Wednesday, October 28, 2015

Fossil - idaman, keinginan dan kemampuan

Bingung untuk memberi hadiah orang tersayang? Seringkali inilah yang berlegar di minda kita. Membeli hadiah ulangtahun perkahwinan, hari lahir, kejayaan anak-anak dan sebagainya. Tidak kurang membeli set hantaran perkahwinan juga sering menjadi isu. Aku paparkan idaman, keinginan dan kemampuan yang mungkin boleh dijadikan kenyataan.
Fossil - Sebelum kita lahir dia sudah lahir tetapi sehingga kini masih belum mampu untuk memilikinya.  Ada rezeki lebih tidak salah untuk menjadikan ia sebagai milik peribadi untuk menghargai diri sendiri.

Mengambil kira bahawa pada zaman yang serba moden ini kita dapat lihat semua orang semakin terdedah dengan pelbagai bentuk cara hidup yang lebih urban, penerimaan terhadap benda-benda baru semakin mudah untuk diserap ke dalam budaya komuniti masyarakat kita yang sudah sedia ada. Jika dahulu norma tradisional begitu melekat dalam jiwa kita namun kini walaupun elemen itu masih dikekalkan kita juga turut dapat menerima perkara baru seperti cara hidup yang lebih urban atau moden.

Pelbagai cabang bidang turut menerima tempias yang sama sebagai contoh bidang fesyen. Industri fesyen mempunyai jenis pasaran yang tidak menentu dan sentiasa berubah-ubah. Inilah apa yang mereka panggil sebagai trend. Saban tahun kita dapat menyaksikan pelbagai gaya akan dicipta bagi menghasilkan penampilan yang berbeza. Jenama-jenama terkenal pasti akan sentiasa mengambil tahu akan perubahan trend ini bagi membuatkan jenama dan produk mereka sentiasa segar dan diminati ramai. Fossil adalah antara ribuan jenama terkenal yang sentias berada di hadapan dalam menawarkan pelbagai koleksi jam tangan.
Bergaya - Sebenarnya bukan kepada gaya tapi kepuasan dan ketahanan yang ditawarkan juga cukup membuat siapa pun pasti teruja untuk memilikinya.
Jenama ini sentiasa hadir dengan koleksi  Fossil Malaysia online buat lelaki dan wanita yang mempamerkan rekaan yang sangat stylish dan segar. Atas faktor inilah yang membuatkan jam Fossil online amat popular bukan sahaja dalam kalangan pelannggan mereka di Malaysia malah di seluruh dunia juga.

Menggoda - Tepuk dada tanya kemampuan. Gaji pun sudah masuk apa tunggu lagi.
Jam tangan daripada jenama antarabangsa ini sering menjadi pilihan dan dikagumi oleh para peminat setia jenama tersohor ini. Mereka membariskan koleksi jam tangan yang cukup eksklusif terutamanya daripada segi rekaan. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Fossil Malaysia sudah mempunyai trademark tersendiri terutamanya daripada segi rekaan koleksi jam tangan mereka.


~Manusia dan jam tidak dapat dipisahkan. Memiliki yang cantik dan menawan pasti menjadi idaman.~ 

44 comments:

Anonymous said...

akk dpt hadiah ke?

hehe.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nanti boleh abg belanja akak utk ulang tahun perkahwinan tu kak..
Tentu idaman hati akak jam fossil tu kan :)

Wak Lat said...

chantek menawan jam fossil., hehe2

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Menarik cerita kakak hari ni.
Cantik jam tangan fossil. Kena dapatkan satu baru puas hati.;-)

Rizziela said...

Saya pun minat jam Fossil... Tapi skg ni boleh kot beli online.. jauh lebih murah dari harga kat Butik2 dia

ohpanduan said...

Jam tangan yang biasa menjadi hadiah hantaran pada hari-hari bahagia pasangan pengantin.

AtieYusof said...

keinginan untuk memiliki barangan berjenama tu kadang sllu hadir kak..utk kepuasan sendiri sbnrnya.. Tapi tulah sy sllu ukur baju di badan sendiri..hehhe... en Suami mmg suka sgt dengan koleksi jam tangan Fosil dan Casio... :)

paridah said...

BERUNTUNG SUNGGUH KALAU DPT MEMILIKINYA TU..KUALITI SETARA JENAMANYA...

OKje said...

Kanda ni mcm entri sponsor jer hihi...
Kanda my darling minat sungguh bab bab jam tangan ni, kalau window soping, kedai jam dengan kedai hplah tempat yg di tujunya....

Tp yg dinda rasa sedih tu, dia beli jam selalunya biasa biasa jer......walaupun mampu, keutamaan anak anak didahulukan katanya. Geram tak.....

Teringin nak belikan dia jam mahal sikit sempena anniversary nilah kanda...korek duit simpanan haha...

HeNRieTTa JoSe said...

cantik design dia...bleh la rietta cuci mata...

Nieyla Nadia said...

Selamat pagi akk...
nieyl jam x berapa minat sgt...
klu beli jam pun...x kisah jenama apa pun...
sbb x suka pakai jam..hihi..
Tapi kalau kasut...handbag..wallet...tudung...
ha..yg tu nieyl lebih berkira sikit..huhu...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dulu.. sy pengumpul jam tangan.. ada yg murah.. ada yg mahal. tapi lepas kejadian 2 3 kali berturut jam tangan rosak.. sampai skrg tak membeli lagi.. dan tak pakai jam langsung.. guna jam hp jer

Etuza said...

Wah jam brand hebat Fossil..ingatkan apa benad tadi. sesuai untuk hadiah buat yang tersayang..ala anak Etuza idamannya basikal..nak tengok math sejarah dan sains dia dulu lah dapat A inshaAllah Etuza fikirkan nak bagi dia..hehehe

Eye_nee said...

Pejam mata jer kak kan...selalu pikir mcm tu kalau nak beli barangan yg mahal sikit...tp kemudiannya ada yg lain lebih utama jd keingianan tu diketepikan...kdg sedih sgt rasanya...Cantik kak Jam tu...akk nak beli yer????...

PeRdU cINta said...

In sya Allah jika mampu..boleh milikikan kak..hehe..jap raba poket..owhh belum lagi..cantik..siapa tahu rezeki akak..amin..

nurbijen said...

Saya pun ada saru jam Fossil... Tapi sampai skrang rasa sayang jer nak pkai.... jadi masih disimpan elok dalam bekassnya.... hehehe

Malinda said...

cantiknye jam fossil tu kak...kalau ada rezeki lebih ape salahnye kalau sambar satu untuk diri sendiri atau untuk orang kesayangan...saya pon suka sangat dengan jam ada hiasan batu2 camni...

adarnadzmie said...

wahhh... cantik sgt tu... cepat2 dptkan yg diidamkan...

Fiza Rahman said...

Cantik jam fossil tu. Dah lama tak tukar jam. Masih setia dengan jam hantaran masa kawin dulu ☺

Bunda_nora said...

Cantek jam Fossil... tapi dah lama tak pakai jam....sejak2 dah pakai handfon...

Kamsiah yusoff said...

harganya masih ditahap mampu milik..:)

norhidana said...

dana minat kak, tp blh minat tgk jelah kot... takat jam elle studio tu mampu lg kot mahal2 takde kemampuan kak... huhuhu

Izwa Kamaruddin said...

wah cantik nyer! yg lelaki punyer lagi cantik jam fossil ni ;)

saniahibrahim said...

Canteknya ...
Sya pun dah lama tak pakai jam maklumlah surirumah ,bila nak keluar pun asik lupa je last2 tengok masa pd hpone seperti kata bunda.

saniahibrahim said...

Canteknya ...
Sya pun dah lama tak pakai jam maklumlah surirumah ,bila nak keluar pun asik lupa je last2 tengok masa pd hpone seperti kata bunda.

Falsya said...

baca entry kakak pasal jam fossil nie baru tingat jam falsya yg anto utk repair...dh dekat 6bulan dh jam tuh kat fossil punye service center..punyelah lama smp terlupa..adehhh..



Unknown said...

boleh tahan jugak harga barang Fosil nih kan kakak~
sesekali reward untuk diri sendiri atau yang tersayang x salah kan~
jam tuh nampak cantekkkk sgt~

Kayu Manis said...

Mesti dpt hadiah jam ...
Cantiklh kak..untung kakak..

Mummydearie said...

Aha...adv berbayar ke ni, kak? Kalau ya, tahniah! Murah rezeki akak :)

Saya tahu juga jenama Fossil ni tapi tak pernah membeli. Eh, lupalah kotnya pernah beli dulu-dulu. Yang penting saya takdalah teringin sangat nak barangan dari Fossil ni sebenarnya.

Hudalatip said...

Suami pernah beli jam fossil sekali je kat JPO punyalah sayang kat jam tu..Dan saya ada satu beg kecik fossil yang harganya tak sampai seratus pun tapi sebab ada jenama so kenalah jaga baik2 dan selalu bawak ke sana sini hehe

Normala Saad said...

Fossil..? Kalau saya tepuk dada tanya dompet la....

Kak Wawa said...

sesekali kan kak, perlu juga.. hehe

Qhaifa Nur said...

Klau ada rezeki kak...nk merasa pakai barang mahal...cantiklah

Wa said...

Cantik kan..hari tu masa kat Melbourne.macam murah...tapi tutup mata je..

Puan Kutu said...

wow menarik..tp sy tak suka pakai jam tangan.hehe

QasehnyaRania said...

mmg menarik..
tak pa la pandang dr jauh :)

Anonymous said...

menarik kan... jam tangan pilihan KA kalau nak bgi gift pada sang lelaki

iryantyismail said...

yan tak suka pakai jam... '-))

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...jenama Fossil ni mmg mahal harganya tapi cantik buatan jamnya...:)

nhhas said...

Kak zakie... err adiah hari jadi kita tahun ni kak zakie blom bg lg kan kan kan...

Hihihi...

nhhas said...

Time sale dia affordable juga.
Kt overC pun murah juga ni

nhhas said...

Time sale dia affordable juga.
Kt overC pun murah juga ni

TukangKebun said...

Belum lagi cuba brand fossil walaupun dah banyak kali belek.
Bila masa berkenan budget dah habis pula kihkihkih...
Tukang Kebun dari dulu lebih selesa dengan jamtangan casio baby-G, sebab kerja lasak-lasak outdoor memanjang.

Aryan azra said...

cantik tapi tak mampu untuk dimiliki