Monday, September 14, 2015

Kebolehan setiap anak tidak sama

Sinonim dengan entri pagi tadi. Memberi sedikit kesedaran kepada anak dan diri sendiri. Kemampuan kita sekadar berusaha tetapi kesudahannya adalah ketentuan Allah jua. Sabtu lepas adik bersama cikgunya ke majlis sambutan hari kemerdekaan Persatuan Pandu Puteri peringkat negeri Johor di Kluang. Adik memasuki pertandingan mewarna. Ketiga-tiga anak mama tidak ada satu pun mewarisi bakat papa. Papa belajar mechanical dan elektrikal haruslah kena pandai melukis. Semangat adik untuk masuk bertanding berkobar-kobar namun hasilnya sekadar membuahkan senyuman kami sekeluarga. Keputusan yang diperolehi tetap sama seperti dulu kakak-kakak adik juga. 

WhatsApp - Sebelum dihantar hasilnya, sempat juga ditangkap gambar dan WA buat tatapan mama-papa dan kakak-kakak. Papa dengan mama kenalah respon untuk bagi semangat. Tapi lihatlah adik sendiri membalas WA papa dengan ikon muka senyum malu sebab dia tahu pencabarnya bukan calang-calang calon. 
Balik - Pihak PPD ada menyediakan bas pergi dan balik. Mereka termasuk guru semua berkumpul di PPD dan menaiki bas yang sama. Mama-papa jemput adik di PPD sini saja. 

Sijil - Inilah yang adik dapat. Apa yang adik mahukan sijil ini peringkat negeri Johor itu yang  mahu merebut peluang.  
Dari dulu semua anak-anak mama tidak ada yang berbakat dalam hal lukis-melukis dan yang pasti bagaikan mengikut jejak mama mereka ini. Walaupun dari kecil masing-masing bukan main minat untuk melukis dan mewarna tetapi hasilnya semua sudah maklum tidak setanding dengan anak-anak yang seusia mereka. Sekadar memenuhi ruang masa dan bermain pensel warna bolehlah.

~~ Kagum melihat anak yang semulajadi boleh berimaginasi dengan pensil warna.~~


39 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah.. hebatnya adik ni. Giat dengan aktiviti pp peringkat negeri.. Tahniah, kegigihan gini bangga la gurunya.. aunty pun kagumla dengan kebolehan adik ni..

monalea said...

yang penting semangat mewarna tu ada kak.memang kalah belakang cerita.

ohpanduan said...

Cantik lukisannya. Bagus sertai acara macam ini. Dapat sijil peringkat negeri. Susah nak dapat sijil macam ni.

Unknown said...

cantik dah tu kak..
sijil pon peringkat negeri tu..bukan calang2..
kira berbakat jugak adik kalo nak banding ngan auntie ni haa..

Unknown said...

cantik dah tu kak..
sijil pon peringkat negeri tu..bukan calang2..
kira berbakat jugak adik kalo nak banding ngan auntie ni haa..

Kak Wawa said...

Bagusnya adik, aktif berpersatuan. calon pemimpin terbaik ni..")

ajax85 said...

Bgs2 anak kak pandai melukis

nohas said...

yang penting semangat untuk mencuba dan tak takut bersaing..suka tengok akak berkomunikasi dgn anak2..penuh kasih-sayang dan keibuan..keep it up..

Qhaifa Nur said...

Itulah kelebihan ank2 kita kakzakie...pujian harus ada...bru brsemangat
mcm nur bila sorang pndai warna...yg lain akan ikut...

saniahibrahim said...

Cantek juga lukisannya tu kakzakie...
Anak sya yg 3 atas tu adalah juga pernah dpat tpt bila prtandingn melukis peringkat sek rendah dulu...tapi yg 2kebawah ni mmng xminat langsung wlupun bab mwarna sek tadika lagi.Buku2 mewarna pun tak dipandang.ya lah kakzakie lain ank lain kbolehnnya kan..

Malinda said...

bole tahan cantik jugak adik mewarna kalau tak meang pon tak ape yg penting semangat ingin terus mencuba....sebagai keluarga memang harus la kite memberi kata2 semangat mana tau ada rezeki adik menang nanti...dongibab adik !!!

aizamia3 said...

Tahniah buat dak Adik.. teruskan kecemerlangan.. ;)

paridah said...

tahniah adik...pandai mewarna tu maknanya berseni juga dlm lukisan...

nur anis said...

cantik! berseni dah tu.. boleh la kembangkan bakat sedia ada..

PeRdU cINta said...

yang utama semangat suka ingin mencuba..dari situ kita tahu kelebihan dan kekurangan diri..mana yang perlu diperbaiki dan mana yang perlu dipertahankan..

Ahlam Miera Shafie said...

cantik lukian adik tuh.. ada bakat adik ni.. moga terus sukses adik.. mana taw satu hari nanti adik jadi pelukis terkenal/antarabangsa mungkin.. hehehe

Zaitun said...

Walau tidak mendapat tempat pertama atau sebagainya sifat mahu bertanding ada pada adik.Tahniah dari aunty. Mungkin adik ada bakat lain yang lebih istimewa.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Anak2 saya pun tak ada bakat melukis kakzakie..
Tetapi semangat melukis tu ada..
Hari tu disekolahnya ada pertanding mewarna utk merdeka juga..
Tak ada seorang yg menang hehehhe..
Macam kakzakie kata yg penting semangat tu ada..
Bagus ye.. disediakan pengangkutan dan sijil..

Mummydearie said...

Takpalah kak. Takda kelebihan kat situ, ada kelebihan lain pulak. Yang penting nak sijil peringkat negeri, dah pun dapat. Kira tertunai jugalah hajat di hati ^_^

lieyalatif said...

mmg cantik kak... pandai adik color...

ckp pasal bakat seni ni teringat mase sekolah dulu .lieya antara yyg mmg tak pandai mengaler sgt...kawan baik plak sgt pandai...siap ade ton2 kaler hah.... mmg cantik...name die mmg selalu jek laa dpt johan...jeles mmg jeles...tapi tu laa nak buat camne..bakat takde heeheheheh

Lydia Miza said...

Saya mmg takda bakat langsung. Ank2 sy pun minat tp x mcm ayah mereka. Si abak dara berdua tu suka melukis tp dorang yg besar tu mmg x suka mewarna sbb kat qaat dulu takda aktiviti pertandingan mewarna mcm kat sek-sek sini. Blk sini marah2 gak la dorang sbb kena mewarna. Asal ada je perayaan ke apa kena mewarna sedangkan dorang x reti. Hihi..

Pensel warna jarang sgt pendek. Nenek dorang belikan tiap tahun tp bersepah sana sini. Nmpk sgt takda bakat mewarna. Hasil tgn adik tu berganda2 lg lawa dr hasil ank2 sy kak.

Eye_nee said...

SAya dgn suami tgn keras tatkala berseni lukis ni...puteri bertiga tu pun lg keras dari tangan kami....hahahaha...asal suruh melukis oleh guru waktu buat homework...mulalah kuar air mata mereka...tgn keras mak ni lah yg bantu...asalkan org berupa org tidak berupa monyet ok lah tu..hehehehe...

jie susanos said...

Lucu baca komen yg ditinggalkan disini...

Mcm2 ada..haha

aiman mania said...

Its okay ~ iT'S OKAY ......tuh pon dah dikira berani......berani mencuba!Saya doakan anak2 akak berjaya dngan cemerlang dalam pelajaran...Insya-Allah , tader kebolehan dr segi melukis,mungkin anak puan hebat dr sisi lain ...... ^^

insan marhaen said...

Akhmal pernah dapat tropi dalam peraduan lukisan tampal tampal di pertandingan Japan-Malaysia kategori OKU...

Unknown said...

wow cantiknya bertuah anak bijak dan kreatif.
semoga terus success.
Tak sangka peraduan mewarna ni ade pertandingan antara sekolah.


2 Petua mudah hadapi jerebu

Bunda_nora said...

Tak per asalkan ada minat dan semangat...takder bakat takper boleh jer masuk kelas nanti...belajar seni melukis...

Nieyla Nadia said...

Salam pagi selasa...
cantiknyaaa...

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Betul tu, anak-anak mempunyai bakat yang berbeza. Ada yang semulajadi dan pula yang dupupuk bakatnya. Kita sebagai ibu bapa sekadar memberi peransang dan semangat.
#tahniah adik!

norhidana said...

yg pentingnya semangat ingin mencuba tuh kak... dana pun jenis jari keras... fail bab2 seni nih

dorsett pink said...

betul tu kak.. setiap anak tak sama... ade anak yang pandai akademik, tapi ada anak yang pandai bab agama.. dua2 pun dikira Berjaya jugak, yang penting mereka membesar untuk menjadi penghuni syurga kelak

Hajar Shikin said...

anak-anak memang tak sama, sorang kurang situ..sorang lebih kat sini. Btw lukisan tu cantik sangat sebenarnya

QasehnyaRania said...

memang tak sama kan.
masing masing ada kelebihannya,kan

alhamdulillah dapat juga sijilnya sbgai pengubat hati
yg pntg adik dh cuba

Permata Malap said...

IbuNoey rasa lukisan tu pun cantik juga,kak.cuma mungkin juri-juri tu lagi berseni,mungkin ada pandangan yang berbeza.tapi tak apalah sebab sijil pun dapat.

OKje said...

Cantik sangat dah tu kalau dinda jadi pengadilnya kanda.....Tp yelah.... ada yg lebih hebat lew tu....Tak per adik, yg penting semangat adik tu yg kita nak

Anonymous said...

Bakat setiap anak itu memang berbeda-beda, orang tua juga tidak boleh memaksakan suatu kesukaan pada anak. Sebab itu akan mengganggu kreatifitas anak tersebut. Baiknya, selama passion anak mengarah pada hal positif dan bermanfaat biarkan dia terus berkreasi, mana tau nanti hal itu bisa memberikan feedback yang besar bagi dia juga orang lain.

Anonymous said...

Bakat setiap anak itu memang berbeda-beda, orang tua juga tidak boleh memaksakan suatu kesukaan pada anak. Sebab itu akan mengganggu kreatifitas anak tersebut. Baiknya, selama passion anak mengarah pada hal positif dan bermanfaat biarkan dia terus berkreasi, mana tau nanti hal itu bisa memberikan feedback yang besar bagi dia juga orang lain.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...tahniah2 buat adik...:)

Nora Karim said...

wah... hebatnya aktif pasukan beruniform smpi ke peringkat negeri! tahniah2...