Friday, September 11, 2015

Makanan mereka sedap belaka

Siapa tidak kenal hidangan murah dan enak di negeri-negeri pantai timur. Sebenarnya kami sekeluarga suka hidangan di sana. Cuba perhatikan di negeri pantai timur mahu berjumpa kedai mamak satu pun payah. Namun tidak tahulah pula andai satu hari kelak selera kami berubah ke kedai mamak itu tidak mustahil. 


Celup tepung 1 - Ikan dan sotong. Biar pun berderet panjang dan ramai yang menanti tetap kebersihan terjamin. Sibuk bagaimanapun hasil yang terhidang di dalam pinggan tetap bersih.

Celup tepung 2 - Udang dan keropok lekor. Walaupun sibuk tidak terlihat pinggan pelanggan yang dikotori dengan sos dan sebagainya. Susunan tidak teratur tapi sedap mata memandang sebab bersih.

Celup tepung 3 - Udang yang segar dicelup tepung. Rangup dimulut, enak di tekak. Halallan Toyyiban.

Set lengkap - Nasi kerabu yang menggoda. Kalau di JB nasi banyak lauk secoet saja. Mahu melihat lauk-pauk melindungi nasi seperti ini susah jumpa. Tetapi di sana mereka berniaga sambil bersedekah. Murah rezeki!

Nasi lemak - Lihatlah set nasi lemak yang diberi. Mana tidak terkejut Kak Meen. Sebaik terhidang depan mata terus senyum lebar anak-anak mama.

Makan malam - Ikan stim mereka inilah yang membuat setiap kali ke Terengganu tidak tinggal membeli jeruk bawang putih. Stim ikan dgn jeruk bawang putih terasa lebih menyengat. Boleh mencuba siapa belum pernah merasa. Jeruk bawang putih aku guna dalam masakan bukan makan raw begitu. Lihatlah jeruk bawang putih bergelimpangan dalam hidangan ikan stim tersebut. Bawangnya bukan kami makan tapi hasil dari jeruk bawang putih itulah yang membangkitkan selera.
Dua ekor ini untuk mereka makan bertiga (papa, Kak Reen & Kak Meen). Mudah kata perbandingan harga dikenakan 50% lebih murah berbanding di JB. 

Laksam - Satu warung ini walau terceruk di hujung kampung tetap menjadi persinggahan keluarga kami. Warung terletak di bawah pokok mangga. Nyaman menikmati sarapan pagi yang berat. Sarapan jam 10:30 pagi bukan 7:00 pagi:)

Sedap - Melihat apa yang terpapar jelas kelembutan laksamnya, Kuah pula sesedap rasa untuk tekak menerima tanpa berbelah bagi. 

Tergoda? - Jom jalan-jalan cari makan ke Terengganu
Bertuahnya bumi Malaysia ini dalam hal resepi, hidangan dan makanan yang mudah diperolehi. Biarpun nilai matawang ringgit jatuh tetapi untuk rakyat menikmati juadah yang diingini masih boleh diperolehi. Apa yang membataskan hanya duit ada di tangan atau sebaliknya. Oleh itu berhati-hatilah jangan sampai kita menjadi rakyat peribumi yang tidak mampu untuk memiliki ringgit hanya kerana pertelagahan yang tidak berkesudahan. Masuk dalam stadium pun masih tidak tahu etika. Sedih.

~~ Alhamdulillah. Melimpah-ruah rezeki Allah kurniakan buat kita.~~

29 comments:

Kak Vit said...

ikan stim dan laksam feveret saya kakzakie.. :))

Jom FOLO saya

saniahibrahim said...

sedapnyaaa kakzakie...pagi2 dah tengok makanan ni.

PeRdU cINta said...

PC belum pernah sampai lagi ke Terengganu kak..terims kasih perkongsian..tapi memang betul sesiapa saja yang balik dari terengganu yes..komen pertama adalah makanan lautnya yang superb..Allahu..rezeki daripada Allah..cuma kita perlu bijak memilih..in sya Allah.

Izwa Kamaruddin said...

Allahu Allahu..sedap nyer kak! Terlur sgt nie..ramai dah update pasal makanan kat timur murah tapi izwa masih belu made kesempatan nak sampai ke sana..uhuks..

Deanna Morni said...

alaaa...kak zakie....meleleh air liur sy tgk gmbr mknan tu semua...semua tu sy suka makan....terutama ICT tuhhhh....adehhhhh.....sedapnyeeeee

BinMuhammad said...

Makanan di Patai Timur memang terbaik! Murah, sedap dan segar!
Kalaulah di sini dapat hidangan serupa spt di sana alangkah bahagianya. Tak masak doh kat rumah...hehe

Basah baju saya dek meleleh air lioq...huhu

AMIIZAA@Mieja said...

kak, tergoda tengokkk...sedapnyaaaaaa

Mimie_Zatun said...

makanan pantai timur memang sedap kakzakie..

lovely said...

nampak sedap ikan goreng tepung tu..

norhidana said...

perkkkh... sbb tu kak kalu balik kerteh umah mertua mmg takde nk diet2 nk kontrol mkn... bedal nasi hari2... kt kl mkn jaga2 nasi kalu blh takmo mkn sgt tp kt sana... perkkkkh kejenyer mkn je

mil lak jns suke msk mmg gumuk....akak bt dana teringat2 je... sbb tu balik kerteh pulun

Kak Wawa said...

Tq kak, puji makanan pantai timur.. bangga jd org trg.. haha

best kan kak.. susah nk jumpe kedai mamak sini, mintak2 tak ade laa kan..

Malinda said...

semua makanan kat atas tu nampak sedap kak...makin bersemangat saya nak cuti2 ke terenganu lepas kak long abis SPM nanti...cuma risau je kalau jalan2 ke sana hujung2 taun ni mesti musin ujan...kalau saya sampaisana memula kene carik ikan celup tepung tu dulu...kikiki

Kamsiah yusoff said...

terenganu mmg murah harga makanannya..sedap2 pulak tu..

paridah said...

kebanyakan makanan kat trengganu sedap2 belaka..apa saja boleh dibeli n mudah kedapatan...nampak sikap orang kita yg rajin berniaga n berkerja keras untuk hidup...

Unknown said...

terbaik kak.. pindah duk pantai timur pon best jugak..hahahhaaa..
zee kalo balik kampung cenggini la..sumer nak makan..
kadang jadik pening sendiri..

adarnadzmie said...

seafood celup tepung yg paling win kak.... ratah begitu pun sedap...hahaa

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Masakan pantai timur. Buat saya ingatkan kampung. Sedap tu..

ajax85 said...

Klu g ganu..makan celup tepung di depan lapang terbang..

sitirohaida said...

sedapnya makanan2 kat atas ni kak...especially laksam tu.pebret all the time...heheh..kalau gi endau pun masih jumpa lagi makanan macam ni..ikan goreng tepung..

Kakcik Seroja said...

AllahhuAkbar! Melihat gambar sahaja pun sudah terbayang2 kesedapannya dan 'kemurahan' harganya...

Suria Amanda said...

Ya allah...terpanggil-pangil nak ke sana lagi nanti...sedapnya seafood celop tepung tuh

Ahlam Miera Shafie said...

bangga jap dan masa baca nih hidung kembang kempis baca pujian dari akak tentang negeri kelahiran saya , tq kak.. hehehe

Mummydearie said...

Memang tergoda terutamanya yang last sekali termasuk segala yang bercelup tepung di atas ^_^ Lamanya tak berjalan-jalan makan angin. Ke Terengganu pun lama sungguh rasanya tak sampai!

Normala Saad said...

Belum pernah ke Terengganu. Nampaknya semua makanan sedap2 belaka...satu bonus bila bercuti dapat harga yang murah bila makan..

Fiza Rahman said...

Kak....kecur ailio tgk makanan² ni kak. UNtung kita rakyat malaysia kan. Banyak makanan yg sedap² ☺

Jari Manis said...

betuk kak zakie...pegi terengganu last month cari ikan celup tepung kedai pok nong mmg terbaik lah...nak cari kedai mamak? mmg x jupe

iryantyismail said...

Kaya makanan malaysia bumiku

aiman mania said...

THANK q puji negeri kita,Terengganu..........HUUHUUHUU......praud that i am made in Terengganu ..huuhuuhuuh..jemput dtg lagi...pekena nasi dagang plakkk!

OKje said...

Dinda mmg teringin nak gi Terengganu kanda....nak makan sotong goreng tepung, kopok leko dgn sata....Itulah 3 benda yg dah lama dinda idamkan