Tuesday, November 24, 2015

Indahnya berkasih sayang

"Mama tengok Danish bawa apa?". Itu yang diucapkan sebaik memberi salam dan masuk ke bilik tanpa disedarinya aku belum selesai lagi berwirid. Budak kalau sudah exited menerobos masuk tanpa fikir apa lagi. Perasaan tidak sabar mahu menunjukkan pada mama apa yang dia bawa lebih mengatasinya. Aku senyum, angguk kepala sambil tunjuk untuk dia letak dulu di atas katil. Sebaik mendengar aku membaca taqobbalallahuminkum dan meraup dua tapak tangan ke muka dia sudah suakan semuanya yang dibawa tadi. 

1 - Gambar dia konvo tadika. Mestilah bangga membayangkan macam remaja yang konvo di universiti. Panggil jurukamera luar juga katanya. Kalau boleh mahu mama tengok lama-lama. Itulah dikatakan anak belum matang.

2 - Gambar kelasnya (sayang tidak jelas pula aku mengambilnya). Siap dikenalkan kepada mama satu-satu nama yang ada. Rata-rata nama sangat sweet yang sedap didengar telinga. Bila mama usik "Maisarah ni girl friend Danish ke?" Cepat saja dia menjawab " Bukan. Danish tak ada girlfriend lagi". Gelihati aku mendengar jawapannya. Jujur dah luhur seorang anak kecil..
3 - Selak pada keputusan yang diperolehi. Padanya sudah terbaik sebab sebelum ini dapat nombor 9. Kali ini dapat nombor 4.  Bila mama kata "Wah.. pandai Danish". Bangga dan senyum bukan main lagi.  "Tahun depan Danish nak dapat nombor satu" Ada azam yang tinggi.
4. Sebelah kanan inilah budaknya. Sudah semakin cerdik. Berbadan sasa berbanding kawan-kawan walau usia baru 5 tahun. Lihat kawan sebelah itu sudah 9 tahun.
Anak belum matang bila kita berikan kasih sayang yang sedikit pun dia akan curahkan kasih sayang lebih dari yang kita berikan. Kalau boleh ikan yang baru dibeli yang dikatakan berwarna biru dan oren pun mahu dibawa dan ditunjukkan pada mama ini. Melayan kerenah anak-anak boleh menjadi terapi minda sebenarnya.

~~ Kasih dan sayang salah satu anugerah terindah Allah berikan buat kita semua .~~




43 comments:

Sura Mohd said...

kasih yang ikhlas kakzakie berikan..balasnya sangat indah..nampaknya anak-anak mengaji kakzakie semuanya sayang sangat dengan mamanya ni..indahnya hidup dikelilingi kasih sayang..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Wah!Tahniah utk Darwish..semoga terus cemerlang dlm pjrannya.Aamiin

eelobor said...

saya nampak cara didikan yang penuh dengan kasih sayang

HeNRieTTa JoSe said...

pelajar pintar...sweetnye....suka bila anak anak kecil bercerita...

Rizziela said...

Wah.. Pandainya Danish... Good Boy.. Tahniah..

Insyallah... pasti Danish boleh dapat no 1 next year kan

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bagi Danish ni.. kakzakie tu bagai mama keduanya..
Apa jua yg diperolehinya ingin dikongsi bersama kakzakie..
Dia rasa kasih sayang yg kakzakie berikan..
Menggembirakannya, jadi dia pun ingin kongsi kegembiraannya bersama kakzakie.
Bagusnya dah berazam utk mendapat nombor satu dalam exam yg akan datang..

Kak Wawa said...

Tahniah danish.. ")

Kakcik Seroja said...

AllahhuAkbar...

Entah kenapa ada getar di dada bila membaca. Semoga menjadi anak yang cemerlang di dunia dan berbahagia di akhirat, Danish...

Aamiin.

AtieYusof said...

comell Danish.. pandai dia ye Kak... Alhamdulillah.. anak2 memang penuh dgn kasih syg :)

paridah said...

TAHNIAH DANISH..ANAK YG COMEL, BAIK LAGI MANIS..ANAK2 YG DIBELAI PENUH KASIH SYG TERJALIN ERAT IKATANNYA DGN PEMBERINYA KEKAL SELAMANYA BAK AIR YG MELEKUKKAN BATU...INSYA ALLAH.

Izwa Kamaruddin said...

Terharu pulak baca entry nie...lagi2 tang sedikit kasih syg kita bagi tapi anak anak suci bagi balik tanpa batasan..

Lynn Huraiza said...

tahniah...semoga kekal cemerlang dunia dan akhirat...

Nieyla Nadia said...

Amin..Alhamdulillah....

insan marhaen said...

kita perlu sedar dari awal supaya asuh anak kita dengan agama. biarlah bergolok bergadai, pendidikan mereka penting dijaga. insyaAllah, hasil dari susahpayah hari ini akan dapat kita tuai 20 tahun akan datang...

Aryan azra said...

alhamdulillah...bagus danish.

Anak-anak ini juga pasti mendapat kasih sayang yang ikhlas dari akak, jadi mereka pun memberikan kasih sayang yang terbaik buat akak.

Fiza Rahman said...

Pandainya danish ☺

raihanah said...

tahniah semoga danish terus cemerlang

Zaza Abdul Latif said...

Bijaknya Danish.
Biasakan Kak.. budak2 yang belum matang ni memang selalu excited.
Kadang2 memang boleh buat kita hilang stress. :)

Etuza said...

Asalam setinggi2 tahnia ya..maaf baru dsapat terjah sini..inipun ke cyber kejap ..tunggu orang rumah siap bermesyuarat

saniahibrahim said...

Saya dapat rasakan kakzakie ni sorang penyayang sebab tulah budak2 suka berkongsi kegembiraan pd kakzakie.

Falsya said...

comel danish..mcm nmpk sebaya betul ngan budak sebelah die tuh..hehe..tahniah danishhhh...

kalau la falsya duk dekat ngan kakak, mmg falsya antar qisya belajar ngaji umah kakak..silap2 nnt kalah mommy..nak mama je..hehehe

Unknown said...

Tahniah Danish.. Untie tumpang happy dengan pencapaian Danish.

Kakak~ nampak sangat Kakak nih menjadik kesayangan anak2 mengaji kakak~
sampai gambar konvo pon bawa ke rumah kakak untuk tunjuk kat mama dia. comel sangat Danish.

PeRdU cINta said...

begitulah putih dan bersihnya hati mereka kak..terlalu luhur untuk kita yang dewasa ini..lurus..tulus..moga Danish terus menjadi anak soleh..cemerlang dunia akhirat..amin..ikan palaga ke yang warna biru dan oren tu..hehehehe..

Mummydearie said...

Kakzakie ni memang baik tau sebab itulah budak-budak yang mengaji dengan akak ni suka sangat berkongsi cerita dengan mama mereka. Budak-budak kecil macam ni memang seronok melayankan kak sebab jiwa mereka ni suci bersih. Cakap pun jujur sahaja tak pandai nak berdolak-dalik apatah lagi menipu.

Khairul Bariah said...

tahniah utk danish. bila kita sayangkan anak2, mereka pun tahu utk menyayangi kita kembali kan kak?

Bunda_nora said...

Tahniah Danish....semoga terus cemerlang...

Qhaifa Nur said...

Itulah ank2 kak zakie...perhatian dn kasih sayang yg diberi balas dgn kejayaan...tahniah danish...moga terus cemerlang lg

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah Danish. Mesti mereka ni suka kat kakak. Semuanya berkogsi kegembiraan dengan kakak.

Eye_nee said...

Lihat lah keakraban kak dgn anak2 mengaji ni....mereka mmg anggap kak sebagai mama mereka kan..kalau tak, tak kan boleh berani masuk bilik...hubungan yg akk pelihara sesama insan sgt tinggi...Tahniah Danish semoga kamu juga akan mengikuti jejak anak2 mama kamu ni...

Unknown said...

Manja nye Danish dgn akak...sampai tak sabo2 nak tunjuk gambo dia dan kawan2...setelah baca byk kisah2 akak kat sini saya dpt agak yg akak dan famili semuanya berjiwa penyayang...kanak2 selalu dpt melihat kasih sayang yg tulus...beruntung la kanak2 yg dpt berguru dan menumpang kasih di rumah akak....tahniah Danish moga jadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat :)

Ibu Lala said...

Anak sy asik komplen je kak. Katanya ustazah yg ajar dorang mengaji tu garang. Suka marah marah. Tp sy diam je la melayan luahan hati dorang. Dah x de pilihan.

Dr K said...

Danish tunggu dah capai umur 18 tahun baru cari girlfriend tau...hahaha

Unknown said...

manja dia dgn kakzakie ya.. budak2 zaman sekarang persaingan hebat.. walau pun tengok result dia sangat baik, tapi dapat no 4.. semoga danish bertambah maju tahun depan..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam kak zakie..Email atie blh tak?

azatie_sayang7071@yahoo.com.my

LadyBird said...

Comelnye gambar.. Mesti best kan bl dah konvo.. 😁😁😁 mesti die bercita2 nk konvo University plak lps ni.. InsyaAllah.. Ameenn..

OKje said...

Danish ni budak yg mengaji dengan kanda yeh.....
Untung kanda, ramai anak angkat....

Unknown said...

mesti la nak dapatkan sedikit pujian jugak tu.budak2 macam tu la kak..sama macam kita pujian akan menaik kan lagi semanagt untuk terus berusaha..semoga danish terus cemerlang dalam pelajaran dunia dan akhirat..

mrhanafi said...

wow..semua A dan anak ini jenis yang pintar dan genius

Dr Singa said...

wahh


berapa CGPA tu!!?
:)

amirah said...

lahai comelnya kak....

mawardi said...

kasih sayang kepada anak berbuah manis dimasa tu

iryantyismail said...

tahniah danish...:-))

kanak2 umpama kain putih

QasehnyaRania said...

tahniah danish
betul tu kakak, sama mcm saya rasa bila kerja di tadika sebelum pregnannt hri tu. walaupon penat didapur, tp hti tetap rasa terhibur bila dpt bersembang dgn anak anak di tadika tu.