Wednesday, October 7, 2015

BBQ dan anak-anak tidak boleh dipisahkan

Rumah corner lot kami kini dalam proses ubahsuai. Ramai sudah yang bertanya mahu menyewa tetapi kena ambil masa sedikit untuk memberi keselesaan kepada yang tinggal. Rumah inilah menjadi sasaran adik dan kawan-kawannya untuk belajar, bermain termasuklah berlatih persembahan yang akan mereka persembahkan di acara makan malam perpisahan. 

Malam tadi anak-anak berBBQ di rumah kosong ini.
Bara di tempatkan di bawah pokok mata kucing.
Papa sediakan plywood yang ditenggek di atas tong cat
Angkut semua makanan dalam kereta. Ada yang anak-anak bawa berjalan kaki saja sebab dekat
Mama jadi tukang bakar sementara papa belum balik solat Isyak
Sebahagian group fairy tales adik. Dlam plastik oren itu Danish (anak yg mengaji) bagi jagung untuk mama bawa sini juga.

Seorang teman adik tidak ada - Balqish yang tinggal di airport Senai ada hal bersama keluarga

Makanlah anak-anak. Aku tertinggal telefon bimbit jadi semua gambar dipaparkan adalah whatsapp dari papa.

Kak Meen nampak muka sedikit sementara menunggu temannya juga.  Gambar kawan -kawan Kak Meen tidak ada dikirimkan buat mama. Anak-anak yang mengaji juga tidak ada gambar.

Semua mereka ini memakai baju adik sebab aku ambil mereka petang ketika semua belum mandi.
Mandi di rumah kosong ini tukar baju adik.
Biarpun jerebu tetapi jangan bimbang asap BBQ kami tidak menjejaskan keadaan. Daging lembu, kambing, udang, ayam, sotong dan sate aku sediakan buat mereka. Membeli vegetable salad di MaryBrown dan masak nasi putih. Hidangkan bersama air masak dan air kotak saja. Sos BBQ di rumah sentiasa ada. Mereka makan dengan sos BBQ dan kuah kacang untuk sate. 

~~ Entah mengapa aku begitu gembira bila dikelilingi anak-anak biarpun mereka bukan anak sendiri. Bahagia yang sukar digambarkan. Apa lagi melihat keletah yang 5-9 tahun mereka bukan banyak makan tetapi sibuk mahu membakar juga.~~


55 comments:

lieyalatif said...

ya Allah baik hati akak... tak lokek rezeki...moga Allah merahmati akak sekeluarga....

seronok tgk kak..meriah jugak preparation akak..mcm2 ade hah...seronok bakar2 n makan2...lieya pun suke bbq ni kak...mmg rajin buat kalo ade cuti2 panjang biar le sesimple bahan bakar pun heheheeheh...rase nikmat bile ramai2 berkumpul...berpanas2 mengipas bara hheheeheheh

saniahibrahim said...

Meriah nya dengan budak2 kan.
Mungkin kakzakie dah biasa dikelilingi budak yg dtg mengaji hari2 tu yg sentiasa bahagia.

saniahibrahim said...

Meriah nya dengan budak2 kan.
Mungkin kakzakie dah biasa dikelilingi budak yg dtg mengaji hari2 tu yg sentiasa bahagia.

ASTraveller said...

waaa.. sedapnyer dpt ber BBQ :)

AtieYusof said...

Meriahnya dengan anak2 kan kak..murah rezeki akak..
BerBBQ ni dpt juga merapatkan silaturrahim sesama...

Sura Mohd said...

dapat bayangkan betapa bahagianya akak..dikelilingi anak2 yg ramai walau bukan anak kita..kak zakie sememangnya pecinta anak2..semoga diluaskan lagi rezeki akak..tabik spring kat akak..:)satu lagi..akak ni memang rajin tau..:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok anak-anak kakak dan kawan-kawan mereka ber BBQ. Asap ini ok lagi, kalau asap jerebu lain dari asap ini. Bau asap BBQ buat terbuka selera makan nanti.

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..seronok baca entry akak.

hmm..saya perlukan bimbingan akak.

Kak Vit said...

bestnya kak zakie.. :))

marshalizadotcom said...

Seronoknya akak ber BBQ...favorite sy ni

Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

Kayu Manis said...

la untunglah..klu berjiran mesti best ni...dpt mkn free...klu sudi jemput kitalah..ye dikk

adarnadzmie said...

syokkan kak berBBQ ramai2 mcm ni... menu2 pun banyak...

Dr K said...

BBQ ni, bila di buat beramai ramai...mmg seronok kan..takyah tunggu camping tepi laut ke, kat hutan ke...

Kaya kak zakie ni..rumah2 sewa banyak..hihihihi

paridah said...

BERBBQ BERSAMA ANAK2 SERONOKNYA APALAGI TEMPATNYA SELESA DAN ANAK2 TIDAK CANGGUNG SALING TOLONG MENOLONG...MENYELERAKAN SEKALI MENU YG DISEDIAKAN TU...

norhidana said...

seronok kan kak berbbq ramai2 gitu....
tgk keletah kwn2 anak2... msti lah kite rasa bahagia kan...

mcm2 ada, lagi2 di mkn beramai2

PeRdU cINta said...

Seronok sebab meriah ramai ramai...makan,,sembang..itulah yang buat rasa rindu bila lama tidak berjumpa..

Aziela said...

Dah lama betul saya tak berbbq bersama keluarga. Mmg meriah dan gembira rasa di hati kan kak...

Eye_nee said...

Yer kan kak...saya pun sygkan kanak2 seronok tgk mereka berkawan..mkn bersama..tambah2 saya yg diberikan rezeki hanya 3 org ni...semoga berrtambah2 rezeki akk atas kemurahan budi akk pda anak2 ini...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Acara BBQ ni memang kegemaran kanak2 kakzakie..
Suka sangat kalau dapat membakar bersama..
Makan bukan byk pun.. serupa jer dgn anak saya Nabil tu..
Sedekah yg paling baik adalah memberi makan kan kak..

Ahlam Miera Shafie said...

bdk basar mcm sy pn suka bbq nih.. nak2 bila semua adik bradik ada.. meriah...

Mummy Sher said...

Salam. Meriahhnyaaa. Seronok tengok..

Mia Kassim said...

Seronoknya bila ber bbq ramai2 ni kak. Selera je makan

Fiza Rahman said...

Seronok lah anak² ni. Smoga bertambah murah rezeki akk.

nohas said...

bestnya..meriah suasana..budak kecik dan budak besar bergabung..

ajax85 said...

Meriahnya

Lydia Miza said...

Terasa seronok sama bila baca mereka mkn byk dan sibuk nak tolong bakar sama. Walau tak nmpk gmbr mereka boleh bygkan wajah ceria mereka. Ank2 syurga yg mamazakie mereka sayang , selalu siapkan air dan makanan dlm fridge tu.

aizamia3 said...

Saya suka suasana macam ni, kalau saya buat, bukan saya nak makan pun.. suka tengok gelagat anak2 makan.. meriah.. ;)

Malinda said...

meriahnye kak walau pon buat sekadar di rumah kosong je....mewah dengan makanan akak jamu untuk anak2 dan kawan2 nye...moga Allah murahkan rezeki akak berlipat kali ganda lagi...saya tumpang seronok dari jauh :)

JunAina said...

Paling gembira bia dapat menggembirakan hati anak-anak yang kita sayang bertambah gembira bila anak-anak sekeliling kita juga gembira dengan layanan kita. Bila kita gembira walaupun penat itu tandanya hati kita ikhlas kak. Alhamdulillah... Kita gembirakan orang insyaallah Allah akan gembirakan kita juga...

Ati Masrif said...

Sweetkan..anak2 dara saja

Bbq mmg happening kalau ada ramai2
Meriah terus suasanakan..

Ati Masrif said...

Sweetkan..anak2 dara saja

Bbq mmg happening kalau ada ramai2
Meriah terus suasanakan..

Bunda_nora said...

Wah! meriah... seronok lah budak2 tu...semoga bertambah murah rezeki KZ... aamiin...

Etuza said...

bahagianya nampak keluarga makan bersama menyiapkan juadah bersama kenyang oun bersama2 best kan..

Unknown said...

Salam kakak.
seronok lah anak2 tu yer.
dapat bakar2 dan makan sama2.
dapat pulak mama yang rajin melayan anak2.
tentu dorang cepat mesra dengan kakak kan~
mama yang sangattt penyayang.
teringin nak jadik budak2 tuh jugak.
hehehehe

QasehnyaRania said...

samalah perasaan saya masa keja di tadika dulu.
seronok dan bahagia dikelilingi anak anak

bestnya dpt buat bbq .
terhibur anak anak kann

suka suka said...

Meriahnya berbbq..

Rubiah Kadir said...

Meriahnya bbq akak...dgn anak2... seronok pulak ki yg tgk

adyna AB said...

Seronoknya sambil ber BBQ dapat jugak erat silaturahim kan kak ;)

Hudalatip said...

Seronoknya macam ni kan kak, berkumpul dengan kawan dan bbq. Saya pun dah lama tak bbq kak...

Unknown said...

serunye, boleh-boleh.... terbaeklah.
Best Regards,
ANAK BLOGGER™

sitirohaida said...

seronoknya berbbque ni..kalau kat kampung memang rajin jugak buat bbq ni kak..bila nak jumpa akak ni..hehe

OKje said...

Seronoknya adik dapat santai santai dengan kengkawan sambil makan makan....Sporting pulak mama dan papa.
Dinda tak de tempat BBQ ni kanda. Teringinlah nak beli. Best jugak ek berBBQ sambil bergather gather cenggini....

Anak anak ni kan bidadari Syurga kanda....haruslah suci jer mereka tu

maszull said...

assalamualaikum kakzakie..mmg seronok kalau buat bbq beramai2 mcm ni...mcm2 gelagat n cerita dpt kita lihat n joinkn bersama2...:)

dorsett pink said...

yezzza.. betul tu kak. saya dulu pun sangat suka dengan bbq ni

Mummydearie said...

Untung sungguh berjiran dengan Kakzakie ni. Untung juga menjadi kawan-kawan anak-anak perempuan akak. Baik sungguh! Manalah budak-budak tak suka.

Budak-budak ni suci aje sifatnya. Bila dikelilingi mereka, hilang segala resah-gelisah!

iryantyismail said...

alhamdulilah...murah rezeki akak dan suami
:-))

Suria Amanda said...

SA ada sessi BBQ jugak atas permintaan adik beradik dan Dania....last week....

Kak Wawa said...

seronoknya berBBQ.. mama ngan papa plak sporting..hihi

nhhas said...

Best nya... dah lama tak buat bbq

nhhas said...

Rumah corner lot ni yg beli sbb tolong org haritu tu ke kak?

Unknown said...

Untung lah anak2 dapat makan sedap2...

Anonymous said...

bagus juga ada aktiviti begini utk kawan2 ank2 kan. mengawal dalam mengenal... semua org happy.

Anonymous said...

bagus juga ada aktiviti begini utk kawan2 ank2 kan. mengawal dalam mengenal... semua org happy.

Aisy Nasiha said...

Meriahnya acara berbbq beramai2 ni Kak zakie.. menu pun tip top tu..macam2 yang ada..

Permata Malap said...

wah,seronoknya berkumpul ramai-ramai.teringat kenangan masa IbuNoey balik Tawau baru-baru ni.meriah tengok anak-anak saudara berkumpul.macam tu agaknya perasaan akak kan.