Tuesday, August 23, 2016

Akhirnya dia pergi jua - 2

Dua hari sebelum dijemput ke alam barzakh bapak di bawa ke rumah kakak ku yang anak-anak panggil Mama Leha. Sebelum ini juga selain rumah aku, rumah Mama Leha merupakan tempat yang bapak agak selesa sebab sudah berpuluh tahun Mama Leha tidak bekerja sejak business MLM dia menjadi tumpuan utama. Mak Zah dan Abah Din biasanya akan mengikut saja di mana bapak berada di situlah dia akan berada.

Pagi 16-08-2016 bapak masih seperti biasa sehinggalah hampir menjelang asar. Sebelum solat asar itulah Mama Leha dan Mak Zah tersedar yang bapak terkencing dan ada sedikit najis. Maka bapak dibawa ke bilik air dan dimandikan seperti biasa sebab ini tidak pernah terjadi. Sewaktu memandikan bapak Mama Leha sedar lubang najis bapak sudah agak besar oleh itu selepas dibersihkan bapak dipakaikan pampers yang sebelum ini tidak pernah lagi pun sebab bapak masih boleh memanggil bila mana dia mahu membuang air. Selepas solat asar ketika berbaring itulah bapak bercakap dengan jelas dia dahaga. Mak Zah memberi air minum dan ada sedikit kelegaan sebab biasa bapak bila minum agak susah mahu menelan tetapi waktu itu bagaikan mudah untuk bapak menelannya. 

Tetapi kelegaan yang disangkakan adalah petanda Izrael sudah sedia akur perintah Allah. Bapak pula memang selalu beristighfar dan menyebut Allah-Allah-Allah oleh itu pada kami anak-anak langsung tidak terfikir yang bapak sebenarnya sudah nazak. Sakratulmaut sudah hampir menjemputnya. Bila melihat bapak agak sesak bernafas barulah Mak Zah terus bisik pada bapak untuk istighfar, syahadah dan menyebut Allah. Awalnya masih jelas didengar telinga tetapi akhirnya hanya kelihatan lidah bapak yang bergerak sehingga akhirnya bapak sudah tidak bernafas lagi. 

Memandangkan waktu itu sudah hampir benar dengan waktu solat maghrib terpaksalah membuat urusan report ke Balai Polis dan pengesahan doktor selepas maghrib. Kemudian barulah jenazah dibawa pulang ke Pontian. Kami bersyukur juga bapak pergi pada hari orang bekerja/sekolah jadi jalan sangat lengang dan mudah walaupun jauh. Traffic light juga sepanjang beratus-ratus kilometer semuanya bagaikan hormat ada van jenazah lalu kerana dari berpuluh-puluh ditemui hanya satu saja ditemukan lampu merah. Satu yang sangat-sangat membantu dipercepatkan perjalanan. Tidak sampai tengahmalam jenazah bapak sudah tiba di rumah kampung kami.

Beruntungnya bapak punya ramai anak, menantu dan cucu. Semua boleh mengambil urusan terbaik. Memandangkan rumah bapak kosong aku merupakan anak terdekat (JB) balik dulu sebaik mendapat berita. Abah Din mengurus van jenazah. Abang ipar mengurus report ke balai dan hospital untuk mendapat pengesahan doktor. Papa pula berurusan dengan asrama MRSM adik untuk menjemputnya dengan Kak Reen memandangkan sudah malam. Aku, Kak Meen dan Kak Meera balik dulu mengemas rumah bapak apa yang patut. Tiba rumah semua lampu-lampu aku on. Bagaikan Hari Raya terang-benderang. Sambil mengemas sambil membaca yasiin sebab kami hafal. Sofa-sofa semua kami usung masuk ruang rumah tengah dan dapur. Aku sediakan sekali tilam saiz kecil dan alaskan dengan kain ihram bapak. Bantal juga aku sarungkan dengan warna putih. Semua ruang rumah kami bersihkan. Apabila semua adik-beradik-anak-cucu-cicit berkumpul itulah kami sepakat agihkan setiap seorang membaca satu/dua juzuk Al-Quran seorang untuk disedekahkan pahalanya buat bapak. Khususan untuk bapak/atok kami selepas selesai kami semua bertahlil anak-beranak. Syukur sebelum menjelang subuh 30 juzuk selesai kami hadiahkan buat bapak/atok kami di selang-selikan dengan bacaan Yasiin. Moga Allah terima amalan kami khas buat bapak.

Selepas subuh satu-persatu keluarga kami sepupu-saudara-mara-rakan-taulan-sahabat-handai-jiran-tetangga datang berziarah. Sebaik mereka mengambil alih membaca ayat-ayat suci barulah kami pergi mandi (kerana kami tidak tidur pada malam itu) dan bersedia menanti untuk jenazah bapak dimandikan. Alhamdulillah jenazah bapak siap disemadikan lebih kurang jam 10:30 pagi pada 17-08-2016.

Sesungguhnya kami redha walau airmata tetap luruh tapi sebelum ini kami sudah puas mengalirkan airmata setiap kali melihat bapak bersolat, mandi, berzikir, makan-minum, bergerak ke sana-sini dengan bantuan kami. Setiap kali melihat kami solat berjemaah dia tidak mampu mengikut sebab solatnya memerlukan bantuan kami mengampu belakang juga moment yang sangat menyayat hati. Solat berbaring bapak tidak selesa walau hakikatnya dibolehlah dalam rukhsah solat. 

Malam - Selepas tahlil bila semua tetamu semua sudah balik barulah anak-cucu-sepupu-sepapat yang lelaki makan di ruang tamu.
Ahad - Hampir menjelang maghrib tiba di rumah sendiri baru aku teringat untuk membelek telefon. Beribu whatsapps, berbelas emails dan 2 messages tidak aku lihat. Mohon kemaafan kepada sahabat-handai-saudara-mara semua termasuk teman blogger yang tidak sempat aku singgahi sehingga kini.

~~ Bersemadilah bapak sementara di sana kerana kami semua juga pasti akan menyusul dan semoga kita disatukan semula olehNya di syurgaNya kelak. Ameen.~~


62 comments:

LYAfrina said...

Al-Fatihah...
sesungguhnya Allah SWT lebih myayanginya...
semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.. amin

jie susanos said...

Al fatihah..

smoga dipermudahkan segala urusan..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Allahu..
Moment terakhir kita kan kak bersama arwah..
Hakikat yg perlu kita terima dan redha..
Setakat itu bersama kita..

Bapak akak meninggalkan anak cucu cicit yg soleh solehah..
Semoga segala amalan anak cucu cicit smpi pahala kepada arwah bapak kakak..

Falsya said...

Allahu..sedih falsya bile baca kisah arwah bapak..tiba2 falsya terbayang situasi di saat perginye arwah auntie falsya..sedih sgt..

semoga amalan anak2, cucu2 dan cicit2 smp ke arwah bapak..insyaAllah..amin..betapa untungnye arwah bapak kakak..

Unknown said...

Semoga Allah merahmatinya menyayanginya dan menempatkannya bersama para solihin kakzakie
Bawa bersabar ya kerana kita jugak akan kesna suatu hari hanya menunggu masa dijemput

OKje said...

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan bapak dari rumah Mama Leha sampailah ke Pontian.
Gitulah perjalanan seorang yg bernama hamba Allah ye kanda....
Huhu ....

saniahibrahim said...

Saat2 kehilangan memang tak akan dilupakan sepanjang hayat...Semoga kakzakie bertabah .Insyaallah roh arwah sentiasa dirahmati kerana punya anak2 yg soleh dan solehah.

saniahibrahim said...

Saat2 kehilangan memang tak akan dilupakan sepanjang hayat...Semoga kakzakie bertabah .Insyaallah roh arwah sentiasa dirahmati kerana punya anak2 yg soleh dan solehah.

paridah said...

SAAT KEHILANGAN YG TERSAYANG SGT DIRASAI...JADI INGATAN SELAMANYA..BAPAK KAKZAKIE MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR DGN TENANG..SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH

Warisan Petani said...

Al-Fatehah.
Semoga rohnya dilimpahi rahmat.

Khairul Bariah said...

Alhamdulillah, urusan pemergian arwah bapak kakzakie dipermudahkan Allah. Berkat arwah dikurniakan keturunan yg soleh solehan. Semoga dijanjikan syurga untuknya. InsyaAllah.

thetwentytwo22 said...

takziah akak, semoga allah mencucuri rahmat kepada arwah..

Ummi Hanie said...

alfatihah

salam takziah kak.

arwah abah saya dah genap setahun ergi kak. tarikhnya tak jauh.. 19 ogos...

semoga mereka tenang di alam sana... kita bakal menyusul...

Omong Mak Long..... said...

Al Fatihah ... Salam takziah

Qhaifa Nur said...

Al fatihah...senangnya bapak menghadap ilahi
Moga arwah tenang disana...
Kehilangan yg amat dirasai semua insan disisinya

IntaNBerliaN said...

Takziah kak

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan
bertuah bapak akak ramai anak cucu menantu semuanya baik2...

Izwa Kamaruddin said...

Sebak pula saya baca kerana terasa pilu disetiap perkataan walaupun hati redha.

Alhamdulillah kerana semua "kesempitan" bapak di dunia telah berakhir dan saya doakan moga bapak/atuk tenang disana dan bahagia di samping YANG MAHA ESA.

Fazleyatul Aini said...

alfatihah...

monalea said...

Sebak baca coretan ini. Teringat mak dan ayah dekat Kuching.

makchaq said...

Salam takziah kakZakie, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh..

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Sedih baca kak. Teringat masa kehilangan arwah ayah dulu :-(

Nieda Ramly said...

beruntunglah bapak yg punya anak hafaz ayat suci..semoga rohnya tenang di sana

amirah said...

Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan pengkebumian...allahumma firghlaha warhamha waafihi wa'fuanha..moga tenanglah arwah ayah kak zakie menemui Penciptanya..

adarnadzmie said...

alhamdulillah segala urusan pengkebumian arwah bapak kak zakie di permudahkan... kita hanya merancang Allah yg menentukan... semoga roh arwah bapak tenang di sana... insyaAllah

semoga kak zakie dan keluarga tabah dan mendoakan kepada arwah selalu...

Nadhie Wueen said...

Al fatihah. takziah kak. moga roh abah akak dicucuri rahmat. moga akak sekeluarga tabah menghadapi hari2 mendatang

Zaitun said...

Alhamdulillah berkat muafakat adik beradik semua kerja dipermudahkan.Semoga arwah bapak kakzakie ditempatkan bersama orang2 yg beriman.

Uncle said...

Al fatihah dan salam takziah dari saya skeluarga..

Mummydearie said...

Ya Allah! Tabahnya akak sekeluarga menguruskan jenazah. Sayu hati jadinya saya membaca saat akak mendapat tahu bapak sudah tiada sehingga jenazah selesai dikebumikan.

Masa saya dulu (berbelas tahun sudah), juraian air mata aje yang mengiringi kami adik beradik. Sedih sebab tak dapat bersama di saat akhir, bertambah sedih bila pulang ke kampung hanya mampu melihat jenazah bapak sahaja.

Semoga roh bapak ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Alfatihah!

Kamsiah yusoff said...

Allahurabbi..
kita kehilangan ayah dalam jarak yg dekat ,kan kak zakie

semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..amin..

Amie said...

Takziah buat kakak sekeluarga.
Yang dah pergi iringi dengan doa moga aman di sisinya, kita... akan tiba masanya jua sebab janji Allah itu pasti, cuma saat dan ketikanya tidak kita ketahui.

hasliynda umairah beauty said...

salam takziah
al-fatihah

arzmoha said...

Salam takziah kak...semoga arwah bapa kak ditempatkan bersama orang-roang yang beriman....

Mar Mansor said...

salam takziah buat akak sekeluarga..moga terus tabah

Nor Azimah Ali said...

Entri ni akk tulis begitu santunnya, tiada ketara sgt riak sedih akk, walaupun kami sahabat2 di sini, jauh di sudut hati akk terasa amat kehilangan..
Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan perjalanan bapak, itulah tanda kasih sayang dan redha Allah terhadap bapak.
Slp ni hanya untaian doa dan bacaan ayat suci sbg penghubung yg tk pernah putus.

Humaira said...

Allahumma aamiin.InsyaAllah bertemu dengannya di sana nanti =)

Amy Hilmirda Daud said...

Semoga bapak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
bagusnya ahli keluarga akak, saling membantu.

Suria Amanda said...

Alhamdulillah semua sudah selesai...allah permudahkan pemergian arwah bapak akak..pergi dengan senang dan sempurna...moga arwah ditempatkan dikalangan umat terpilih..amin...

lieyalatif said...

alfatihah..moga allahyarham ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...

sungguh mudah urusan allahyarham pergi menemui penciptaNYA kak..moga2 bahagian kita juga begitu nanti...

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Alfatihah kak. salam takziah buat akak sekeluarga...
Alhamdulillah selesai sudah urusan. Semoga arwah di tempat kan di kalangan org2 yg beriman. Semoga akk dan keluarga terus kuat dan tabah. amin

nohas said...

Alfatihah...tamat sudah urusannya di dunia, kita jg akan menyusul kemudian..

Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan olehNya, dengan bantuan ahli keluarga..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Al-Fatehah.
Semoga rohnya dilimpahi rahmat.
Takziah buat kakak dan keluarga.

sitirohaida said...

alhamdulillah,semuanya dipermudahkan kak...moga akak sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini,

aiezza.sue said...

Al-Fatihah untuk arwah bapak, salam takziah dari saya buat akak dan keluarga.

wahida said...

salam takziah kak, maaf saya baru tahu berita ni...

semoga arwah bapa akak ditempatkan bersama orang2 yang beriman...amen...
semoga akak dan keluarga tabah ye...

kalau dekat, mmg saya nak peluk2 akak...huhu...

Dkna Abza said...

salam takziah kak... dkna baru singgah baca entry akak..

Bunda_nora said...

Lama jugak KN tak singgah kedini..agak terkejut dan simpati juga dengan keluarga KZ...

Apa pun Allah lebih menyayangi almarhum,sama2 kita berdoa agar almarhum diletakkan bersama2 mereka yang beriman... aamiin....

Salam takziah dari KN.... tiba2 sayu.. teringat bapak kat kampong...

Bunda_nora said...

Lama jugak KN tak singgah kedini..agak terkejut dan simpati juga dengan keluarga KZ...

Apa pun Allah lebih menyayangi almarhum,sama2 kita berdoa agar almarhum diletakkan bersama2 mereka yang beriman... aamiin....

Salam takziah dari KN.... tiba2 sayu.. teringat bapak kat kampong...

Mat Som Sadona said...

Takhziah buat KakZakie Purvit dan seluruh kerabat

indahnya,tetap menyebut nama Allah sehingga ke akhir Allahyarham bapak
Kita ini semua semoga tetap menyebut kalimah Allah
pada detik terakhir seperti itu...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Innalillahiwainnailayhirojiuun..
Takziah Kak Zakie..
Moga kita semua dapat berjumpa semula insan2 yg tersayang di dlm Syurga yg abadi. Aamiin.

Unknown said...

kisahnya sama cam waktu kitorang kehilangan moktok kak..tapi alhamdulillah, allah permudahkan semua urusan..
al-fatihah buat bapak..

Kinaka Honey said...

Assalammualaikum kak, saya antara BlogWalker yang menjadikan blog Akak sebagai blog inspirasi saya, saya juga letakkan URL blog akak di blog saya Kinaka Honey. Mohon diizinkan. Dan salam Takziah kepada akak serta ahli keluarga. Semoga seluruh ahli keluarga akak dicucuri rahmat. Stay strong kak!

kakrose said...

salam takziah nuat zakie sekeluarga..
alfatihah..
ky pun baru kehilangan bonda tercinta..belum pn 100 hari, masih sebak dn tak dpt lagi nak menahan air mata dri berguguran..saat terkenangkan arwah..

Busyra Takiyudin said...

al fatihah.

smoga bapa akak ditempatkan dikalngan org beriman. amin. inshaAllah arwah tenang disana.

εïзmmyHazaεïз said...

al-Fatihah.. Semoga tenang disisi Allah...

TukangKebun said...

AL-FATIHAH.

Kuatkan semangat ya Kak.

insan marhaen said...

takziah.

kekadang terfikir tentang saya yang punya 3 anak sahaja.

aby said...

salam takziah kz ..
moga arwah ayah kz ditempatkan bersama roh2 orang yg soleh..

٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

Sue Bee said...

Salam takziah untuk kak Zakie serta keluarga..

aizamia3 said...

Bila baca entry ni terus teringatkan ayah saya.

QasehnyaRania said...

al-fatihah
alhamdulillah semuanya dipermudahkan..

Malinda said...

dari Allah kite datang dan kepada Allah la kite kembali...salam takziah utk seluruh keluarga akak...moga arwah di tempatkan bersama golongan orang2 yg beriman...

Syamimi Saad said...

Salam takziah kak..
Al fatihah..
:(

*teringat mak abh yang jauh..