Monday, December 12, 2011

Ole-ole dari Pak Haji & Mak Hajjah

Walaupun waktu pemergiannya ke tanah suci tempohari kami tidak dapat menghantar kerana hubby waktu itu bekerja di luar daerah, tetapi kami tetap diberikan cenderahati dari sana.

Kegunaan harian - Bertambah lagi gadjet untuk menyembah Allah diberikan kepada kami

Jajan - Ada kurma, kismis, buah zaitun, badam, pistasscio dan kacang juga

Terperanjat - Lihat ada logo yang amat sinonim di tanah air kita. Tapi ini bukan product dari Malaysia. Ia benar dari tanah suci. Kami sekeluarga ketawa bila melihat logo tersebut ada di bekas ini.

Kacang tumbuk manis - Inilah yang ada di dalam bekas kedap yang kami ketawakan tadi. Kelihatan keras dan macam tauhu tapi sebenarnya adalah seperti kacang tumbuk yang lembut dijadikan manisan. Ada tertera di atas bekas itu perkataan Halawa.



~~Rindu untuk ke tanah suci lagi tidak pernah padam di sanubari.~~



71 comments:

musang said...

bestnya gi mekah...teringin nk kesana tp belum kesampaian lg

gadisBunga™ said...

sampai ke sana tuh, bikin bisnes baekkk punye. hahaha!!!

tgk halawa tu rupa dia macam aiskrim lah.

Rina Rahamat said...

suka kalau dpt ole-ole dari mekah nih..terutama jajan hiks


yg kacang tumbuk tu nmpk cam eskrim pon ya

ibundo said...

alhamdulillah rezki.
rindu ke mekah tu memang tak pernah padam kak zakie. Sentiasa menyala je..

missgee said...

Kak Zakie,
Saya menyimpan niat untuk
ke sana..
Mudah2an niat saya itu
dimakbulkan Allah..
Amin!!

aReLaN said...

syukur alhamdulillah.ble la nk jejak kaki ke tanah suci....

Hudalatip said...

saya juga berdoa supaya dipermudahkan untuk ke sana satu hari nanti, iallah..

Sharifah Nadzarah said...

sy pun suka klu dpt buahtangan dari org balik haji/umrah..

ajumohit said...

mudah2an niat kita utk kesana dimakbulkan, kak, unik nmpk kacang tumbuk, saya peminat kacang tumbuk tp yang nmpk unik ni belum pernah dpt lg

Kakcik Seroja said...

Dacing itu lambang keadilan dan keseimbangan.... :)

azian said...

mmm....
kakzakie boleh je pg lagi...insya ALLAH....

kami ni ntah bilaa lahaiiii.....

g gambang tak cakap ek..dah dekat dgn umah kami...

majukkkk....

fazrulnoor said...

alhamdulillah..dapat merasa kan

Kancil 8349 said...

alhamdulillah dapat hadiah dari Tanah Suci

Unknown said...

Salam kakzakie..
alhamdulillah..
sy teringat tahun lepas..ada sorg ni (Rahsia-kalau sebut nama nanti sy dikira mengumpat)

Beliau balik dari Mekah dan memberi kami staff ole2 dari Mekah..apa yg jadi kemusykilan sy..bila dia memberi ole2 mengikut kasta..

biasalah bila seseorg nk ke Mekah kita beri dia sedikit duit(tak kira berapa janji ikhlas dan bukan nk balasan)

saya dn beberapa staff diberi sehelai kain tudung yg kat sini harganya rm5.00 dan tasbih dalam harga rm1.00..tapi ada dua org staff ni dia bagi Jubah cantik rasanya dalam harga RM50.00 duit kita...
saya dan kwn2 rasa sgt terpukul...dan tak sangka beliau memberi mengikut kasta begitu..
mungkin dia beri ole2 mengikut berapa yg kami beri semasa di nk ke Mekah..kerana mengikut kwn yg dua org tu mereka beri dia rm50 seorg..manakala sy dan yg lain2 hanya beri rm10-20 saja..

apa pun niatnya mudah2an Allah ampun kan dia dan saya juga..

ainhany said...

salam akak,

amin...bertambahlah iman dan amal hendaknya ..mudahan murah rezeki dapat jemputamn ke sana lagi..:)

tang logo tu..ucu pun nak gelak..tapi tak pe..'satu kebetulan" dan tak berkaitan hendaknya...w'akalam

Cik SHiNJU said...

Hehehe...lambang dacing lak logo biz dorg tu yek...saspen jek..

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Alhamdulillah! rezeki kan, kak pun ada menerima 3 liter air zamzam, dua botol minyak habatussauda, pelbagai kurma dan jubah.. semoga Allah memberikan keberkatan kepada para hujjaj dan juga kita semuanya.. amiin

miloaiskurangmanis said...

kak... nampak sedap kacang tumbuk tu...

Teratak Hami said...

Saya dapat gelang emas berbatu permata.

PCL said...

paling biasa mesti ada air zam zam, kacang2...
pcl n mamaD pon simpan niat gak nk ke sana..sambil tu simpan duit gak....insyaallah cepatlah sampai serunya.

norhidana said...

alhamdulillah... suke kalu dpt ole2 dr kwn2 yg pg mekah...

itulah.. sama kan dacing tu

terpatrisinarabadi said...

cenderahati tanda ingatan buat kak azie.. :)

eelobor said...

tertarik tang logo tu jer.... huhuhuu

Mohamadazhan.com said...

hehe..sekali logo dacing..hehe.adoi..tapi tetap manis kira ok tu =)

munna said...

bilalah munna berpeluang nak ke sana... harap sgt dapat kesana dlm usia yg muna

KuNanGKuNanG said...

kacang tumbuk manis tu cam sedap je..xpenah lagi rase..

Aliesha Kirana said...

alhamdulillah, rezeki. bestnya dpt ole2 dr mekah. AK pn teringin nak ke sana tp blom ade rezeki lg.. hrp2 dapat ke sana suatu hari nnti, amin!

Azian Elias said...

seronok kan kak.. saya pun tgh draft jajan yang org beli kan utk kami sekeluarga.

C-I-K-I-N-T-O said...

kakzakie, adeh tegelak jugak mula2 tengok..sedap tak? nmpk mcm ais krim.

norh said...

teringin nak makan kacang tumbuk manis tu..

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah syukur..
buah tangan dari mekah...
sedap ke kak kacang tumbuk tu..

pena rozie said...

Sedap x kacang tumbuk manis tu...

nabilah_2908 said...

bnyknya ole2 yg akak dapat...mesti yg pergi haji ni antara yag rapat dengan akak & family kan.. :)

Kakzakie Purvit said...

@ redza: Siapa pun yg dah pergi akan rindu utk pergi lagi redz.


@ gadisBunga: Masa seketul dlm bekas tu macam tauhu dik. Tapi taklah soft sangat...


@ Rina Avail: Pemberian dari tanah suci rina...


@ ibundo: Betullah kakpah..


@ missgee: Insya-allah kalau dah ada impian dan tabungan, pergi belajar dan sampai masa dapat pangilan boleh pergi


@ arelan: Semua umat Islam punya impian yg sama


@ Huda: Insya-allah huda.. siap-siaga dari sekarang


@ Sharifah Nadzarah: Rasa dlm hati lain kan.. suka


@ ajumohit: Kacang tumbuk ini basah-basah sikit aju... Bekas ini kedap udara dan di seal macam butter


@ kakcik: Agaknya begitulah kakcik. Kakak tak dapat nak intepretasikan


@ azian: Pergi masa kita kuat dik. Di sana perlukan tenaga utk beramal-ibadah...insya-allah boleh

L said...

semoga pergi dan balik akak sentiasa dirahmatiNya.. amin...

Kella said...

dalam hati kita pun dok pasang je niat... angan2 untuk kesana tak pernah hilang... moga Allah panjangkan umur kita untuk kesana..
teringin sangat kak.. teringin juga nak bawa mama dan papa juga ke sana..moga diberikan kemudahan...

lieynanilaz said...

kat opis ni pun ada jajan dari Mekah...mak kawan baru balik dari menunaikan haji...:)

Kakzakie Purvit said...

@ fazrulnoor: Alhamdulillah rezeki


@ Kancil 8349: Rezeki org memberi cikgu


@ NyanyiSunyi: Org memberi kita merasa NS. Apa yg diberi dah bersyukur teramat sangat


@ ainhany: Kena usaha utk mendapat panggilan lagi ain... ketawa jgn besar-besar cu... sikit-sikit je ok:)


@ Cik Shinju: Cetak rompak tak? Hehehe... takut kakak


@ Werdah: Wa'alaikumslam Kak Werdah. Pemberian mereka membuat kita bertambah rindukan Mekah/Madinah kan kak..


@ miloais: Anak-anak kakak tak suka sangat manis, so bila sepupu mereka ada sepupu merekalah yg habiskan


@ Teratak Hami: wah... seronoknya


@ PCL: Mereka tahu air zam-zam sebab rumah kakak tak pernah lekang, so sebab itu bagi yg lain. Suka kami PCL


@ norhidana: Dapat dari sana walau sikit rasa lain dihati kita Dana


@ ikatankasihku: Kami memang mesra


@ eelobor: Oh ye ke? Surprise tak?


@ Mohamadazhan.com: Secara kebetulah agaknya. Kawan kakak pulak sengaja bagi buat kami ketawa sama - isinya lemak-manis dik


@ munna: Sebaiknya pergi masa kita sihat ini munna, mudah sikit nak beribadah


@ KunangKunang: Kakak rasa sikit je sebab manis, anak saudara kakak yg suka sangat

Kakzakie Purvit said...

@ aliesha kirana: Sebaiknya pergi biarlah ada mahram dik. Kelak sebaik berumahtangga cadang lepas itu tunaikan haji bagus kan..


@ Yan: Seronok Yan... org memberi kita merasa:)


@ Noraishikin Mohd Salleh: Gelak sikit je dik... kakak kalau manis agak kureng sikit, tapi kalau yg suka mesti sedap


@ norh: kalau norh suka manis mesti sedap


@ Qhaifa Nur: Siapa penggemar manisan mesti suka sebab rasanya lemak manis


@ pena rozie: Lain org lain rasa. Anak saudara kakak makan sekali lalu. Sedaplah tu...


@ nabila_2908: Org ini memang rapat dgn hubby. Staff hubby kakak


@ L: Mohon doakan kakak pergi lagi dik. Ini staff hubby kakaklah dik...


@ Kella: Kena ada kesungguhan kella. Sekarang daftar pun dah kena ikut giliran. Daftar cepat, belajar jgn tinggal, doa moga Allah makbulkan doa itu...

Kakzakie Purvit said...

@ lieynanilaz: Sudah sampai masa mereka yg menunaikan ibadah Haji balik sekarang nie...

merahitujambu said...

SEDAP EH..CM SEDAP JEEE

Unknown said...

murah rezeki..:)

ct rahani said...

Alhamdulillah.. rezeki dr tanah suci..

Cikgu Ma said...

mak abah belum ada rezeki nak ke sana..

LAici KAng Ais said...

wah!!!bestnya dapat jejak kaki di mekah. doakan kami juga sampai disana

al-lavendari said...

nasib baik warna dacing tu tak biru .. kalau tidak mungkin ada orang yang tak jadi beli.

EmbunRosaliza said...

Assalam kak zakie, ada juga rezeki dari mekah , alhamdulillah itu tandanya pemberi itu ikhlas

Nur Izzaty Norzaman said...

bru dapat air zam2...ole2 dari mak teh yang ke sane....tenang hati lepas minum :)

Widi Dede said...

oleh oleh untuk aku mana :)


Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Iza said...

Assalam..

Sedapnya tengok kacang tumbuk, dah lama tak makan..

Teratak Usang

Tie HT said...

hehe..ada cap BN di situ..sedap tak halwa ni...? :)

ciK LyndaWawa said...

saya dapat jubah dari nenek aritu...=]

CikTeddyCorner said...

hmm..insyAllah smpai jugak wktu cik nnti..^_^

ckLah @xiiinam said...

Semoga makin murah rezeki orang yang memberi dan menerimanya...menarik semua tu!

Acik Erna said...

kakzakie..acik kalau dapat ole2 dari tanak suci cukup suka..tambah2 lagi kalau manisan atau pun coklat2 dia tu..sedap sangat rasanya.

aliza said...

kawan2 mama yg p tanah suci blom dapat jumpa sbb cuti sekolah.. smoga mereka sihat dan dapat meneruskan jasa dan bakti, insy..

bab ole2 ni, kekacang, tamar, kopiah, tasbih selalu dapat tapi yg kacang tumbuk tu spesial laa.. mesti sedap koot..

Ann Ishak said...

saya sentiasa berdoa kak semoga dapat pergi ke tanah suci ni, perasaan tu kuat sangat sambil boleh melawat pusara ayah di sana. semoga doa kita diperkenankan olehNYA.

uncle gedek said...

saya belom pernah sampai ke tanah suci...

Anonymous said...

salam....kak,


Isyaallah..panjang umur akan ke sana...:)

Kakzakie Purvit said...

@ Merah itu jambu: Kalau suka manis mesti sedap..


@ diana: Alhamdulillah


@ ct rahani: Begitulah syukur dapat juga menikmati


@ Cikgu ma: Boleh saja pergi dgn cikgu


@ Laici Kang Ais: Kalau ada kesungguhan insya-allah boleh sampai


@ al-lavendari: Hihi... boleh sama idea dia buat logo dacing pulak ye tuan:)


@ EmbunRosaliza: Keikhlasan mereka insya-allah ada ganjarannya


@ Nor Izzaty Norazman: Air zam-zam juga boleh dijadikan shifa' buat kita


@ konde: Tak adalah nampaknya hihi... (terima kasih sudi jejak ke sini)


@ Iza Teratak Usang: Manis sesangat Iza...


@ Tihara: Bukan BN Tihara... cuma style sama aje..:)


@ Original Cik Teddy: Betul tapi kena ada kesungguhan


@ xiiinam: Amiiinnn... begitulah doa kami cikgu.


@ Acik Erna: Samalah kakak pun juga. Lagilah anak kakak, boleh kira bagi sama rata jumlahnya:)


@ aimaniman: Cikgu-cikgu pergi musim cuti sekolah amat praktikal. Naik sekolah nanti dapatlah ole-olenya..


@ Ann Ishak: Panjatkan doa setiap waktu. Insya-Allah pasti akan dapat juga ke sana. Perkuburan Baqi' itulah tempat pusara para hujjaj yg meninggal di sana kalau di Madinah..


@ gedek: Insya-allah akan samapi juga suatu hari


@ Sekamar Rindu: W/salam SR. Kalau bersungguh pasti boleh sampai SR.

tunz said...

wah....byknyer cenderamata dri tanah suci....lebih2 baling ke sini yer..huhu

adarnadzmie said...

banyaknya ole2 dr mekah yg kakzakie dapat.... hehe..

mak dan abah saya pun br balik dr mekah... bawa byk ole2 tu kami semua...

emarieys said...

ema pun terngin kak..doakan untuk saya yer..

quinnie said...

salam kenal kak zakie..baru tau ada kacang tumbuk dijual kat sana..:)

::NureeN:: said...

kami sefamily pon byk jgk dpt dari mak & abah nureen yg baru blk dr haji bln lepas.. :)

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

seronoknya .. kalau dapat pergi 1 hari nanti mesti hati gembira sekali :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

hampir salah faham tadi, ingatkan lambat parti, tetiba cik ina tergelak sendiri.sedapnya buah tangan dari sana.

aizamia3 said...

memula tengok lambang tu silap color kut tapi rupa2nya.. tidak.. ;)

Hanis Azla said...

he..he.. tersenyum juga tgk logo tu.. ALhamdulillah.. dpt ole2 yg best dari tanah suci.. saya yg tak pernah sampai ke tanah suci pun terasa rindu utk ke sana kak.. harap2 diberikan rezeki untuk ke sana satu hari nanti.. insyaAllah..

Noor Fatin said...

heheh. xpenah sampai sana jugak. rindunya. moga ada rezeki utk ke sana :)

Kakzakie Purvit said...

@ tunz: Kalau dekat bukan saja baling cikgu, kakak lempar juga hihi...


@ adarnadzmie: Mesti membelek tak puas ole-ole mak-ayah bawa kan


@ MamaEma: Insya-Allah Ema...


@ quinnie: Salam kenal juga dari kakak. Lebih kurang kita jugalah dik


@ Nureen: Seronok membelek ole-ole ye Nureen:)


@ My Life's Journye: Pasti airmata kesyukuran luruh sebaik jejak kaki di sana.


@ Cin Ina DDC: Itulah CIk Ina kami pun sama, sebaik nampak terus gelak hihi...


@ aizamia3: Idea saja sama hihi...


@ Hanis Azla: Sipa pun mesti tergelak Hanis.... Insya-Allah duit royalti novel mampu membawa Hanis ke sana


@ Noor Fatin: Kalau ada izin Allah insya-allah boleh sampai juga dik... berdoa dan usaha dari sekarang