Tuesday, January 21, 2014

Hidayah yang terindah

Kuliah subuh kami pada hari Ahad lepas agak istimewa kerana pihak masjid membawa penampilan seorang muallaf dari Sabah. Uztaz Mohd Farhan Abdullah. Telah memeluk Islam 21 tahun lalu. Sekarang telah menjadi seorang hafiz walau asalnya beliau dilahirkan dari keluarga Kristian yang sangat kuat berpegang kepada agamanya. Bapanya merupakan seorang paderi dan hampir saja beliau  mati ditembak sebaik bapanya mengetahui beliau memeluk agama Islam. Peluru pertama tersasar sebab beliau tunduk dan peluru kedua melepasi ke atas bumbung sebab senapang ditolak oleh si ibu. Sejak itulah beliau keluar dari rumah dan kembali semula selepas 8 tahun meninggalkan keluarga. Balik dengan misi penuh bermakna apabila beliau dapat mengislamkan seluruh ahli keluarga kecuali bapanya yang masih teragak-agak bimbang dipengapakan oleh kalangan sahabatnya. Namun akhirnya bapa beliau juga memeluk agama Islam dihari tuanya. Ketika bapanya memeluk agama Islam inilah peristiwa sedih terjadi dimana sibapa telah dipukul oleh orang tidak dikenali sehingga pengsan dan menerima jahitan dikepala Namun keluarga mereka gembira sebab di bapa sudah menerima agama fitrah seperti ibu dan mereka adik-beradik. Mereka mampu mendirikan madrasah di tanah keluarga untuk menyebarkan syiar Islam. Indahnya hidayah mereka tidak dapat aku bayangkan.

Pendikkan cerita, apa yang menjadi titik-tolak permulaan beliau memeluk agama fitrah ini adalah kerana mimpi. Beliau bermimpi bertemu dengan tiga lelaki. Seorang berjubah putih yang tertulis kalimah arab iaitu syahadah, seorang lagi berjubah hitam tertera tanda salib dan satu lagi jubah hijau.  Lelaki berjubah hijau itu memberi kata-dua untuk beliau membuat pilihan. Kalau mengikut yang berjubah hitam ada gaung/kolam yang dipenuhi oleh binatang buas dan berbisa. Lalu kelihatan selepas itu si jubah hitam ditelan masuk ke dalam kolam yang dipenuhi binatang buas dan berbisa tadi. Oleh itu beliau memilih untuk ke lelaki yang berjubah putih. Sebaik tersedar dari mimpi itulah beliau bertekad untuk memeluk agama Islam. Menurut ustaz yang membimbing beliau mimpi tersebut sebenarnya sekadar asbab saja. Tapi yang pasti NUR untuknya telah tiba.

Kemampuan beliau yang bersungguh mendalami Islam amat mengagumkan bila dalam masa 8 tahun itulah beliau belajar agama dan mampu hafaz 30 juzuk Al-Quran. Bayangkan kesungguhan, kecekalan dan kegigihan beliau mendalami Islam. Kita yang berusia sudah melebihi 40 tahun (akulah itu) membaca Al-Quran setiap hari pun tidak mampu menjadi sepertinya. Terharu mendengar rentetan cerita beliau yang sehingga kini masih gigih menyebarkan syiar Islam di tanahairnya di Sabah walau kini beliau menetap di Semenanjung. Di Semenanjung juga beliau gigih menjalankan aktiviti mengajar pelajar untuk menjadi hafiz/hafizah.

~~ Mendapat didikan Islam sedari kecil tetapi tidak mengaplikasikan dalam kehidupan tidak sama dengan mereka yang baru mengenal Islam tetapi mengaplikasikan sepenuhnya dalam hidup.~~

74 comments:

Kamsiah yusoff said...

berbahagialah mereka yg diberi hidayah dan petunjuk NYA..

Hudalatip said...

Alhamdulillah bukan senang nak dapat hidayah kan kak..Bersyukur sangat ahli keluarga dia masuk Islam kan..Tetiba teringat cerita pasal mak Dr. Riduan Tee, sedih...

norhasnizakhalid said...

alhamdulillah, semoga kita diberi hidayah dari Allah..

AtieYusof said...

Ya Allah! sebak baca N3 kakak ni.. Malu pada diri sendiri.. sesungguhnya hidayah datang tanpa di duga..dan Allah menghendaki sesiapa shj untuk hidayah-NYA.
moga dpt dijadikan pengajaran..

ayunidati said...

wah... banyak betul dugaan diekan... ape pun die berjaya jugak akhirnya..

Izwa Kamaruddin said...

MEREMANG BULU ROMA BACA ENTRY NI KAK.....SUNGGUH!

Aisy Nasiha said...

Saya pun kak.. meremang, tersentuh bila baca ni. Beruntung ustaz ni dan keluarganya, jadi insan pilihan yg mendapat hidayahNya. Kuat iman diorang.. semoga terus dirahmati dan semoga kes dan ajaran ustaz ni dimanfaatkan oleh semua.... alhamdulillah...

Yaya Azura said...

terkesan di hati...kita yg lahir dlm Islam pun (saya lah tu..) tak mampu menjadi seperti beliau..

Unknown said...

subhanallah..terharu baca n3 akak pagi ni..semoga mendapat pengajaran buat diri sendiri..
berbahagia mereka yg diberi hidayaah dari NYA

Fazlina Ridzwan said...

assalamualaikum kakak...sebak saya baca entri akak pagi nie...alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan seluruh keluarga..

Cho Zila said...

memang mengkagumkan...
haritu tengok Majalah 3 tak silap ada kisah orang yang berbangsa cina di Perancis yang memeluk agama Islam.. kekuatan yang dia miliki untuk mendalami Islam di tempat yang bukan ramai orang Islam... terus mulutni cakap 'isyh malunyer aku'.. moga kita dapat hidayah yang terindah juga ... moga anak cucu kita juga kuat untuk mempertahankan agama Islam...

memmetlenggeng said...

terharu kak, penuh pengisian dan keinsafan dalam entry akak ni

Unknown said...

zee pernah baca cerita ustaz ni kak..memang mengkagumkan..sikit sebanyak beri semangat jugak tuk jadi seperti beliau..

hidayah dari allah bukan semua pon bolah dapat..

t.a.t.a said...

Saya suka baca dan dengar kisah-kisah macam ni. Selalu cari di Internet pasal Islam di Barat atau kisah conversion to Islam.

Tapi pada masa yang sama jugak saya sedih bila terbaca kisah mereka yang murtad.

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Terharu kak. Kita yg dilahirkan islam masih sukar nak menghafaz al-quran. Tapi beliau...baru 8 tahun dah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-quran. Terasa kerdil diri ini :-(

nazayiena said...

Memang beruntung dan berbahagianya org yg dpt hidayah mcm ustaz nie,bukan itu saja dia dpt membawa seluruh familynya ke jln Allah.

::NureeN:: said...

ada terbaca n3 kat blogger mana x ingat.. kisah pasal muallaf dr sabah..
semanagt beliau mmg sgt2 dikagumi

Eye_nee said...

dilahirkan sebagai ISLAM itu satu bonus kan kak..namun jika kita lalaikan segalaNYA apalah guna bonus yg diberikan...Tahniah buat Ustaz tu..mampu menjadi HAFIZ dan berjaya pula membawa seluruh ahli keluarga memeluk ISLAM...

lia said...

semoga kita sentiasa d cerahkan hati utk sentiasa Islam...

NM03 said...

hidayah yang diterima terlalu istimewa, moga dia dan kita semua terus berada dibawah keredhaan Allah swt

Abam Kie said...

terharu baca cerita ustaz ni..

cheqna said...

inilah bezanya islam yang diwarisi dengan islam yang dipelajari dan dihayati

BinMuhammad said...

Betapa kuat dan teguhnya iman Ustaz...Terfikir sejenak, kuat dan teguhkah iman aku?

Aziela said...

Subhanallah. Indah sungguh kisah ini.

saniahibrahim said...

Alhamdulilah,memang indah hidayah dari Allah.

saniahibrahim said...

Alhamdulilah,memang indah hidayah dari Allah.

pB said...

bezanya ....

Mizz Aiza said...

subhanallah.. terasa malunya diri aiza jika dibandingkan dengan beliau..

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

kagum saya pada ustaz Uztaz Mohd Farhan...gigih mendalami islam...

Umm AA said...

terharu dengan n kecekalannya dlm mendakwah seluruh keluarga kan kakak..alhamdulillah dpt tarik semuanya...
mualaf yg baru nengenal islam kbykkan sgt serius dlm beragama..

JunAina said...

Teringat Dr. Riduan Tee yang sentiasa mengalirkan air mata bile bercerita tentang ibunya yg sehingga ke akhirnya tidak dapat di bawa ke agama Islam...


Alhamdulillah kak...biasanya begitulah. Mereka yang memeluk Islam lebih kuat jiwanya berbanding kita Islam asal.

Masya said...

betul tu walaupun kt dr kecik agama islam tp mualaf lbh mahu memahami agama, bebranding org islam sendiri.. yg x mahu mendalami ... dan sentiasa belajar mengenai agama...

Unknown said...

Allahuakbar..Subhanallah..hidayah itu milik Allah..

musang said...

akhirnya beliau berjaya mengislamkan seluruh ahli keluarganya. alhamdulillah

ct shah said...

terharu saya baca kisah muallaf ni.dan saya rasa malu jugak sbb saya yang dah lahir islam ni pun masih belum dpt menghafaz 30 juzuk al-quran.allahu akbar!

nohas said...

pernah dengar ceramah beliau...hidayah itu hadir dlm pelbagai cara..ramai di M'sia, mualaf yg aktif berdakwah..

ummiross said...

Kakzakie..ummi pun pernah dengar ceramah ustaz ni, kat Ikim klu tak silap. Memang terkesima dengar kisah beliau.
Beruntung beliau jadi insan pilihan, dapat hidayah Allah SWT dan dapat pula hafaz Quran dan berdakwah, terasa kerdil diri ni kan Kak zakie.

Dr K said...

Ustaz Farhan ni rasa rasanya pernah ke udara di slot Islam Agamaku di radio IKIM kan kak? Mmg besar betul cubaan nya...dan mmg terpukul saya yg lahir sebagai muslim, tak hafaz jangankan 30 juzuk, 1 juzuk pun tak hafal ..

HeNRieTTa JoSe said...

Moga kita terus mendapat hidayahNYA....thanks for the share akk...

PeRdU cINta said...

Assalammuakaikum kak..alhamdulillah semakin bertambah pengikut Rasulullah SAW..betul kak PC pun terasa malu dan rendah diri., mereka saudara baru ini yang dulunya tidak tahu apa pun..bermula daripada 0..berkat kesungguhan dan semangat untuk mendalami Islam itu..mereka menjadi lebih baik daripada kita..kadangkala mereka mampu menegur kita..moga kita lebih berusaha lebih gigih untuk perbaiki diri..

BERT said...

ALhamdulillah bertambah ahli baru... kagum dengan beliau. kadang2 malu dengan pendatang baru... diorang biasanya lebih 'alim' dari kita yang sejak lahir dah Islam... moga saya pun dapat baiki diri sama macam beliau... insyallah

Unknown said...

meremang bulu roma saya baca entry akak hari ni.. terasa malu.. saya yg lahir sebagai islam pun tak hafaz semua surah dalam juz 30.. T_T

Mummydearie said...

Alhamdulillah, diberikan hidayat. Seronok membaca kisah dan pengalaman muallaf seperti beliau. Yang baik boleh dijadikan iktibar. Rasa malu pada diri sendiri yang dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi satu juzuk pun tak terhafal.

Ujie Othman said...

Kita dilahirkan sbg muslim, nikmat yg terindah. Sehingga kita lupa utk mendalami Islam, sbb rasa dah tau.
Mmg insaf bila baca cerita gini.

Myra Jay said...

Kagum dengan beliau.. bagaimana cabaran yang diterima dipermulaan pengislamannya ditentang bapa sendiri

Cik Puan said...

hidayah adalah anugerah yang terindah..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie... kita yg Islam keturunan ini pun tak lagi mampu mengikuti yg baru jer muslim ni.... ustaz ni pernah juga datang ke surau saya bagi ceramah, ada juga beli bukunya sebagai derma untuk ustaz itu meluaskan madrasah nya di Sabah tu...

Unknown said...

allahuakbar, tu lah kan kak,
moga kita sama nelajar untuk jadi yang terbaik di sisi Allah.. amin

Sura Mohd said...

Satu perkongsian cerita yg sangat indah dan terharu membacanya..banyak pengajaran yg boleh diambil oleh kita yg dari perut lagi namanya Islam..Allahhu Robbi..

adyna AB said...

Alhamdulillah dan menjadi pendorong utk ke arah kebaikan bg umat Islam yg lain Insyaallah , sesungguhnya kita hambaNya yang lemah

Nastyna said...

Alhamdulillah.. malu ngan diri sendiri.

Nor Azimah Ali said...

saya malu, saya rasa saya hanya bercakap, tapi kurang berbuat, ilmu pun cukup makan je..

kagum dengan mereka yang gigih macam ni..

Hanis Azla said...

As-salam kak zakie..

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Nor Azimah Ali said...

saya malu, saya rasa saya hanya bercakap, tapi kurang berbuat, ilmu pun cukup makan je..

kagum dengan mereka yang gigih macam ni..

Acik Erna said...

hebat dugaan ustaz ni ye kakzakie..lagi hebat dugaan bertambah kuat imanya.

maszull said...

assalamualaikum kakzakie....hidayah terindah dr Allah....semoga akan bertambahlah lagi keimanannya dlm mempelajari agama Islam...;)

nOe suhaimi said...

betul tu kak zakie..jika tidak diaplikasikan dalam hidup seharian...x guna juga...kdg2 mualaf tu lagi banyak ilmu dari kita yg sedari kecil dah Islam

Anonymous said...

benarlah hidayah tu rahsia Allah swt kan kak

Unknown said...

saya yang lahir2 dah islam pun tak mampu nak buat macam tu..8 tahun 30 juzuk?/kagum..

Puan Kutu said...

begitu berliku perjalanan memeluk islam ustaz ni.Alhamdulillah beretmu hidayah dan berjaya membawa kesemua ahli keluarganya mencintai Allah..Semoga ustaz ni terus diberikan kekuatan utk mengembangkan Islam

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Terharu dengan kisah ini. Betapalah besar pengorbanan mereka masuk agama Islam manakala orang kita yang memang Islam sejak lahir sering memperlekeh dan mempermainkan agama suci ini! Malu kita!

munna said...

Alhamdulillah.... Kagum denga kesungguhan beliau... Semoga kita juga menjadi seperti beliau .... Munna Sekarang ni tengah memperbetulkan bacaan dan tajwid sekarang ni.... Semoga dipermudahkan

zila norazila said...

Bila hidayah dh sampi..segala rintgn dpt dhadapi..alhmdulillh semkin ramai org yg mmeluk islam..

Unknown said...

alhamdulillah..... hidayah tu milik Allah...

Recent Post from MQ~Live : Romantiknya Monyet tu Naik Moto.

Kakzakie Purvit said...

Bersama kita renungkan betapa hidayah kalau sudah tiba tidak mengira apa jua rintangan pasti tidak ada apa yg mampu menghalangnya. Moga N3 ini dapat kita semua jadikan pedoman dan renungan bersama.

Terima kasih semua yg sudi memberikan komen:-

❤Kamsiah❤, Nurulhuda Abdul Latip, Norhasniza Khalid, aTieYusof Family, Ayu azmir, :: Mrs.Eady ::, Aisy Nasiha, Yaya Azura, Roha, Eza Ridzwan, Cho Zila, memmet lenggeng, Zee Suhaini, t.a.t.a, Fiza Rahman, Nazayiena Ayiena, ::NureeN:: (ini kakak dengar live dari mulut dia sendiri Nureen sebab dia bari tazkirah subuh di masjid tempat kakak), Eye_nee, lia, NM03, Abe Kie, cheqna, Bin Muhammad, Aziela, saniah ibrahim, pB, Mizz Aiza (Dunia Kecil), (Lizz) http://haslizalizz.com/, UmmuAidan-Arissa, JunAina, Masya, mama_ka0ri, redza, ct shah, nohas, ummiross, Daddy Ziyyad (kakak tak perasan di IKIM tapi yg kakak bawakan ini sebab dia buat kuliah subuh di masjid tempat kakak hari Ahad lepas), HeNRieTTa JoSe, PeRdU cINta, BERT, Rai Ourkizuna, e
Blogger Mummydearie, Ujie, Myra Jay, Cik Puan, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), maszmadi, Sura Mohd, adyna, Nastyna, Nor Azimah, Hanis Azla, Acik Erna, Mas Zull, n O e s u h a i m i, Kesuma Angsana, diana, Puan Kutu, Ummu Madihah, munna, zila norazila, Manan Qayyim.

Bersama kita renungkan kekuatan iman diri kita dan terima kasih sekali lagi buat semua.

||aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah,terima kasih kak kongsikan kisah yang sangat bagus.ye betul tu,kita yang lahir islam sedari kecil,kadang2 masih banyak melakukan kekhilafan :(

norhidana said...

mcm penah dgr cerita yg hampir sama akak ceritakan ni dulu.. seorang ustaz yg berasal dr sabah n keluarganya org kuat kristian... tentangan mmg sgt kuat tp sesungguhnya demi islam dia korbankan segalanya... besar betul cabaran utk mereka kan

OKje said...

Seronoknya kanda bila mendengar dakwah daripada muallaf. Dengan pengalaman beliau yang dah tentunya sadis demi menganut agama Islam yg mulia ini. Moga hidayah yg Allah beri ini kekal dalam diri hingga akhir hayat

ANIM said...

betul kakzakie...
mereka yang sebelum ni non muslim, tetapi kemudiannya diberi hidayah oleh Allah jauh bebrbeza dari kita ni yang asal usul tok nenek Islam..
mereka betul2 menghargai dan bersyukur dengan keislaman mereka dengan mempraktikkan apa yang disyariatkan berbanding kita ni yang tak sungguh2...

Mimie said...

Ya Allah kak.kagum sy dnga cerita ustaz nih ..die yg muallaf mampu hafaz al Quran 30 juzuk...sy sndri yg memg lahir sbgi org Islam pun tak mampu nak hafaz mcm dia...malu sungguh

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

terkesan kat hati ni..terasa kecilnya cma,yg celik mata mmg dah memeluk agama islam..sedangkan dia harus berjuang..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

terkesan kat hati ni..terasa kecilnya cma,yg celik mata mmg dah memeluk agama islam..sedangkan dia harus berjuang..

KakNi said...

terharu nya saya

Unknown said...

alhamdulillah.. bertambah umat islam di muka bumi ni.. terasa kerdilnya diri baca entri ni kak..moga kita sama2 diberi hidayahNya.