Monday, February 6, 2017

Pucuk ubi bergelombang

Sebut saja kampung, terbayang di ruang mata tumbuhan yang subur menghijau. Lebih mengujakan dedaunan hijau yang boleh dimasak atau dimakan sebagai sajian hidangan. Menjadi kebiasaan juga balik kampung dengan membawa hasil dedaunan tidak boleh dipisahkan. Kali ini paparan aku kepada pucuk ubi sayur. Bukan ubi biasa atau ubi pulut yang daun runcing. Kali ini pucuk ubi yang daunnya khas untuk sayuran. Bergelombang dan bundar disetiap hujungnya. Selain cantik untuk hiasan juga enak dijadikan hidangan. 


Pucuk ubi - Inilah daun pucuk ubi yang aku maksudkan. Gambar ketiga di atas ini sudah aku ratakan bagi melihat bentuknya seperti daun ubi biasa tetapi jika dibiar daun ini bergelombang cantik.
Mask lemak - Tetapi cantik bagaimana pun apabila sudah direbus dan dimasak lemak tetap sama juga rasanya seperti pucuk ubi yang biasa. Hanya yang ini ada cepat lembut. Tidak perlu rebus lama-lama.
Padanan - Selain ikan goreng dan goreng ayam kampung. sambal udang juga menjadikan padanan secocok untuk masak lemak pucuk ubi.
Cekodok - Bila sambal masih berbaki, cekocok roti pun sedap cecah dengan sambal tumis udang. Hiris bawang, daun bawang dan daun saderi masukkan ke dalam telur yang sudah dikacau dgn sedikit garam. Gunting roti comel-comel. Gaul dan goreng. Siap! Inlah bekal anak-anak ke sekolah sewaktu mereke sekolah rendah dulu. masuk asrama semua tinggal kenangan.
Pucuk ubi ini juga boleh dijadikan kerabu/urap. Perencah biasa adalah ikan bilis goreng, cili padi, bawang-bawang, kelapa parut, garam dan sedikit gula. Setelah direbus pucik ubi, keringkan air, potong sedikit supaya tidak terlalu panjang dan gaulkan bersama semua rencah yang sudah ditumbuk/blended. Campurkan dengan sedikit taugeh dan gaul rata. Siap sedia boleh dihidangkan.

~~ Menikmati hidangan bersama keluarga sebenarnya yang membuat selera bertambah.~~

33 comments:

diary_ciknaa said...

selamat pagi kak.. kombinasi lauk yg best! sedapnye..

raihanah said...

pagi kak, sedapnya udang tu

dorsett pink said...

sambal udang tu my favourite... hehe.. sedapnya tengok akak maasak

adarnadzmie said...

assalam...

saya pun gemar mkn ulam2 ni kak... klu balik kampung mak saya suka carikan ulam2 feveret saya... semua saya mkn kak...

alahai sedapnya tgk msk lemak pucuk ubi dan sambal petai kak...:)

PeRdU cINta said...

Pertama kali ni kak PC tengok...daun pucuk ubinya lain dari yang biasa...nikmatnya dapat makan pucuk ubi masak lemak...

paridah said...

Tak pernah cuba buat sayur pucuk ubi yg bergelombag ni...ingatkan xboleh dimakan...nanti nk cuba juga sayurkannya

Normala Saad said...

Kak dah lama duk cari pokok ubi kerinting ni Zakie. Ramai orang kata lebih sedap dari pucuk ubi biasa.

Izwa Kamaruddin said...

SAMBAL UDANG kakak buat saya tertelan air liurrrrrrr..sungguh!

PetakBunga said...

pernah tgok kt group, mcm2 jenis daun pucuk ibi..tp x pernah rasa lgi yg jenis mcm ni

nurbijen said...

First time tgk pucuk ubi yg bergelombang mcm tu..
Unik!

Ada masa nak cuba la resepi cucur roti akak tu...
Macam menarik!

HeNRieTTa JoSe said...

sedap nampak sambal tumis udang tu....xpernah lagi rietta tgk pucuk ubi bergelombang sebegitu...

Kakcik Seroja said...

sedapnya masak lemak pucuk ubi...

Amy Hilmirda Daud said...

First time tengok daun ubi tu. Kat kampung selalu nampak daun ubi yang biasa tu aje.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...sedapnya tengok menu akak ni..terliur rasanya...menu kg ni mmg sedap jer kn..;)

Sheila Adziz said...

sy kali pertama mkn pucuk ubi masa belajar 13 thn dl, kwn masak lemak cili padi.... sedap sgt.... sejak tu br sy tahu rupanya pucuk ubi boleh di makan

nhhas said...

sambal udang tu...
nyum nyum ... sedapnya kak

saniahibrahim said...

Tak pernah lgi mkn pucuk ubi rupa tu kakzakie....pokok nya pun xde wlpun kami duk kg ni.
Sedap masak lemak regu dgn sambal

Acik Erna said...

Bila sebut urap terasa sedapnya kakzakie.acik x pandai buat tapi anak sedara yang dok segamat yang selalu buatkan

Dkna Abza said...

terliur pulak dkna tengok gambar sambal udang tu hehehee

kakrose said...

baru pagi tadi nampak jiran di rumah lama membawa secekak pucuk ubi jenis ini, bila akak tanya..kata nya pucuk ubi sayur..sedap masak lemak mcm biasa. pernah nmpk pokoknya..ingatkan pokok hiasan..

Inani Hazwani said...

Sedapnyaa lauk lauk akak :)

Warisan Petani said...

Menyelerakan semua hidangannya.

Ogy said...

Masak lemak pucuk ubi...sedapnya...ogy tak pernah masak pucuk ubi jenis kerinting ni..dulu2 pernah tengok...

nohas said...

masak lemak mesti gu nya sambal bilis/udang..sedap, lemak2 pedas..
cekodok roti tk pernah buat..selalu buat roti salut telur je..

norhidana said...

dulu2 dana tak tau pun pck ubi nih boleh di mkn, ingat utk hiasan je kak...

sedap nengok lauk2 akak tuh...
kalau dana bila msk pucuk ubi gini kene ada sambal belacan atau sambal totok baru ngam hehehhe...

teringat kerabu yg biasa mak bt, boh biji cekur...sedapnya

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya panggil pucuk ubi keriting kak hihihi..
Cantik berikal-ikal mcm rambut..
Sedap buat masak lemak kan..
Rindu pulak nak balik kampung :)

LYAfrina said...

alhamdulillah..masakan kampung mmg awesome

Unknown said...

sedapnya makanan kampung. dah susah nak jumpa masakan kampung yg sedap2 macam ni. terliur tengok. dah nak masuk lunch ni.

OKje said...

Tak pernah jumpalah kanda daun ubi bergelombang tu. Ada rupanya ye. Ada ubinya jugak ke kanda daun ubi yg bergelombang mcm tu?
Nanti nak cuba jugaklah buat jemput jemput roti tu, macam menarik je...

SalbiahM said...

bergelombang perut saya melihatnya...

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
udang tu menggamit selera ku di pagi hari nan indah ini
rania juga peminat udang..

Suria Amanda said...

Ya allah...kombinasi lauk macam ni yang buat makan bertambah ni

jutawanherbs said...

Pesakit radang paru-paru Copd

En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570