gotong royong melapah daging lpas tgok org sembelih.. dua hari berturut2 melapah.. heheh..

aamalinaazman said...

alhamdulillah
terlaksana gak korban kan kak
wee

sonok sy kalo korban2 ni
gotong royong ha =]