Monday, June 17, 2013

Bertemu 'comel-comel' di Dewanraya Taman Universiti

Semalam kami pergi meraikan majlis walimatulurus adik Daddy Ziyyad. Majlis akad nikah telah berlangsung pada hari Sabtu di rumah ayah-bondanya dan resepsi diadakan di Dewanraya Taman Universiti. Rata-rata sekarang semua majlis diurus pihak caterer yang dibayar. Hulur duit semua diurus. Keluarga pun mudah tinggal merai para tetamu yang hadir. 

Panjang - Set beryani pilihan aku. Hidangan semuanya disediakan oleh caterer yang dipertanggungjawabkan. Mudah pihak keluarga semuanya yang berpakaian pink dapat terus bergaya dari mula majlis sehingga selesai. Ziyyad dan Zayyan pun tidak kurang bergaya lengkap pakaian Melayu. Comel sangat. Ada juga bubur kacang dan lain-lain hidangan yang disediakan buat tetamu.

Comel - Pasangan yang comel seperti ibunya juga. Ibu Daddy Ziyyad sangat comel orangnya tidak jangka kalau dikatakan usia telah menjejaki 50 tahun. Gambar ini captured dari tempat kami menikmati hidangan. Kami kena cepat sebab en hubby ada tugasan untuk wiring di rumah temannya yang belum selesai.

 
Comel - Ini pun comel-comel belaka. Satu saja yang kurang comel tapi kebetulan boleh pula adik memakai baju warna pink seperti keluarga pengantin. Tidak puas memandang dua hero comel anak teman blogger kita ini.

~~ Semakin dekat bulan ramadhan semakin rancak pula majlis walimahtulurus di mana-mana.Untuk majlis ini kita tunggu abang pengantin membuat entri di blog beliau. Dari kami terima kasih dengan  layanan yang diberikan.~~

78 comments:

ajumohit said...

memang comel ;), yelah kak, seronok menghadiri jemputan kenduri, dapat makan nasi minyak sebelum ramdhan tiba

Unknown said...

wah mmg comel..saya pun tak sabar nk tgg kenduri anak sedra hjj bln nie

Zaza Abdul Latif said...

ermm tak dapat undangan..tapi dpt tgk gmbr dari kak zakie pun jadilah ;)

kurus said...

aah memang comel2 .. nak2 pink kan ..
aah lah kak .. mana abang pengantin ! ekee

NM02 said...

jelesnya adik dapat bergambar ngan anak2 daddy ziyad yang hensem2 tu... hehehe

Mizz Aiza said...

betul tu kakak, kalau pihak caterer yang uruskan lagi senang.. selamat pengantin baru kepada pengantin.. semoga jodoh bekekalan hingga ke syurga..

musang said...

selamat pengantin baru kepada mereka

Umm AA said...

Rancak kenduri bf puasa sbb sebolehnya psgn nak beraya th nie bersama2 kan..hehe..org2 dpt undangan pun dpt makan kenduri ..hehehe
tahniah buat mrk yer..

Acik Erna said...

assalam kakzakie..memang comel sangat kan..suka tengok

Fazleyatul Aini said...

yela kan nak dekat ramadhan ramai plak naik pelamin. saya je tak naik2 huhuhuhu

nazayiena said...

slmt pengantin baru buat mereka,comelnya mereka berbaju pink.

lia said...

pengantin & pelamin lawaaaa sgt...

Mama4hero said...

tgk nc beriani tu,teringat semalam baru mkn..mak masak sempena hari bapa semalam..m3h tolong2 je..hehe

Unknown said...

bestnye sambil makan sambil jumpa kenkawan kan...

Cikda said...

eemm..sedapnya menu dihidangkan.. terlioq tgk..
memang comel2 anak Dz tu..lagi comel dgn lengkap baju melayu.. ehh Adik pun comel apa.. hehehhee..

aizamia3 said...

membayangkan ai turut berada disitu.. hehehe.. ;)

Eye_nee said...

Sekarang tak perlu risau periuk belanga bersepah nak berabsuh...asal ada duit semua beres....amboi adik boleh pulak sedondon dgn keluarga pengantin....

Kayu Manis said...

yelah kak...sepadan pink dgn adik tu...

makchaq said...

Nampak sedap nasik kenduri tu..

Adik dah makin ayu.. dah pandai bergaya..

HeNRieTTa JoSe said...

Ooo....itu lah pengantinnya...comei sungguh anak teruna kecik tu....hr tu bru tgk gayakan bju tu kat blog ayahnya...

Julia Johari said...

Sedapnyer nasi briyani panjang tuh....hehhehe comey betul adik2 berbaju pinky weeeee

Rina Rahamat said...

Semalam sy hadir juga ke sana tp xda rezeki jumpa akak..kebetulan sy juga pakai kaler ikut tema hihi

Unknown said...

comelnya pakai baju melayu pink..siap ngan sampin tak tahan tu..

anyway, selamat pengantin baru..moga kekal dunia akhirat..

Anonymous said...

pink memang warna yang comel...

Unknown said...

kak.. nape x de gambar daddy ziyyad.. nak tengok DZ pakai baju pink.. hehehehe

Nini D.. said...

wah....best!

AtieYusof said...

Cantik pelamin depa Kak..moga kekal selamanya..amin!
Nasi beriyani tu nampak menyelerakan sgt..lapar..hehe:)

Cik Rose said...

pengantin... cantik tema colour :)

Deq's Qienz said...

wahh meriahnya..hehee thanx akk gtau tadi..n3 autopublishmain post je..xpasan ari pulok..hehe dah ubah tajuk post dah,..huhuu

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

semuanyer comel-comel kak...

selamat pengantin baru untuk adik daddy ziyyad...

PeRdU cINta said...

setakat ni 30hb jun ni jemputan yang akhir kak..tapi untuk bulan 8..wah dah setia menanti..rehat sebulan Ramadhan..lepas tu mereka rancak semula buat walimatulurus..suka suka..tengok pengantin bersanding,,sambil jeling bunga telur..hihihi..

faraherda.razalan said...

Anak2 doc tu klu dgn org len, terus muke jdk masam je.Klu amek gambo dgn mak bapaknye, senyum manis sokmo. Heheheheh....

Sue Bee said...

yang empunya pinggan nasi briyani tu tak nampak dalam foto yer..

emarieys said...

tema pink..sangat cantik..pengantin pun dah berada di atas pelamin....


p/s : blog ema dah boleh komen kak..terima kasih makluman akak.

Unknown said...

sedapnya nampak nasi beriyani tu kak..
mmg comel pon 2 hero in pink kaler..hihi adik pon leh join sekaki,jadi family tumpang jap..

Qhaifa Nur said...

Nur hari sabtu lepas pun makan nasi pengantin juga...
memang comel semuanya..

are_lin@yu said...

lpr nasi kndri plk tgk.hehe

aby said...

Mendirikan rumahtangga menjelang ramadan ni bagus juga, masuk syawal depa tu dh jd satu keluarga baru.
Asal ojoh tebabas neng awan bulah poso wes la. Hehe

ummiross said...

Waa sedap nampak nasi briyani tu Kakzakie. Cantik pelamin tu, selamat pengantin baru buat pasangan pengantin.
Hehe adik pun comel juga,sedondon dengan family Daddy ziyad.

Dr K said...

Terima kasih banyak buat Kak zakie sekeluarga sebab sudi hadir memeriahkan majlis kami semalam. Pohon maaf andai ada apa apa kekurangan..Moga ukhwah kita semakin rapat selepas ni...Insya Allah...:)

Ujie Othman said...

Akak yg comel tak ikut masuk gambo sekali? :)

wawa syaida said...

sedapnya biryani....bila pakai pink...semua nampak comel :)

Ruse Sulaiman said...

Org kalau selalu senyum mmg awet muda kak zakie. Meh kita senyum sokmo ;) adik pun comel juga. Masing2 ada kelebihan tersendiri :)

Dkna Abza said...

canti pelamin tu..sweet :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

comel semuanya..tahniah pd psgn =)

Mia Kassim said...

Memang comel pasangan pengantin tu....selamat pengantin baru untuk kedua mempelai....

Masya said...

tak berapa nampak muka pengantin, tp pelamin cantik.. napa tuan tanah blog takda dlm gambar sekali.. mesti lg comel tau...

Unknown said...

sweet je kan kaler pink... in sha allah x lama lagi lia pun akan sibuk dgn majlis pernikahan adk yg bongsu..nnti lia jemput akak yer.. :)

kat taman lia pulak tiap mggu ada majlil tahlil n kenduri arwah... ye lah ramadhan pun dah x sampai sebulan pun lg...

Mila@Rimbun said...

comel...
sekarang ramai yang dah pilih kenduri di dewan dan d uruskan caterer kan.. senang gitu, mak bapak pengantin pun tak penat nak hias rumah, nak tengok makanan cukup ke tak.. dah tuh lepas kenduri nak mengemas lagi...

azi said...

Sedap nampak nasi beriani tu...

p/s Memang comel kakak anak-anak Daddy Ziyyad tu...:)

Puan Kutu said...

warna pink adalah sgt comel..:)siap ada beriani lg,mmg sedap sgt..

:: CIKVIVA :: said...

pelamin cantik, pengantin pun cantik..

Aisy Nasiha said...

dah tak lama nak bersalin nampaknya tu mama ziyyad..
seronoknya kak dapat jumpa rakan blogger.. kalau ke Jb saya nak ke rumah akak lah, boleh tak? hihi... mengada ngada kan?

Anonymous said...

sempat juga ye akak pergi.. cantik kaler pink tu kan !

Mimie said...

cantiknye pelamin n baju pengantin...

Unknown said...

wahh tema pink putih ye.. cantik.. suka kaler pink.. besarnya pelamin dia... cantikkk... =)

Hazlin Nazri said...

makan makan makan.. best!

sitirohaida said...

wah..pink..sukanya...jumpa blogger lagi suka.hehe

eira eixora said...

kawan sy pun ramai kawin time2 ni. lepas raya sambung lgi

Mulan said...

miss betol nasi kenduri kawin baru2 ni.. sebab mmg sedap2...

Unknown said...

set beriyani tuh sungguh menggoda...huhu

tahniah buat adik doc...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..
seronok dpt hadir majlis2 dari rakan blogger..
cantik temanya..
hihi adik pun terselit jgk ye.. comel2..

tahniah buat pasangan pengantin... :)

shameel Iskandar said...

Pernah tahun lepas, rakan blogger jemput kenduri kahwinnya tapi tak dapat menghadirkan diri sebab jauh di sarawak dan tiada kelapangan waktu.

Kenduri kahwin nampaknya semakin rancak sebab ramadhan bakal menjelma.

Anonymous said...

awat ringkas sgt lauk pauknya ? heheeee ... pelamin pun ringkas tapi budak2 tu mmg comel ...

BinMuhammad said...

Rumah di bandar...mudah kenduri di dewan dan makanan katering. Cuma belanjanya besarlah sikit...
Tapi tak semeriah kalau kenduri di kampung yang masih mengekalkan masak sendiri sesama penduduk kampung (rewang)...

aReLaN said...

wah....mesti meriah ni buat kat dewan. huhu

Azian Elias said...

wahh....sempat berkunjung ye kak.. pink semuanya..

mmg cumel2 anak2 DZ..

Unknown said...

suka tengok dua hero tu..mmg comel hero daddy ziyyad ni

Tengkubutang said...

waaauuu cantiknya pelamin tu..

nurbijen said...

semua comel2... dah la pink color, saya suka saya suka :)

Bunda_nora said...

mengancam jiwa betul set briani tu..
tema pink, cantik..

Kakzakie Purvit said...

Selagi belum ramadhan akan ada majlis kenduri kahwin. Begitulah tradisi bangsa kita. Seronok bertambah bila bertemu sahabat, saudara atau kenalan yg lama tidak bertemu.

Terima kasih kakak ucapkan kepada semua yg memberikan komen diN3 ini:-

Aju Mohit (ramadhan pun ada banyak nasiminyak juga Aju tapi tak sama hihi...), izan mama mia, ZazaMyMoon, ieda immi (abang pengantin tak ada gambar ieda hihi..), NM02, Mizz Aiza, redza, ummuaidan (Raya dah berdua ummu), Acik Erna, Lya Colours, Nazayiena Ayiena, lia, fairus mohamad noor, Norzila Zakaria, Cikda, aizamia3, Eye_nee, Knor, makchaq, HeNRieTTa JoSe, With Julia, Rina AVAIL (kita jumpa tempat lainlah Rina hihi...), mama_ka0ri, Rapunzeel Cikilolo, Nafira usof, Nini D.., aTieYusof Family, ros_reeza, Deq's Qienz, (Lizz) http://haslizalizz.com, PeRdU cINta, faraherda.razalan, Sue Bee, Ema Johari (ok... kakak pun dah komen), Zee Suhaini, Qhaifa Nur, are_lin@yu, aby (kifaroh angger lalai hihi...), ummiross, Daddy Ziyyad (TERIMA KASIH JUGA SUDI MENJEMPUT KAMI - TAK PUAS JUMPA DUA HERO COMEL TU), Ujie, wawa syaida, Ummi Iman, Dkna Abza, nuyui a.k.a miss YUI, Mia Kassim, Masya, ismaliana sulaiman (Insya-Allah ada kelapangan kakak pergi), Mila@Rimbun, azi, Puan Kutu, :: Cik Viva ::, Aisy Nasiha (apa salahnya tak cukup rumah kakak home stay kakak sewakan), Kesuma Angsana, Mimi Azirah, Deqla Manjew, hazlin nazri, Siti Rohaida Yusof, eira eixora, m.u.l.a.n, Papa Mifz, ♥ Cmª shIemª ♥, shameel Iskandar, harumanvee, Bin Muhammad (kampung masih gotong-royong sebab halaman depan-belakang luas), aReLaN, Azian Elias, MaMa Rey, tenku butang, nurbijen dan BUNDA a.k.a KN.

Terima kasih sekali lagi atas segala komen yg diberikan.

OKje said...

Kadang kadang tekak kita ni memang mengidam nasi briyani kenduri kawenkan kanda, walaupun sekarang ni senang je nak dapat...

Izan Ishak said...

nasi beryani mmg sajian utama kalau pegi kenduri kawen ye kak zakie.

geram sgt tgk anak2 doc faiz tu. comel sangat!

Ratu Hatiku said...

Hihihi...comel adik sedondon pink ya...
Yalah kakak...ramai org buat kenduri khwn sebelum puasa nie kan.. :)

ellynadyra said...

Baru nampak pelamin. Abg pengantin up gambar sket sgt.

Myra Jay said...

Memang comel berserba pink gitu :)

Pelamin cantik sangat :) Tahniah buat pengantin :D

hajar said...

dah lama sgt x makan nasi kenduri kat johor... ermmm