Monday, May 16, 2016

JDT tetap di hati kami

Aku tidak tahu sejauh mana dekatnya hati jiwa rakyat Johor dengan penghuni istana Johor. Tetapi rata-rata bila kami berbicara tentang Sultan dan kerabat di raja kami terasa betapa kasih dan dekatnya baginda dengan hati-hati kami. Biarlah rakyat negeri lain mempertikaikan tetapi kami tetap sanjung tinggi kepimpinan baginda sultan kami tanpa berbelah bagi. Biarpun terperangkap di kesesakan jalanraya kerana Kembara Mahkota Johor yang bermula pada hari Sabtu 14-05-2016 lalu, tetapi kami masih mampu tersenyum gembira hingga sanggup keluar dari kereta masing-masing melambai tangan tanda kasih kami kepada baginda.

Sebelum - Jalan kelihatan amat lengang. Satu-satu banner di tiang-tiang lampu mengalu-alukan kehadiran baginda dengan kumpulan kembaranya ke pelusuk kampung bermula di Mersing ini.
Sesak - Jalan raya dari bandar Mersing menuju ke JB sudah berhenti. Kami bersedia menanti laluan rombongan Kembara Mahkota Johor. Sebenarnya aku terperangkap di sini sebab baru selesai mencuci baju kotor adik di kedai dobi. Peluang diberi untuk melihat secara live.
Gelagat -  Macam-macam gelagat untuk merakam detik indah ketika itu. Lihatlah ibu ini keluar dari kereta untuk sama-sama melihat dengan lebih jelas. Di hadapan pula sekelompok bapa muda hingga memanjat kereta kerana mahu merakam menggunakan video.
Berlegar - Di ruang udara pula helikopter berlegar di ruang angkasa daerah Mersing pada petang tersebut.
Perhimpunan - Baginda TMJ berhenti di sini seketika sebelum meneruskan perjalanan baginda.
Malam - Biar sibuk bagaimana pun petang itu ketiaka dalam perjalan balik JB kami berselisih jalan dengan TMJ kerana baginda perlu memecut dari Mersing ke stadium Shah Alam untuk perlawanan akhir piala FA.  Lihatlah kegembiran pasukan JDT. Aku yang keletihan pun menonton tv menemankan hubby hingga akhir program. Tahniah JDT!
Sultan kami - Hensem sultan kami ini bukan saja dari rupanya tapi juga hatinya. Bukan kerana pengisytiharan cuti diatas kemenangan yang diberikan tetapi kerana peribadi baginda.  Sebagai bukti aku bekerja hari ini dan tidak ada kami mengambil cuti ganti kerana hari Ahad memang hari cuti hujung minggu buat aku.
Seri Mersing cerita Melayu
Merah-biru warna bendera ku
Anak jati Johor tetap bersama mu
Jatuh bangun kami bersama mu

Bila tidak mandi banyaklah daki
Bersihkan diri di depan anjung
Biar orang mencaci-memaki
Negeri Johor tetap ku sanjung.


~~ Mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. ~~


43 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ohhh dah bermula ye Kembara TMJ ni ye kakzakie..
Memang kagum dgn Sultan Johor ni..
Berprinsip yg tegas..

Tahniah JDT menang piala FA..
yang best dapat cuti ye kak :)

Aryan azra said...

dah bermula kembara TMJ ye...kalau saya pun kak keluar dari kereta nak tengok

tahniah JDT menang piala FA

Dkna Abza said...

tahniah JDT.. semoga terus berjaya untuk tahun akan datang.. tapi dkna tetap sokong TRW heheheee

babYpose said...

Bukan Hensem di wajah tetapi dihati juga lagi lagi tegas dengan kebaikkan tiada vape di Johor kan? Syukur adik ada mama tolong uruskan basuh baju, sambil tu ambil peluang saksikan hari bersejarah. tahniah JDT !

Khairul Bariah said...

kembara TMJ dah bermula, JDT pula menang
tahniah buat Johor.

eh, kakzakie..Johor dan Perak ada pertalian sbb DYMM Permaisuri Johor anak sultan Perak hihi

Nieyla Nadia said...

walaupun nieyl nie bukan org johor..
tapi still sokong jdt...haha.. :P

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Meriah betul sambutannya. alangkah baiknya jika ada selalu.Pasti lagi meriah.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sebak dan terharu

Uncle said...

Pasukan bolasepaknya diuruskan dengan baik.. patut dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain.

saniahibrahim said...

Kannn kak zakie...sultan kita memang terbaik .
Bangga juga melihat JDT menang walaupun tak minat bolasepak.

Qhaifa Nur said...

kembara yg di nanti2 kan warga johor...seronoknya kak dpt tgk live lagi...
MIL nur ke johor terperangkap dlm jem juga...sempat lagi htr video...utk kembara johor ni...mmg best laaa

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Tahniah buat JDT..! bangga sat jd anak jati johor.. Heheh Smlm dr JB nak balik KL aina terserempak dengan Truck KMJ. Jakun la jugak.. sebab kita ni bukan senang nak nampak truck dia real dpn mata. Hehehe.. =)

Yaya Azura said...

tahniah JDT.
yaya ada tengok video kembara JDT, nak tengok truck yang besar2 tu sebenarnya..hihi

Kak Wawa said...

Tahniah kak..")

Normala Saad said...

Memang rakyat Johor patut bangga dan bertuah sangat dapat sultan yang berjiwa rakyat begini. Bagaimana nak pertikai rasa hati orang Johore sedangkan kami dari negeri lain pun dapat merasa kasih sayang Sultan yang hensem ini. Rasa2nya semua negeri mendamba seorang sultan seperti ini. Kami tunggu dia jadi Agung kelak. Satu Malaysia pasti exited.

aby said...

Salam kz ...
Nyong ramei batir moto Wong johor ..
Wasap kebek karo gmbar2 KMJ.
Opo pun tahniah utk JDT Tp hati ku yor PKNS

aby said...

Salam kz ...
Nyong ramei batir moto Wong johor ..
Wasap kebek karo gmbar2 KMJ.
Opo pun tahniah utk JDT Tp hati ku yor PKNS

Izwa Kamaruddin said...

serius johor dekat dihati saya kak sebab ramai lagi keluarga belah belah arwah atuk dan sepupu sepapat abah izwa ade kat sana..lagi pulak adik beradik sedara mara abah mertua izwa semua kat sana! termasuk sepupu ed ;)

johor tetap dihati ku jua ;)

norhidana said...

walaupun di kutuk di hina....
bangsa johor mmg sentiasa di hati...

PeRdU cINta said...

Tanak nasi atas dapur
Ikan sepat masin diperahkan limau
PC dan en suami anak jati Johor
Setia dihati walau merantau

Moga kerendahan hati keluarga kerabat diraja Johor ini terus berkekalan dan sentiasa disenangi rakyat bangsa Johor...amin.

Unknown said...

Ramai yang dah kongsi gambar kat facebook..

raihanah said...

tetiba rasa nak jadi rakyat johor pulak la kak zakie

Linda said...

semangat Johor sentiasa membara..bangga jadi anak Johor!

monalea said...

tahniah JDT

aiezza.sue said...

peluang tu dapat tengok secara live,saya yang bukan jdt ni pon mesti suka nak tengok sultan lalu..tahniah JDT & selamat hari GURU untuk semua cikgu yang membaca ni :)

Kayu Manis said...

Syg sgguh rakyat jelata johor pd sultannya...

Unknown said...

tahniah utk warga johor
wah kakzakie pun peminat jugakke
sangat admire sultan johor yg perihatin akan rakyat nya kan
tahniah JDT Lagi sekali

Unknown said...

Batol la kak sultan johor memang nampak sangat dekat di hati rakyat2 nye...saya kat melaka ni takde sultan jadi hanya mampu menumpang kasih dgn sultan negeri akak je ni...salute

nhhas said...

Ha ha ha yes sultan johor hensem...

Mem sultan johor cantik... kerabat perak ye... ehem ehem...

Ehhhh .... hihihi

NEKCIK said...

Walsupun dah hampir 35 tahun jadi warga kl ni..ic nekcik tetap 01..masih rakyat johor!!

QasehnyaRania said...

assalam kakak
saya yg ddk sekejap di joho pon terasa dlu masa kembara ni.
inikan pulak rakyat negeri joho..

LYAfrina said...

alhamdulillah..
tahniah JDT atas kejayaan ini..
akhirnya ;-)


bkn shj rakyat johor, malahan rakyat dr negeri lain sediri amat kagum dgn sultan Johor. sgt humble..

kakrose said...

seingat ky..sejak kecil di sekolah rendah kami telah diterapkan nilai2 hormatkan dan kasih sayang kepada Sultan. sehingga kini dah terbiasa tetap hormatkan sultan dari negeri lain juga..

Mila@Rimbun said...

kembara TMJ tuh acara tahunan kan kak..
Selamat hari guru...

OKje said...

Tak pernah lagi terserempak dengan Kembara Sultan Johor ni. Mesti meriahkan kanda. Time time ginilah rakyat dapat berjumpa Sultan sambil bersalam salaman.
Bangga pulak dinda jadi rakyat negeri Johor

Rozita Ceritaita said...

Salam sayang dari orang johor yang duduk berjauhan ni ye kak..

arzmoha said...

saya ni orang penang...takpernah ada sultan atau raja...tapi pernah terbaca mengenai kisah Sultan Salahudin Al-Ayyubi...teringin ada sultan yang sepertinya....

Untuk ada sultan yang baik kita perlu jadi rakyat yang baik telrebih dahulu

Mummydearie said...

Yeah... itu dia!

Saya pun bangga jadi anak Johor tau, kak walaupun menetap jauh beratus kilometer dari negeri Johor ^_^

Sultan Johor memang terserlah keperibadiannya. Suka sangat tengok kerabat diraja Johor ni walau apa pun orang lain nak kata. Yang penting, kita anak Johor memang sayang dan cintakan negeri Johor dan pemimpinnya ^_^

nohas said...

meriah kembara TMJ...turun temurun dari ayahandanya, semoga berkekalan kembara ini..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie....mmg bangga jadi anak jati Johor ni kan kak...lebih2 lg ada sultan yg berjiwa rakyat mcm ni...mmg handsome sultan kita ni kan...

Allah peliharakan sultan
Anugerahkan dia segala kehormatan
Sihat dan ria kekal dan makmur
Luaskan kuasa naungkan kami
Rakyat dipimpin berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan...

amirah said...

bukan rakyat johor aje yg terasa mcm sultan dan keluarga rapat..yg luar johor pun rasa mcm tu kak... :)

YATZAKIE said...

Assalam..akak..lama yat tak jenguk blog ni..bestnya kan...sultan melawat rakyat...macam nak jd rakyat johor la pulak.hehe

SIQAHIQA said...

Tahniah JDT :) Siqah walaupun hanya menantu orang Johor tetap berbangga dengan kerabat Johor. Cara beliau sebagai sultan yang memerintah patut disegani dan diikuti oleh orang lain. Patutlah rakyat Johor sangat sayangkan Sultan mereka :)