Wednesday, February 10, 2016

Sebelum menjelang maghrib

Tarikh: 05-02-2016
Waktu: Menjelang maghrib

Jumaat lepas jam 6:45 petang kami sudah bergerak dari rumah menuju ke Larkin untuk menjemput Kak Reen. Niat asal kami akan bersolat maghrib di suaru Terminal Bas. Tetapi dek kerana melihat jam masih terlalu awal ketika tiba di Bomba Larkin, terus saja singgah di Kacang Pool Haji. Menikmati kacang pool. 
Kacang Pool Haji - Singgah untuk menikmatinya kerana masih awal lagi untuk ke Terminal Bas

Selesai makan dari hujung talian Kak Reen memberitahu mungkin tiba selepas terminal waktu maghrib, lalu kami mengambil langkah bersolat di Masjid yang baru siap direnovation berdekatan dengan temapt kami makan. Selesai bersolat baru mendapat panggilan Kak Reen mengatakan dia baru tiba dan mahu bersolat dulu. Kami pun bergerak menuju ke terminal bas yang mana sudah dijangkakan pasti sesak dan padatnya tidak terkata.  Kereta bagaikan kena gam. Bersusun-susun kenderaan melekat antara satu sama lain kerana masing-masing bimbang ada yang cuba menyelit. Laluan untuk dua kereta sudah menjadi empat. Sempit sungguh!

Parking kereta di Metro belakang KFC terus menjemput Kak Reen. Singgah sekali membeli tiket sebagai persediaan untuk balik ke Terengganu pula. Bukan saja sesak dengan kenderaaan tetapi juga umat manusia dan asap rokok berkepul-kepul bercampur-aduk dengan bau tumisan makanan dari restoran berdekatan. Pening kepala dan mual membuat selera makanku pada malam itu terbantut. Minyak kapak menjadi peneman sehingga tidur malam.

~~ Bila disiplin diabaikan semuanya jadi susah dan memualkan.~~


36 comments:

Falsya said...

sedapnye kacang poollllll..ruginye itu hari pegi xmakannn...

Sally Samsaiman said...

masa cuti ni mmg sesak la terminat mana-mana pun...sedap nmpk kacang pool tuu!

Eye_nee said...

Tak Pernah Rasa kacang pool ni...mcm sedap sgttt rupanya....
Tu lah kan kak...bila undang2 tidak dipatuhi...merokok ditempat awam begini...ratanya sudah berakal dgn sempurna tapi entahlah mengapa sukar utk melaksana...

iryantyismail said...

Yan tak suka tempat yang sesak...tak suka bau asap rokok

Nor Azimah Ali said...

Saya benci rokok dan org yg mrokok!
Kak reen cuti kejap pun balik melepas rindu kt mama yea..

Nor Azimah Ali said...

Brp hari kak reen cuti tu? Tak kiralah ye, asal dpt melepas rindu kt mama ye.

Nieyla Nadia said...

cuti perayaan/cuti panjang macam tu la keadaan nyer kak...
nieyl bernasib baik cuti panjang nie x berjalan jauh² sgt...

Inani Hazwani said...

Nani tak pernah rasa kacang pool ni. Hehehe.

Aryan azra said...

Sedapnya kacang pool tu.

Betul tu kak, kalau bersesak begitu pasti merimaskan & memualkan

cahayahidupku.blogspot.my said...

Teringin nak makan kacang pool haji ni..
Tak pernah makan kacang pool ni pun..
Tak tahu lah kalau di Shah Alam ni dah ada yg jual kacang pool ni..

Dah lah sesak dengan kenderaan dan orang kan kakzakie..
Pastu ada pulak yg merokok..
Memang kepala boleh pening..
Tekak pun pun naik mual..
Akak sama lah dgn saya..
Bertemankan minyak cap kapak penyudahnya..

Zaitun said...

Salah satu makanan yang wajib Kalau ke Johor Baharu.
Kat KL pun bersesak dishopping mall dan tempat makan.

amirah said...

amie pun sejak menjak ni dah takleh lagi bau asap rokok...sakit kepala teramat sgt..terus migrain..aduh..taktau kenapa

TukangKebun said...

Teringat kalau baca sejarah eropah dahulu kala, perempuan orang putih bawa vanilla dalam beg untuk hilangkan rasa mual dengan pelbagai bau.

aizamia3 said...

Dah lama tak berhadapan dengan kesesakan macam tu kak.. last time, en. hb yang uruskan.. saya tunggu dalam kereta je.. huhuhu..

She Is Farahain said...

arghhhh kacang pol !

Rizziela said...

Selalu dgr pasal kacang pool.. tp x pernah makan..sedap ker

Uncle said...

Nampak gaya macam sedap sangat ni....nanti saya pi cari!

Izwa Kamaruddin said...

seumur hidup tak pernah rase kacang pool nie..harus mencari 1 hari nanti.

Fazleyatul Aini said...

sedapnya kacang pool haji !

Qhaifa Nur said...

Ank2 kata sedap kacang pool ni kak zakie..bilalah dpt rasa

K.A. said...

Masa saya merokok dulu, saya rasa segan nak merokok tempat orang lalu lalang.. kalau kedai makan pun, yang jenis kedai makan lepak2. Tapi sekarang alhamdulillah... totally quit. Kacang pool tu memang nampak sedap!

Unknown said...

kalau kacang pool mmg tk pernah tolak kakzakie sentiasa ada selera nk mkn kan

paridah said...

WAH PENING KEPALA JUGA MENGADAP KESESAKAN SEBEGITU RUPA YA...PENANGAN KEMAJUAN NEGARA TU HEH..HEH...MINYAK CAP KAPAK PENEMAN MELEGAKAN SEJAK LAMA YA...

babYpose said...

Kesukaan suami tu kacang pool, sedap bercili hijau nyum..:) tempat awam terlalu sesak, kadang tak kanak-kanak dan warga emas friendly. Rindu mee rebus pulak :)

kakrose said...

tempat awam yg sesak memang memeningkan. tambahan pula dengan asap rokok yg kekadang buat rasa nak muntah..

Sweet red cherry said...

nampak sedap kacang pool tu kak..wana tak penah rasa lagi ..teringin juga ni nak rasa..tapi tak tau kat mana nak cari di sini..huhu

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kak Zakie ~ saya pun pernah termual bau asap rokok, berdenyut2 kepala. Plak tu kepala baru lepas kena ujan. Alhamdulillah dah duduk Aussie ni, tak pernah terhidu lg dah.

Aziela said...

Saya faham. Especially ladies, mmg kita akan mudah tewas dgn suasana begitu.

PeRdU cINta said...

Betul kak...terkadang yang mudah menjadi sukar dek sikap...

Ann Ishak said...

ayo kak...kacang pool tu benar2 memikat mata

Unknown said...

Terminal bas larkin ke? Ya Allah... rindunya.. dulu, time posting di kota tinggi, kat situlah lepak turun naik bas p bt pht jumpa mak, lpas tu p kl pula jumpa husb... suraunya masih sempit atau dah direnovate, terkenang zaman tu.. sekarang dah jadi warga selangor dan x turun naik bas, rindu dgn zaman tu..

zila norazila said...

Kacang pool pun ada kt larkin central tu k.zakie..zila pun tiap mnggu ke larkin antr suami blik kl..tp parking tepi jew..mlas nk bersesak cari parking kak..

Kayu Manis said...

Kecuqqqqlah tgok kacang pool tu...

Fiza Rahman said...

Alahaiiii...makanan lagi. Bilalah bley merasa kacang pool nih.

Normala Saad said...

Saya pernah cuba kacang pool ni kat tempat saya malangnya rasanya tidak sesedap yang ceritakan. Masin sangat...mungkin tukang masaknya tak mahir kut...jadi tak dapatlah nak menikmati rasa sebenarnya mcmana..

Mummydearie said...

Saya pernah makan kacang pool ni tapi cawangan di Putrajaya je. Teruklah sangatkan nama aje orang Johor, cari kacang pool pun kat KL jerk!

Saya tak sukalah tempat terlalu crowded lagi-lagi yang macam-macam bau ada. Tak tahan nak sedut nafas. Bila kurang selesa, mulalah angin puspus pun datang!